Showing posts with label PdPr Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label PdPr Anak-Anak. Show all posts

Sunday, September 5, 2021

PdPr | Buruj Tahun 6

Minggu lepas Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul belajar Sains tentang topik buruj.

Ok, sebelum itu, Kak Ida kongsi apa itu Buruj?
Buruj adalah gugusan bintang yang membentuk corak-corak menarik di langit. Buruj juga merupakan sekumpulan bintang yang membentuk satu bentu, imej atau corak di langit.

Terdapat empat jenis buruj iaitu:
1. Buruj Belatik
2. Buruj Pari.
3. Buruj Scorpio
4. Buruj Biduk.

Keempat-empat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. Ada 88 jenis buruj (constellations) di dunia. Selain itu, kita tidak boleh melihat kesemua buruj dalam satu masa yang sama kerana buruj akan muncul di ruang angkasa pada masa dan waktu yang tertentu.

Kenapa ini berlaku?
Ini kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putara bumi yang berputar pada paksinya dan mengikut peredaran bumi yang beredafr mengelilingi orbitnya.

Ini contoh di mana buruj itu "menyerupai" scorpio.
 
Ciri-ciri buruj scorpio ialah:
1. Sekumpulan bintang yang membentuk corak seekor kala jengking.
2. Scorpio dapat dilihat di hemisfera selatan.
3. Scorpio dapat dilihat antara bulan Jun dan Ogos antara pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam.

Si dia menambah baik kefahaman Aisyah dengan menggunakan apps Sky View.

Kita juga boleh melihat planet yang ada disekeliling dengan apps ini. Wow kan?

... dengan ibu pun "terlopong" sama



Ini adalah projek sains Aisyah. Membuat trofi dengan buruj.

Tuesday, August 24, 2021

Projek PdPr | Layang-layang

Hari ini Adilah perlu membuat projek layang-layang. Gigih Kak Ida "tepek list" di whatsapp bahan-bahan yang perlu dibeli untuk projek Adilah.

"Eh, dah ada? Mana abang dapat?"

"Ceritanya macam ni... Ida kan memang tahu membeli aje. Lepas tu abang yang simpan. Ida beli, abang simpan. Ida beli, abang simpan..."

"Eh bang? mana ada. Bila masa pula Ida ada beli layang-layang?" Fuh, menyirap juga darah bila disindir.

"Ada, Ida ingat tak Ida ada buat program Mommies United ke Muzium Layang-Layang dua tahun lepas? Punya banyak Ida beli set layang-layang untuk anak-anak. Tu (sambil juih mulut). Ada lagi yang tak buat. Abang simpan ajelah."

Fuh, punya lama si dia simpan. Serius memang Kak Ida tak ingat langsung!


Malu pula rasanya. Ini kena repeat Muzium ke macam mana ni? 

Hallah... hallah!

Tuesday, August 17, 2021

PdPr | Corak terancang (Teknik gurisan)

Sudah mula kedengaran bunga-bunga bertelagah di luar bilik berebutkan laptop.

Ibu di bilik sedang WFH mulalah nak bertukar menjadi naga. Alahai...

Well said, since PKP 3.0, ibu rasa dah "expert" jadi juri/pengadil. Salah seorang mesti berundur.

"Aina... ada homework." panggil ibu dari dalam bilik.

Datanglah si anak sambil menonton video YouTube untuk memahami subjek Pendidikan Seni.

Subjek:  Pendidikan Seni Visual
Masa  :  10.00 pagi -12.00 tengahari
Tarikh:  17 Ogos 2021(Selasa)
Tajuk:  corak terancang (Teknik gurisan)

 Objektif :
Pada akhir pembelajaran murid dapat
1.  Menamakan teknik corak terancang
2. Membuat corak terancang menggunakan teknik gurisan.

