Showing posts with label Jurnal Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Jurnal Penulisan. Show all posts

Tuesday, January 4, 2022

Jurnal Penulisan 2022 | Ros Biru


HARI 3

ROS BIRU

Orang kata, setiap bilangan kuntum bunga ros yang kita dapat ada maksud yang tersirat. Ada kalanya, orang tidak mampu mengungkapkan perasaan itu dengan kata-kata. Jadi, pemberian bunga ros dapat menggantikan maksud itu.

Gigih Kak Ida google dan baca satu persatu.

Sekuntum

Diberikan oleh insan yang kita suka sebagai tanda love at first sight atau cinta pandang pertama…

Dua kuntum

Bermakna si pemberi terlalu sayangkan dan cintakan kita…

Eh, itu bilangan kuntum ros. Kalau maksud warna bunga ros macam mana pula?

Kalau berwarna merah, melambangkan klasik dan ringkas serta satu cara yang romantik untuk memberitahu “I love you

 Kuning pula menandakan persahabatan yang cukup erat.

 Kak Ida baca lagi maksud bunga ros biru...

“Saya tidak boleh memilikimu, tetapi tidak boleh melupakanmu.”

Fuh! Speechless sekejap.

Ini kerana warna ros biru ini tidak boleh diperolehi secara semulajadi. Ros berwarna putih perlu dicelup dengan gabungan warna dan ia melambangkan sesuatu itu tidak boleh dicapai atau misteri.

Apa kata anda? 

Monday, January 3, 2022

Jurnal Penulisan 2022 | Jalan

HARI 3

JALAN

My expectation.

"Ibu, kat mana tempatnya?"

Tu... depan tu aje. (sambil menjuihkan mulut)

Kan macam pulau tu. Jalan-jalan dah sampai. See, ibu tengok pun landai aje... Memang confirm tak penat." penuh keyakinan si ibu menerangkan pada si anak.

Sekali,

"Nampak sangat korang tak baca kan?" sedepuk kena sembur dengan Nor Effahanee .

Puas meratib "bila nak sampai... bila nak sampai..." dan bila perlu hiking yang boleh tahan juga tingginya. 

Masalahnya, keluarga Ida Kamilia boleh pula semua memakai selipar. Aduh...

Bertabahlah si Effa meratib juga, "sikit aje lagi... sikit aje lagi..."

But, we did it! 

Sunday, January 2, 2022

Jurnal Penulisan 2022 | Mimpi Indah

 

HARI 2

MIMPI INDAH

 Ketika aku membaca bait-bait perkataan dalam sekeping surat itu, aku seperti terbuai-buai dalam mimpi indah.

Tidak sangka, impianku untuk menyambung pelajaran peringkat di ijazah akhirnya tercapai jua selepas 10 tahun aku menanti. Bukan tempoh yang pendek.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah” tidak berhenti-henti mulut ini memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Impian yang satu ini tidak pernah padam dalam diari kehidupanku.

Aku membaca lagi surat itu.
Sebenarnya, aku menyambung pelajaran bukan di dalam bidang Geometik. Aku terpaksa menukar major kepada Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Tidak mengapa…

“Ada hikmahnya.” Bisik hati aku.

Paling penting kursus ini masih berada di Fakulti Alam Bina dan Ukur. Ini bermakna, aku dapat mengurangkan tempoh pembelajaran kerana dapat pengecualian mata kredit pada mana-mana subjek yang telah diambil ketika aku menyambung diploma dahulu.

Doakan aku dapat menggapai impian ini sehingga ke akhir garisan. Insya Allah.

Saturday, January 1, 2022

Jurnal Penulisan 2022 | Tetamu Tidak Diundang

 

HARI 1

TETAMU TIDAK DIUNDANG

Hujan lebat membasahi rumah manis.

“Meow meow,” riuh bunyi anak kucing di belakang rumah memanggil ibunya barangkali. Pastinya kesejukan.

 Anak-anak sudah berlari ke dapur. Semua tidak sabar mahu menjenguk tetamu tidak diundang ini.

“Ibu, ada tiga ekor anak kucing” jerit Ammar. Tinggi suara si anak yang kedengaran teruja dengan lebatnya hujan yang turun.

“Manalah ibu dia ni…” bisik hati Kak Ida.

“Ammar, ambilkan ibu kain tuala kat bilik. Kita alaskan dulu bakul ni…”

Berlari si anak ke bilik untuk mencapai sehelai tuala. Terus dibalutnya anak kucing itu supaya tidak kesejukan.

“Comel anak kucing ni ibu…” Aina mengelus-ngelus lembut si bulus. Memang comel. Pastinya betina kerana ada tiga warna iaitu oren, hitam dan coklat.

Dari jauh, Kak Ida ternampak ibu kucing berlari ke arah anaknya. Risau menyelubungi wajah si ibu. Terus masuk ke bakul menjilat-jilat badan anak-anaknya.

Lembut mata ibu kucing memandang Kak Ida seolah-olah berkata,

“Terima kasih…” 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my