Thursday, October 19, 2017

Seminar Breastfeeding Peer Counselor Update

Seminar Breastfeeding Peer Counselor Update.




Tuesday, October 17, 2017

Nasi ayam penyet

Yeay, kita makan menu Indonesia lagi.

Kali ini Kak Ida menikmati nasi ayam penyet untuk tengahari ini.

Setakat ini, inilah nasi ayam penyet yang memenuhi selera Kak Ida.

... dengan harganya cuma RM6.00/sepinggan, Insya Allah boleh kenyang sehingga malam. Hahaha.

Ok, apa istimewanya Nasi Ayam Penyet ini.

Istimewanya ada kelapa goreng yang dihiris bersama serai. Selain itu, ada juga pegaga diletakkan dalam set ini.


Nampak kelap goreng yang diletakkan pada ayam.

Sangat-sangat sedap bila kelapa goreng tadi dicampur dengan nasi.

Ok, mana nak merasai makanan ini?

Kedai ini terletak berhampiran KPJ Puteri, Johor Bahru. Mungkin kedainya tidak semenarik restoran, tetapi insya Allah, kebersihan terjaga.

Pemilik restoran ramah, servis yang cepat dan yang penting, harganya berpatutan.

Ok, Kak Ida nak sambung makan dulu. Insya Allah, Kak Ida akan review lagi kedai yang sedap. :)


Bila Allah tunjukkan sesuatu melalui anak

Kadang-kala Allah tunjukkan sesuatu melalui anak.

Ya, sesungguhnya Kak Ida adakalanya tersentak.


"Abu..." (Panggilan Adilah pada Kak Ida)

Sambil menunjukkan ayat-ayat Quran. Oh Adilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...