Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Monday, July 15, 2024

Pengalaman ke Daily Fresh Pulai Perdana

"Abang, Ida teringin nak makan jagung susu..."

"Nak makan kat mana? Dah malam ni," tanya si dia. 

"Kita pergi Daily Fresh nak? Alang-alang nak isi minyak. Boleh bawa anak-anak lepak sekali,"

Alhamdulillah, si dia bersetuju. Selepas solat maghrib dan menikmati makan malam, kami ke stesen minyak Petron di Taman Sri Pulai Perdana. Sejujurnya, ini baru pertama kali jejakkan kaki ke Daily Fresh bersebelahan dengan stesen minyak ini.


Sementara si dia mengisi minyak, Kak Ida membawa anak-anak untuk membuat pesanan terlebih dahulu. Ya Allah, tempat untuk "melepak" cukup selesa sekali.

Layanan dari staf cukup baik dan mesra. Terima kasih kerana melayan kami. Hidangan yang diterima semuanya "fresh". 



Aina dan Ammar memilih waffle coklat dan strawberry, aiskrim musang king dan Adilah memilih aiskrim crossaint.


Senyum lebar si anak dapat menikmati dessert.

Alhamdulillah, pengalaman manis untuk anak-anak. Insya-Allah, boleh jejakkan kaki ke sini lagi kerana cukup dekat dengan rumah. 

Saturday, March 9, 2024

Lepak Only Us di Bakingnerds

Biasanya, yang tidak dirancang beria-ia yang menjadi. Hehehe...

Kali ini kami bertiga merancang untuk lepak di Taman Setia Tropika. Selepas itu Kak Haya mahu terus bergerak ke Kulai untuk hantar Ya ke asrama.

Setelah melihat beberapa review, kami ke Bakingnerds. 

Ya, sempat baca kisah di sebalik Bakingnerds.



Antara hiasan di dinding. Buku memenuhi ruang disini. Memang cun!


Masing-masing perut memang lapar. Orang kata mengumpul kelaparan untuk makan disini. Gituw! Kak Haya memilih spaggeti seafood, Effa memilih chicken wrap serta sepotong kek velvet dan Kak Ida memilih Chicken Chop Fried.





Portion dia memang puas hati. See?


Ya, latte pilihan Kak Ida.



Alhamdulillah, walaupun sekejap tetapi ia adalah terapi untuk kami bertiga. Ada banyak kisah yang ingin dikongsikan walaupun sebentar cuma.

Semoga ukhuwah ini kekal berpanjangan sehingga ke Jannah. Insya Allah.

Thursday, July 6, 2023

JJCM | The Lightwood by Mues

"Jom bang, kita lepak..."

Kepala ini sarat memikirkan program back to back sepanjang dua minggu ini. Kena "time out" untuk meredakan tekanan.

"Kita ke tempat baru ya bang? dekat aje.."

Kami ke The Lightwood by Mues yang terletak di Jalan Abdul Samad. 


Cukup mendamaikan dengan suasana kehijauan. The Lightwood menggunakan tema putih, kelabu dan hijau.


Hiasan disini cukup ringkas. Sesuai dengan mood Kak Ida pada waktu itu yang mahukan ketenangan.

Kami memesan Dirty Latte dan Latte Coffee serta sourdough untuk kudapan. 


Hiasan didinding bertemakan "world map". Berkenan sungguh! Kreatif kan? 


Fuh, padu betul. Recommended!


... bersama si dia. 



Alhamdulillah, suasana ini dapat melarikan diri dari terus tepu. Terima kasih abang menemani Kak Ida.

Saturday, July 1, 2023

JJCM | QuickBite @ Bandar Baru Kangkar Pulai

Petang ini Kak Ida ke QuickBite di Bandar Baru Kangkar Pulai.

Ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Hehehe...

Di QuickBite, memang sesuai untuk minum petang kerana menu utama disini adalah waffle, pasta, sweet corn, corndog, fries dan biscoff.

Memang berpatutan sangat-sangat harganya. Kak Ida tengok, paling murah adalah RM 4.30 untuk sekeping classic waffle yang tebal. Jika premium, sekeping waffle harganya RM 5.50.

Insya Allah, memang boleh mengenyangkan.



Pelbagai jenis waffle dan pilihan topping yang kita mahu.

Boleh makan disini kerana kedai ini memuatkan dua meja dengan kapasiti lapan (8) orang dalam satu-satu masa.



Tebal kan?

Ok, kalau ke sini, singgah ya. Kita #supportlocal.

Alamat:

32, Jalan Pulai Ria 2, Bandar Baru Kangkar Pulai.

Monday, June 12, 2023

JJCM | Asam Pedas Misai

 Alhamdullillah, hari ini sahabat LAD membawa Kak Ida ke Asam Pedas Misai di Kulai. 


Memang padu dan cukup rasa untuk asam pedas disini.


Antara dekorasi kedai yang menarik.


Kak Ida memilih nasi putih, telur dadar dan asam pedas ikan merah untuk santapan makan tengahari. 


