Showing posts with label ByKamilia At Work. Show all posts
Showing posts with label ByKamilia At Work. Show all posts

Tuesday, October 29, 2024

Bengkel Kreatif Kraf

Alhamdulillah,

Kak Ida berpeluang menyantuni Bengkel Kreatif Kraf anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Johor bertempat di Kompleks Kraf Johor.


Check in dulu.

Bengkel ini mengajar kita menghias beg dan sapu tangan dengan menggunakan teknik ketukan dari bahan semulajadi seperti daun dan bunga. Antara bunga yang boleh digunakan adalah bunga raya, bunga kockiana yang merupakan bunga kebangsaan Daerah Muar manakala daun pula adalah daun betik, daun ulam raja dan daun yang bersesuaian.


Untuk projek pertama iaitu sapu tangan, bunga disusun mengikut kreatif masing-masing. Kemudian, sapu tangan ini digulung dengan ketat menggunakan plastik sebelum dikukus selama satu jam. 


Kita gulung seperti ini. Gulung serapat yang boleh dan bentukkan seperti ini.


Projek diteruskan dengan Tote Bag pula. Antara peralatan yang diperlukan adalah hammer.


Nah, hasil warna semulajadi dari bunga.


Susun sekreatif yang boleh. 


Inilah hasilnya. 


Terima kasih Cik Senah. Hehehe...




Alhamdulillah, pengalaman yang cukup berharga. Insya-Allah, ada rezeki Kak Ida akan follow program hands on seperti ini lagi.

Terima kasih PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

 

Thursday, February 22, 2024

Program Kesihatan Senamrobik Jom Sihat!

Alhamdulillah, 

Program pertama bagi Tahun 2024 anjuran Biro Sukan PUSPANITA JUPEM Johor. 

Kak Ida berkesempatan untuk hadir ke Program Kesihatan: Senamrobik Jom Sihat! bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor.

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga ke 9.30 pagi yang diajar oleh Coach Asha.


Berkicap guys! 

Memang seronok kerana Kak Ida dapat divert sekejap dari memikirkan tugas hakiki. Hehehe...

Tidak sah kalau tidak berswafoto bersama teman-teman. Penuh frame gambar. Hehehe...


Bersama sebahagian "geng lepak mana hari ini..." 

 

Wednesday, September 13, 2023

Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2023 Zon Pulau Aur

Alhamdulillah, selesai juga program tahunan Sambutan Hari Kemerdekaan Zon Pulau Aur. Perancangan kurang dari seminggu. Memang kerja gila katanya...


Kali ini Kak Ida memberi cadangan untuk bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Penerangan Negeri Johor untuk mendapatkan bahan pameran. Kita maksimumkan semua sumber yang ada kerana kewangan yang terhad.




Kali ini Kak Ida tidak membawa koleksi setem kerana kengkangan masa untuk menyusunnya. Insya Allah, tahun depan Kak Ida akan bermula semula.




Rupa-rupanya, Arkib Negara Malaysia Negeri Johor ada mengeluarkan poskad sempena Hari Kebangsaan pada tahun ini.


Tema tahun 60-an.

Tingkuluak atau Tingkuluak Tanduak memiliki bentuk seperti tanduk kerbau. Penutup kepala ini digunakan untuk upacara adat, tari adat, pengiring pengantin atau penyambut tetamu.

Tanduk kerbau merupakan satu ikon dalam budaya minang. Ia melambangkan kekuatan hati, gigih, tidak pernah berputus asa dan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mencapai cita-cita.

Terima kasih Teacher Roziah Salim dan adik-adik Dzul Iman yang berikan idea, melipat dan menggulung kain batik untuk pastikan topi minang ini on point di kepala.

Terima kasih Sis Sikin Kenanga dan Faruhad Samad yang sama-sama membantu kawanmu ini untuk tampil dengan tema 60-an.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan bacaan ikrar Rukun Negara oleh Irwan. 

Kali ini, tajuk tayangan adalah Kanang Anak Langkau. Kisah seorang pejuang berketurunan Iban dari Sarawak.


Full house ok!

Maklumlah, setahun sekali wayang dipacak! Hehehe...


"Tiket wayang"


Tema kain sarong tema 60-an.



Yeay, Kak Ida menang tema pakaian terbaik kategori wanita. Alhamdulillah.

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Terima kasih team. You know who you are.

