Villa Mak Tok Part I
Alhamdulillah, Kak Ida selamat tiba di Vila Mak Tok bila jam menunjukkan 5.30 petang untuk menyantuni Waqqir Family Day.
Jalan agak sesak dari Johor Bahru pagi ini.
Memang mengujakan. Maklumlah, tempat Kak Ida tidak pernah pergi. Hihi
Sampai di vila, Kak Ida terus menjengah ke dewan makan. Rupa-rupanya papa dan mama tengah menyiapkan hidangan makan petang. Ada nasi goreng dan mee goreng, sambal petai udang, ayam goreng dan teh tarik.
Memang wow!
Anak-anak pula sampai sahaja di Vila Mak Tok terus membuka kit layang-layang dan bubbles. Si dia sempat singgah di kedai Setia.
Laman cukup luas di sini. Suasana hutan dan dibelakang vila pula dusun buah-buahan.
Selesai bermain, anak-anak sudah merengek untuk terjun ke kolam renang. Sumber air kolam ini adalah dari Sungai Lui. Memang sejuk airnya. Menggigil juga badan. Hahaha...
Aktiviti malam seperti biasa, kami menghabiskan masa berbual-bual.
Kak Ida sempat juga meluangkan masa bersama adik Kak Ida untuk membincangkan halatuju pemasaran dan branding ByKamilia. Allahuakbar.
Bisnes tetap on walaupun sedang bercuti.
Anak-anak pula bermain Uno, main sorok-sorok, tepuk bantal, berlari sana, berlari sini.
No comments:
Post a Comment