 Aktiviti :
1. Minta murid klik pautan. 
2. Sila tonton dan fahamkan panduan suara dalam video
3. Mohon ibu bapa bimbing anak-anak semasa menonton video.
4. Setelah selesai, murid-murid boleh mula membuat tugasan. 
5. Sediakan bahan-bahan:
     -  kertas lukisan/A4
     -  krayon
     -  pembaris
     -  lidi
6.  Sila buat tugasan dengan merujuk video.
7.  Mohon ibu bapa bimbing anak-anak membuat tugasan ini dengan kemas.
8. Jaga kebersihan.
9.  Hasil tugasan perlu dikongsikan di sini.

Selamat berkarya.

"Pergi ke bawah sekarang. Ambil krayon, lidi, dan kertas."


Bunga-bunga bertelagah tadi sudah mula kuncup. Lagi-lagi bila mendengar suara ibu yang tegas memberi arahan.

"Itulah Ammar, kan Adilah dah cakap."

Mmm... bertuah sangat!

Alhamdulillah.

Lega sekejap hati ibu bila keadaan kembali tenang. Nak tutup WIFI, itu adalah "jalan terakhir" yang Kak Ida ada kerana Aisyah sedang bersekolah agama. Huhuhu

Takpelah, 15-30 minit keadaan tenang pun sudah bermakna. Kah!

"Buat cantik-cantik Aina." (read: buat slow-slow Aina)

Tapi itulah, ibu perati aje ni.

Laju benar si anak nak habiskan homework yang ada


Nah, hasilnya. Cantik kan? 



Monday, August 16, 2021

Tarikh persekolahan terbaru 2021

Berdasarkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pelan Pemulihan Negara telah menggariskan perkara seperti tertera;


Fasa 1 : Sekolah tidak akan dibuka
Fasa 2 : Untuk Murid Kelas Peperiksaan Sahaja (Tingkatan dan 6)
Fasa 3 : Boleh untuk murid kelas biasa.
Tertakluk kepada penilaian risiko negeri tersebut.

Sekolah hanya boleh dibuka bergantung kepada penilaian risiko negeri (perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM).

-Dr. Radzi Jidin-

Untuk rujukan penuh berkenaan ketetapan terkini Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) mengenaik pembukaan sekolah 2021 terkini, sila tonton video penuh ucapan Dr Radzi Jidin pada pautan ini https://fb.watch/7oLW_R3cCp/ .

Sunday, August 8, 2021

Clothes we wear

Pada 8 Ogos 2021 yang lalu, Kak Ida tertarik dengan tajuk "clothes we wear."

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah bekas telur dan tali.

Mula-mula, Kak Ida lubangkan bekas telur. Kemudian, masukkan tali seolah-olah kita akan mengikat tali kasut. Jika boleh, bekas telur mestilah lebih dari 4 lubang.

Sepanjang PdPr, ibu dan ayah kena extra kreatif mengerjakan setiap tugasan anak-anak supaya anak-anak tidak bosan mengadap liveworksheet sepanjang masa.

Alhamdulillah, terima kasih cikgu atas idea yang cukup menarik ini. Kak Ida pun nyaris kompius bagaimana untuk mengikat tali kasut kerana Kak Ida lebih suka kasut sarung dari bertali. 

Aina suka sangat.


Simple aje kan?


Tuesday, August 3, 2021

Bunga Ros dari sabun

Selamat pagi semua, 

Hari ini giliran Adilah Insyirah berPdPr melalui zoom bersama teacher dan kawan-kawannya.

Alhamdulillah, hari ini mereka buat projek bunga ros dari sabun. 

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Sebuku sabun wangi.
Pemarut
Lidi
Tepung jagung
Gam
Sedikit air.

Sengaja belajar di taman mini kami. Mencari "angin dan semangat baru". Matlamat hari ini adalah untuk menguatkan sensori dan otot-otot tangan anak-anak.


Sebelum itu, Adilah perlu buat revision terlebih dahulu.



Adilah perlu memarut sabun terlebih dahulu. Agak tricky sedikit kerana risau jari terluka.


Hasil sabun yang diparut. Campurkan dengan tiga sudu tepung jagung, sesudu gam cair dan sedikit air.


Adilah perlu menguli sabun tersebut sehingga menjadi doh. Masukkan air sedikit demi sedikit ya. Setelah menjadi doh, masukkan doh tersebut ke dalam beg plastik untuk mengelakkan sabun menjadi keras.


