Showing posts with label Kids Special Needs. Show all posts
Showing posts with label Kids Special Needs. Show all posts

Sunday, May 30, 2021

Anak Istimewa

Anak Istimewa 

ٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ ٱلْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَارٍ
Allah Dia mengetahui apa yang dikandung setiap wanita dan apa yang kurang sempurna di rahimnya dan apa yang bertambah. Dan setiap sesuatu disisiNya ada ukurannya.
Allah knows what every female bears and what increases and decreases in the wombs. And with Him everything is determined with precision.
(Ar Ra'd 13:8)


Setiap pasangan pasti mahukan zuriat yang lahir sempurna akal dan fizikalnya. Sungguhpun begitu, tiada siapa yang mampu menolak qada' dan qadar Allah swt apabila dianugerahkan yang sebaliknya.
Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui, Dialah sebaik-baik Pentadbir. 

Bukan mudah membesar dan mendidik anak-anak istimewa. Setiap hari dilalui dengan penuh cabaran, baik dari sudut fizikalnya mahupun emosi. Bukan calang-calang ujian yang Allah berikan kepada mereka yang punya anak istimewa. Harapannya adalah ujian ini menjadi asbab untuk si ibu bapa juga ke syurga, bukan sebaliknya.

Forum Parent-Help-Parent yang akan datang menjemput ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anak istimewa untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan tips mengurus anak mereka. 

Begitu ramai ibu bapa anak istimewa lain yang sangat berharap akan sokongan dan 'how to' daripada ibu bapa yang berada dalam situasi yang hampir sama.

Sebagai ibu bapa, kita ada satu sama lain. Gunakan platform sebegini untuk 'reach out' dan mendapatkan apa yang kita perlukan. Innshaa'Allah pasti ada maklumat yang berguna untuk kita nanti.

Jumpa 30 Mei ini ya.

Tuesday, July 21, 2020

Ibu yang masih berjuang dan akan terus berjuang

Allahu, 


Kak Ida faham perasaan ini.

Bila anak sudah disahkan oleh doktor anak kita menghidap ADHD. 

Rasa seolah-olah dunia menghempap kepala kita.

Kita akan rasa kosong, kaki tidak memijak ke tanah, diri di awang-awangan, panik, kecewa dan seribu satu perasaan bercampur baur. 

Belum lagi memikirkan apa yang orang kata.

Ya ibu, laluilah proses itu dulu. 

Jangan dinafikan perasaan itu. 

Kalau perlu menangis, menangislah dahulu.

Kalau mahu meraung, pergilah mencari pantai dan jeritlah sekuat hati. Dalam kereta pun boleh. 

Lepaskanlah sesak dan beban di hati dan perasaan yang terbuku.

Hadapilah fasa itu dulu.

Bila hati sudah tenang, kita lalui pula fasa redha dan bersyukur. 

Ya, bersyukurlah...

"Allah pilih kita untuk menanam ladang pahala".

Bukan pasrah. Tetapi berjuanglah untuk anak syurga kita.

Percayalah, ada seribu satu hikmah yang tersembunyi disitu.

Tips yang Kak Ida boleh kongsi,

1. Ambil pen dan sehelai kertas. Kemudian tulis. Tackle satu persatu masalah anak kita. Keadaan yang manakah anak akan bertindak ganas dan hyperaktif. Selesaikan itu dulu. Bukan tentang akademik atau speech. 

2. Tolong jangan abaikan temujanji dengan doktor dan pakar terapi. Berbincanglah dengan mereka yang berpengalaman untuk bantu masalah yang anak kita hadapi. Jika kita sendiri perlu berjumpa doktor, sangat digalakkan. 

3. Kurangkan gadjet seperti telefon bimbit dan television dirumah.

4. Kurangkan gula dalam makanan anak. Gula membuatkan tenaga anak akan "boost" terutama yang ada ADHD.

5. Penatkan anak. Bawa anak ke taman untuk "buang" tenaga yang mereka ada. Kalau boleh, berenang. Insya Allah, lagi cepat mereka penat.

6. Bergaullah dengan ibubapa yang "sekasut" dengan kita. Lalui proses ini satu persatu. Di Johor Bahru, boleh join Pertubuhan GIAT Johor Bahru . Insya Allah, kita sama-sama.

Ibu yang masih berjuang dan akan terus berjuang.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my