Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Happy bithday TO ME

Assalammualaikum,
Alhamdulillah. Kak Ida panjatkan kesyukuran kerana hari ini Kak Ida genap umur 36 tahun.
Tidak terbalas segala isi dalam dunia ini untuk membalas jasa ibubapa Kak Ida kerana melahirkan Kak Ida didunia.

Tahun ini juga, si dia lewat untuk wishHappy Birthday untuk Kak Ida. Kebiasaannya, si dia memang akan menunggu detik jam 12.00 tengah malam untuk sama-sama meraikan. Namun, si dia tertidur awal kesan dari ubat tahan sakit kerana muscle pain yang dihadapi.
Pagi-pagi Kak Ida dikejutkan dengan hadiah oleh BFF Kak Ida. Acik, Linda dan Sue. Allahu, terima kasih atas ingatan.


Pagi-pagi, MJ's Susi wish birthday Kak Ida. Ya, kepala ini sarat dengan kebimbangan kesihatan si dia. Jam 11.00 pagi, ada florist yang menghantar bunga. Allahu, terima kasih MJ's atas kejutan hadiah. Susi, you're good planner!
No cake for my birthday
Kak Ida raikan dengan sepinggan laksa penang. Makanan kegemaran Kak Ida.
Seharian, Kak Ida dibanjirkan dengan ucapan-ucapan dari sahabat, rak…

Autisme, Panduan Ibu Bapa

Assalammualaikum,

Hari ini Kak Ida ingin berkongsi satu buku yang PERLU ADA untuk ibubapa yang mempunyai anak autisme.


Buku Autisme, Panduan Ibu Bapa yang ditulis oleh Prof Madya Dr. Hasnah Toran.
Buku yang berharga RM 45.00 (tidak termasuk pos) boleh didapati juga di UKM dengan menghubungi Puan Salmiah Bujang 0126413605.
Terdapat lapan bab dalam buku ini iaitu:- Bab 1 : Memahami Autime Bab 2 : Mendapatkan Diagnosis untuk Anak Bab 3 : Menerima Diagnosis Anak Bab 4 : Merancang Masa Hadapan Anak Bab 5 : Intervensi Yang Berkesan Bab 6 : Persediaan Membantu Anak Bab 7 : Mendapatkan Intervensi Untuk Anak Bab 8 : Merancang dan Melaksanakan Intervensi Untuk Anak
Semoga perkongsian dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada ibubapa yang mempunyai anak austime.
Insya-Allah.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Ibu Ammar

Jemput jemput Nestum

Selamat bercuti.
Minggu ini Kak Ida bercuti panjang. Hari ini adalah cuti gantian Awal Muharram 1439H.
Di Johor, jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Jumaat, cuti gantian adalah pada hari Ahad. 
Dapatlah menghabiskan masa bersama keluarga. 
Ok, antara "tugas" yang memeningkan adalah memasak. Jenuh memikirkan menu untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 
Hari ini Kak Ida mahu berkongsi menu petang kegemaran keluarga Kak Ida, 
Jemput-jemput nestum.
Kak Ida suka membeli nestum dalam bentuk sachet (jika kita jarang menggunakan dalam kuantiti yang kerap, nestum akan menjadi lemau dan keras).
2 sachet nestum  3 sudu besar susu pekat 6 sudu besar tepung gandum secubit garam. (Kak Ida suka masak dengan menggunakan Garam Kristal dari Ana Edar).
Cara membuatnya Masukkan nestum, susu pekat, tepung gandum dan garam dalam satu bekas. Gunakan secawan air panas, kemudian masukkan pula air sejuk. Kacau pekat (bukan cair).  
Panaskan minyak dalam kuali.
Jemputkan a…

Titian cinta | Sumpah Cinta

Ya Tuhan,
Kak Ida TERjatuh cinta dengan drama bersiri Titian Cinta. Terbuai-buai dengan lagu OST dendangan Asfan Shah, Sumpah Cinta.
#HatiTisu.
Lirik Lagu Sumpah Cinta
Disaat saling mengenali Ku tahu cintamu memanggil Dalam perasaan yang tak kau dengari
Lambaian mu di dalam mimpi Bayangan senyum bidadari Indah segenap rasa tak terbagi
Belahlah jasad ku Tirai kenangan ku Pasti akan kau jumpa Api cinta menyala
Hingga akhir nafas ini Sayang sampai akhir pasti Cinta ku tersimpul mati Di syurga tetap kau ku nanti Sumpah cintaku hanya padamu
Disaat saling mengenali Ku tahu cintamu memanggil Dalam perasaan yang tak kau dengari
Belahlah jasad ku Tirai kenangan ku Pasti akan kau jumpa Api cinta menyala
Hingga akhir nafas ini Sayang sampai akhir pasti Cinta tak bisa berganti Sumpah ku hanya kau disisi
Genggam tanganmu yang suci Sampai rambutku memutih Cintaku tersimpul mati Di syurga tetap kau ku nanti (Sumpah cintaku hanya padamu)