Ambil sedikit doh. Bentukkan menjadi bulat dan cucukkan pada lidi. Bentukkan menjadi kuntuman kelopak bunga ros yang belum kembang.


Untuk membentuk kelompak, gunakan sudu ya.



Alhamdulillah, ini bunga ros yang terhasil dari sabun. Tahniah Adilah. 


Tuesday, July 27, 2021

Pendidikan Seni Visual | 27 Julai 2021

Tarikh :27 Julai 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pg -12.00 tengahari



Tajuk : Menggambar dan mewarna guna gabungan media kering dan media basah.

Objektif:

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menggambar ikut arahan pada lembaran.

2. Mewarna gambar menggunakan gabungan media kering.

Aktiviti :

1. Minta murid lihat lembaran yang diberi.

2. Mohon ibu bapa bimbing anak - anak lukis gambar yang sama atas kertas lukisan mengikut langkah demi langkah

3. Sila warnakan gambar yang dilukis menggunakan media kering.

4. Mohon ibu bapa bimbing anak-anak membuat tugasan ini dengan kemas.

5. Berhati-hati menggunakan alatan - jaga kebersihan.

6. Hasil tugasan perlu dikongsikan di sini.

7. Tema kita masih sama.

Selamat mencuba.

Terima kasih.

Sunday, July 25, 2021

Pendidikan Islam | 25 Julai 2021

Matapelajaran: Pendidikan Islam

Tajuk: Beriman kepada Malaikat

Tarikh: 25 Julai 2021
Masa: 10.00 - 12.00 tengahari

Aktiviti pembelajaran:

1. Murid diminta menonton video pembelajaran dipautan link yang disediakan.

2. Mohon ibu bapa membimbing mengenal nama-nama malaikat.

3. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja digital liveworksheets ( https://www.liveworksheets.com/uj854542ks ) dengan bimbingan ibu bapa dan hantar screenshot ke group wasap kelas.


Selamat belajar murid-murid dan terima kasih ibu bapa

Thursday, July 15, 2021

Pengurusan Diri | 15 Julai 2017

Tarikh : 15 Julai 2021 (Khamis)

Masa : 7.30 - 9.30 pagi

Tajuk : Unit 1 - subtajuk
(Menu sihat Badan Cergas)

Objektif :

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Mengenal menu untuk setiap hidangan di rumah.

2. Menyatakan waktu yang sesuai untuk setiap hidangan di rumah

3. Menulis dengan betul dan kemas.

Aktiviti
1. Minta murid dengan bimbingan ibu bapa menyiapkan/menyediakan hidangan untuk :

i.   Sarapan pagi
ii   Makan tengah hari
iii. Minum petang
iv. Makan malam

3. Mohon ibu bapa bimbing anak - anak menghidang bagi setiap hidangan.

4. Sila ambil gambar untuk setiap hidangan.

5. Tuliskan waktu makan dan pada gambar.

(Contoh: 7.30 - sarapan pagi)

Selamat belajar.
Terima kasih.

Wednesday, July 14, 2021

Kemahiran Manipulatif | 14 Julai 2021

Mata pelajaran: KM (10.00 - 12.00)
Tarikh : 14 Julai 2021 (Rabu)
Tajuk: Kemahiran motor halus

Objektif: Murid boleh melakukan aktiviti pergerakan tangan dan jari serta boleh melakukan sesuatu  yang kreatif dan menggembirakan serta boleh mengenal bentuk

Aktiviti: 
1. Murid melakukan aktiviti dengan bimbingan ibu bapa
2. Murid dirakam aktiviti dengan bantuan  ibu bapa
3. Hasil aktiviti boleh ditunjukkan melalui rakaman video atau gambar

Tajuk : Mengenal Bentuk

Hasil Tugasan Murid 

Tugasan:

1. Membuat tugasan membentuk segitiga menggunakan plastik bungkusan.

2. Soalan Interaktif Online

(a) Padankan bentuk dengan gambar yang sama

(b) Bentuk Robot drag and drop




Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my