Isi ikannya yang padat. 

Alhamdulillah, memang kenyang. Insya-Allah, boleh repeat lagi ke sini. 


Saturday, June 3, 2023

He and She Coffee | UTM Skudai

"Jom, kita jumpa petang ni nak?" tanya team mate. 

"Kita jumpa kat He & She Coffee? Lepas tu kita ke kelas terus. Kelas pukul 6 petang hari ini..."


Nah, akhirnya kami bertemu disini dalam jam 4.30 petang.

He & She Coffee ini terletak di aras bawah Perpustakaan Sultanah Zanariah. 

Cafe ini penuh dengan lukisan mural didinding yang bertemakan suasana universiti.

Kak Ida memilih latte panas. Ingatkan nak merasa croissant salted egg, tetapi tiada. Takpelah, lain kali sahaja.

Cafe ini dibuka setiap hari.

Lengang sahaja pada waktu ini. Hujung minggu agaknya. Kalau hari bekerja, pasti riuh suasana disini.

Ada ruangan "library lounge" untuk serlahkan bakat disediakan di cafe ini. Menarik!

Sekitar cafe...

Akhirnya, menjelang petang Kak Ida sudah bergerak ke SPACE untuk attend kelas.

Simpan sini untuk kenang-kenangan. Pertama kali jejakkan kaki ke cafe ini. Well, boleh jadi port baru untuk kami.

Jumpa lagi di next posting. Tata.



Friday, June 2, 2023

Pengalaman Staycation di Trinidad Suites Puteri Harbour

Assalammualaikum dan salam bloggers!

Alhamdulillah, berakhir sudah staycation 2 hari 1 malam di Trinidad Suites Puteri Harbour.


Kenapa ke sini? 

Satu untuk escape diri, reward diri dan paling penting DEKAT! Tidak mahu menghabiskan masa di atas jalan bersesak bagai lebih-lebih lagi sekarang sedang cuti sekolah.

Kami bawa satu luggage and go

Kak Ida check in lebih kurang jam 4.30 petang. Tidak perlu menunggu lama dan layanan staf mesra dan sedia membantu Kak Ida sekeluarga.

Kak Ida memilih bilik studio dengan harga RM 181.83 termasuk tax dan sarapan pagi untuk dua orang! Murah kan? Ya... bagi Kak Ida, ianya sangat berbaloi!

Bilik studio ini lengkap dengan peti ais, toaster, microwave dan lain-lain. 

Aktiviti petang kami, seperti biasa... membawa anak-anak mandi di infinity pool dengan view berlatarbelakangkan kapal layar. 

Cantik kan? Rasa tenang sangat bila dapat melihat view seperti ini.

Alhamdulillah.

Anak-anak mandi sehingga jam menunjukkan 6.30 petang. Balik ke bilik untuk bersiap-siap makan malam pula.

Pada asalnya, perancangan kami hendak makan di Mana Cafe yang terletak dibawah hotel sahaja. Akhirnya membuat keputusan untuk makan di BEN bagi menikmati secawan kopi disana. Kah! Alasan sangat... hehehe...

Hari ke-2.

Kak Ida bersama si dia menikmati sarapan pagi di Kembali Kitchen. Cafe ini dibuka dari jam 7.00 pagi - 10.30 pagi.

Menu yang disediakan semua sedap-sedap dan menyelerakan weh. Ada nasi lemak, mee goreng, soto ayam, baked and beans, sambal ayam, pastri, cereals untuk anak-anak, kuih-muih dan buah-buahan. 

Kak Ida belum boleh move on dengan scrambled eggs disini lagi-lagi bila dimakan panas-panas. Hehehe... 

Kami menghabiskan masa berkualiti berdua. Alhamdulillah.

Selesai bersarapan, Kak Ida memilih untuk mengambil beberapa keping gambar di atss rooftop.

Gambar berlatarbelakangkan bangunan Kerajaan Negeri Johor. Cantik kan?

Seusai itu, terus ke bilik. Anak-anak sudah merengek untuk mandi di kolam. Nah, layankan sahaja permintaan mereka.

Kali ini, si dia yang temankan sementara Kak Ida berehat di bilik menyiapkan tugasan. Selesai semuanya, baru Kak Ida ke kolam untuk melihat anak-anak.

Cuaca cantik sekali. Alhamdulillah.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, Kak Ida sudah mengajak anak-anak untuk balik ke bilik untuk bersiap sebelum check-out.

Pasti lapar kan, mujur si dia beli marshmallow di BEN semalam. Si dia kapitkan marshmallow dua keping biskut kering dan panaskan di dalam microwave.

Nah! Berselera anak-anak menikmatinya. 

Ok kids, sudah jam 11.30 pagi, masa untuk pulang ke rumah manis. 

Sebelum balik, Kak Ida sempat ambil beberpaa keping gambar di perkarangan lobi hotel untuk kenang-kenangan.

Terima kasih Trinidad Suites Puteri Harbour. Semoga ada rezeki, Kak Ida "kembali" ke sini semula. Insya Allah.


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my