Terima kasih si dia, kerana mengizinkan memiliki buku novel (y…

EPSA

Alhamdulillah,
Bertambah lagi lencana EPSA Kak Ida. Syukur.
Apa itu EPSA? EPSA adalah portal e pembelajaran Sektor Awam Khas untuk penjawat awam. Penjawat Awam SAHAJA.
Oh ya, kena ada email khas ya. Sebagai contoh, bykamilia@jupem.gov.my
Ini kerana, penjawat awam diwajibkan untuk mencukupkan 4 hari berkursus dalam masa setahun. Jadi, bagi ibu-ibu (seperti Kak Ida) yang sibuk (konon) bergelumang dengan anak-anak, memang sesuai sangat mencukupkan kursus dengan EPSA.
Sesuai dengan objektif EPSA adalah Pembelajaran Bila-bila Masa, Dimana Jua.
Tidak perlu kita INTAN. Jimat masa, jimat kos dan jimat segala-galanya. Hihihi

Apa lagi yang bagusnya EPSA adalah, masa yang telah ditetapkan bagi setiap kursus.
Sebagai contoh, Kak Ida baru selesaikan kursus Pengurusan Fail dan Rekod.
Nilai jam berkursus adalah 20 jam.
Manakala tempoh kursus satu hari bersamaan 6 jam.
20 jam/6 jam= 3.33 (3 hari 30 jam).
Hanya atas talian sahaja tanpa perlu menunggu 3 hari berkursus diluar. Berbaki satu hari lagi un…

Bila mana tiada idea menulis

Bila mana kita tiada idea untuk menulis.

Pernah kan? Kita blurr... Hahaha.

Apa yang perlu kita buat. Adakah bertafakur termenung nasib diri kerana tiada idea untuk menulis.

Selalunya, Kak Ida akan mengambil satu majalah lama.

Sentuh tentang majalah, pastikan majalah yang bermanfaat. Antara contoh, PAMA, Keluarga, Wanita dan yang dirasakan bersesuaian dengan kita.

Bukan majalah yang menunjukkan b****i. Tiada faedahnya ok.

Ambil satu ruangan, contoh petua masakan. Kongsikan apa yang kita baca sebagai posting kita.

Mudah bukan?

Jom kita mulakan dengan menulis satu perenggan dan teruskan perenggan demi perenggan.

Lesen kereta

Assalammualaikum
Kak Ida doakan semoga pembaca yang singgah ke blog Kak Ida dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dari segenap penjuru.
Menjelang harijadi yang bakal menjelang tiba (ehem!), ada satu perkara yang jangan diabaikan.
reNEW lesen kereta.
Allahu, 
Membelek lesen di wallet, bakal tamat tahun ini. Hahaha... Maklumlah, Kak Ida selalu renew dalam masa dua atau tiga tahun. Leceh jika perlu renew setiap tahun. Satu lagi, sebagai langkah penjimatan hendak membayar komisen. (selagi boleh jimat!)
Mujur pejabat pos satu bangunan yang sama di pejabat. Jadi, tanpa bertangguh Kak Ida terus menonong ke Pejabat Pos.
Membelek resit yang diterima, terpaksa terima hakikat, ada GST yang perlu dibayar.

Setahun RM 30.00 x 3 tahun = RM 90.00 Komisen Pejabat Pos = RM 2.00 GST 6%) = RM 0.10
Walaupun jimat komisen RM 4 untuk komisen, kos reNEW lesen TERtambah seposen gara-gara GST. Huhuhu.
Ok, just move on
Alhamdulillah, salah satu list to do boleh dipotong.
Nantikan entry terbar…

One more step closer Ammar

Assalammualaikum,
Semalam Kak Ida ada check-up ENT.
Setelah tiga kali bertukar tarikh. Dari 11/9 ke 17/9 akhirnya 18/9. Bukan senang ok.
Berpagian-pagian Kak Ida terpacak di Klinik Pakar HSA. Maksud berpagi-pagian adalah bila kaunter pendaftaran masih belum dibuka. ... dan semakin pelik, bila mana Kak Ida terasa sudah awal, tetapi ada orang lebih awal dari itu. Mereka keluar selepas Subuh agaknya. Hahaha.
Gigih menanti nombor giliran dipanggil, Kak Ida perlu menunggu ni Bilik 6 untuk sesi endoscope. Pheww, walaupun sudah tiga kali menjalani proses ini, seriau dihati tetap ada. Huhuhu.