Terima kasih semua idea dan cadangan yang diberikan.

Yeay, we did it!

Sunday, September 10, 2023

Lawatan PUSPANITA JUPEM Johor ke Kampung Sg. Melayu, Johor Bahru

Yeay, we did it!

Program anjuran Biro Sosial dan Kebajikan PUSPANITA JUPEM Johor yang dirancang berjalan lancar walaupun terlewat 4 hari dari tarikh perancangan asal. 

Well, it's ok. 

Beberapa kali tentatif terpaksa dirombak mengikut kesesuaian. Maklumlah, keadaan cuaca pada minggu tersebut akan hujan lebat beserta ribut petir. 

Allah beri matahari. Cuaca pada waktu itu panas walaupun pagi itu hujan renyai mula turun.


Kami bergerak dari pejabat lebih kurang jam 9.30 pagi. Sampai sahaja disana, Kak Ida berjumpa dengan Kak Pah untuk menyelesaikan urusan pendaftaran dan pembayaran.


Harga satu kepala untuk menaiki bot adalah RM 35.00. Ada beberapa aktiviti yang akan kita buat seperti crab catching, melihat projek perternakan kupang dan kita akan mengelilingi Kampung Sg. Melayu selama 40 minit.

Hari itu, seramai 24 orang ahli PUSPANITA yang turut serta dalam program lawatan ini.



Satu bot sesuai untuk tiga atau empat orang.


Kelong tempat memancing.






Suasana dan view pokok bakau di Kampung Sg. Melayu. Jika ada rezeki, kita boleh berjumpa dengan ular, monyet dan buaya. Hehehe...

Alhamdulillah, pada hari itu, Kak Ida tidak berjumpa dengan haiwan-haiwan tersebut. Syukur sangat-sangat. 






Healing katanya...

Kemudian, kami di bawa ke kelong perternakan kupang. Baru Kak Ida tahu ada kupang jantan dan betina. Hahaha... noob sangat ok!



Kupang yang berwarna kemerah-merahan itu betina dan warna kupang yang sedikit pucat itu adalah jantan.





Sebelum kita ke jeti semula, jangan lupa singgah untuk membeli ketam dan udang. Harga sekilo ketam adalah RM 22.00 dan udang segar pula RM 45.00.

Kak Ida sempat merembat sekilo ketam. Hidup-hidup ketam ini ditangkap. Fuh!


Kami akhiri program lawatan dengan menikmati Asam Pedas dan bergambar kenang-kennagan di situ. 

Terima kasih Tuan Pengarah kerana turun padang menyokong program PUSPANITA kali ini. Terima kasih kepada ahli PUSPANITA yang dapat join. Semoga program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.


Thursday, August 10, 2023

Quizizz sempena Bulan Kemerdekaan Zon Pulau Aur

Semalam berlangsung Quizziz sempena Bulan Kemerdekaan untuk Zon Pulau Aur.

Perancangan asal, kuiz akan dibuat melalui aplikasi Kahoot! Jam 11 malam baru Kak Ida perasan, pakej basic hanya untuk 10 pemain. Jika mahu lebih dari itu, kita perlu membayar hampir RM 200 untuk mengambil plan yang bersesuaian dengan keperluan kita.

Godek-godek website, akhirnya terjumpa apps yang lain. Quizizz! Nah, hampir jam 1.30 pagi Kak Ida selesai "berperang" copy paste semula semua soalan dan jawapan dari Kahoot! ke Quizziz. Nasib baru 40 soalan, kalau 50 soalan. Berhuhu dibuatnya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar semalam.

Well, ada soalan senang, ada soalan sederhana susah dan susah. Semuanya fakta dan sejarah berkaitan kemerdekaan.

Memang berkerut muka masing-masing walaupun sempat "study" last minute. Pemenang seperti yang Kak Ida duga. "Haziq Champion". Pakej sempat minum kopi sementara menantikan sahabat lain selesai menjawab. Hehehe.

Tahniah kepada semua pemenang.
Tempat pertama,
Hadiah sekeping dirham bertemakan Kemerdekaan


Tempat kedua
Hadiah sekeping setem bertemakan Kemerdekaan lengkap dengan postmark bercop tahun 1957


Tempat ketiga
Hadiah seunit lori Eco Shop bertemakan Kemerdekaan

Insya Allah, jumpa lagi tahun depan.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my