Membelek jam di telefon, jam sudah menunjukkan jam 9.30 pagi. Alamak, terapi Ammar jam 11.00 pagi di Hospital Permai. Doktor pula sibuk dengan kes rawatan yang lebih teruk.
Teringat untuk zikir Ya Wahab (permudahkan). Pukul 10.00 lebih, baru nombor dipanggil ke bilik doktor. Kak Ida maklumkan, sesi terpaksa dipendekkan kerana perlu berkejar terapi Ammar. Mujur Dr. Gan memahami. "Ida, you ambil ubat…

Tips bonding dengan anak.

Perkongsian dari email Naluri Parenting.
Sekiranya kita sering memberi perhatain semasa anak.kita bercakap, anak.belajar budaya bercakap sopan. Orang cakap kita dengar dan cuba faham. Sekiranya mereka selalu digesa-gesakan, paksa buat itu dan ini dia belajar untuk mendapat sesuatu melalui paksaan.Sekiranya kita sering mungkir janji kepada anak kita, anak akan belajar untuk tidak mempercayai kata-kata kita.Sekiranya kita selalu 'send them off' ke tempat lain semasa kita buat kerja, mereka mendapat mesej, mereka tidak penting, tidak dihargai. Sekiranya mereka diajak berbincang, meneroka minat, citarasa dan pandangan,mereka rasa diri mereka diperlukan dan akan membantuSekiranya kita sering marah-marah anak, lebih rasa marah dari disayangi, mereka rasa diri mereka terlalu kerdil, tiada guna. Anak menjadi lesu tidak bertenaga.Sekiranaya anak kita lihat kita sering mentelaah, membaca Alquran, anak-anak akan terbawa-tterbawa mengikut tabiat kita berjinak-jinak dan gemar mendapat khaba…

Yeay, Ammar mahu makan...

Yeay, Ammar mahu makan...
Dari tengahari merancang menu untuk makan malam and yes, menu utama adalah IKAN.
Tekak tidak mampu lagi menelan ayam, ayam, ayam... (oh bukan tidak bersyukur, hanya mahu menukar menu).
Singgah di kedai Acheh, hujan renyai. Kebetulan Adilah pula tidur lena. Jadi, si dia yang turun. Sempat ambil gambar si dia memilih tempe. (suami yang macho adalah suami yang pandai memilih ikan. Hahaha)
Asalnya mahukan ikan mata besar, tetapi nan ado.
Yang ada ikan selar... err... Kak Ida ingatkan ikan selar yang comel-comel. Berkira-kira, seorang dua ekor. Kak Ida minta si dia belikan 10 ekor. Rupa-rupanya, ikan selar hijau. Sebesar tapak tangan. Terdiam juga. Hihi
Harganya? RM 16! Mmm... Bertabah sahaja.
Kak Ida memesan juga sayur kacang botol dan tempe.
Sampai dirumah, terus menyinsing lengan menyiang ikan.
Si dia tanakkan nasi dan juga goreng tempe dahulu (untuk kudapan sambil memasak).
Jadi, menu malam tadi, ikan selar goreng, tumis kacang  botol dan juga tempe. Alhamdul…

Homechool | PETRONAS Street Mart

Assalammualaikum
Seawal jam 10.30 pagi Kak Ida sudah keluar dari rumah.
Rezeki untuk COD IVKids di Petronas UTM. Alhamdulillah.
Kemudian, si dia terus membawa kami ke Nusajaya.
Ikutkan perancangan hendak ke PETRONAS Street Mart di Puteri Harbour. Kak Ida terperasankan banner di Hospital Permai semenjak bulan April. Huhuhu
Sudah lama merancang, tetapi seringkali bertindih dengan jadual-jadual yang lain. Selain itu, Kak Ida dan si dia perlu melihat kesediaan anak-anak. Tidak sesuai untuk sesi menerjah.
Masuk pula adalah PERCUMA.
Banyak interaktif tentang keselamatan jalanraya di sini.
Antaranya keselamatan penjalan kaki, penunggang motorsikal, keselamatan kanak-kanak dijalanraya, keselamatan kenderaan dan lain-lain lagi.
Kebetulan ketika Kak Ida datang, agak lengang. Jadi, anak-anak boleh bermain dalam tempoh agak lama kerana tidak perlu berebut-rebut.
Kebanyakan aktiviti dan program dari PETRONAS memang tidak menghampakan. Ini merupakan program kedua selepas Karnival Matematik yang di…