Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Pelaksanaan Provisional Acceptance Test

Hari ini ByKamilia At Work.

Kak Ida ke Hotel New York untuk menyatuni program Pelaksanaan Provisional Acceptance Test (PAT) selama seminggu disitu.

Belajar tentang modul baru dan penambahbaikan pada sistem kerja Kak Ida selepas ini yang dijangka akan bermula pada bulan September.

PAT kali ini dijalankan di Zon Selatan bersama-sama JUPEM Melaka dan JUPEM Negeri Sembilan.

Mereka cukup awesome ok. Pakar dalam bidang mereka.




Bersama dengan PTM Kak Ida, Joan.


Mabuk memandang modul yang perlu dipelajari. Allahu. 

Bersama officemate Kak Ida. Masing-masing serius serius ok! 



Inilah modul-modul yang perlu dihadam selama seminggu. Rasa? 
Setiap kali tamat PAT, Kak Ida rasa nak muntah. Hahaha


Sesi closing. Alhamdulillah, sejujurnya memang akan ada modul yang perlu ditambahbaik.
... dan semestinya, banyak ilmu baru yang diraih sepanjang minggu itu.

Malam Starvaganza Ana Edar 2018

Coret-coret Malam Starvaganza Ana Edar 2018.

Majlis malam penuh gilang-gemilang tahun ini dibuat di De'Palma Ampang, Kuala Lumpur. Dalam sejarah tahun ini, pada Malam Starvaganza si dia menemani Kak Ida. Teruja aih. Harga make-up Kak Ida RM 150.00. Konsep make-up si dia adalah tidak terlalu tebal. Solekan mata paling penting. Tema tahun ini adalah hitam merah. Mengulangi zaman kegemilangan Ana Edar lima tahun yang lepas.Makanan yang dihidangkan oleh pihak hotel, adalah makanan melayu. Tahun ini Kak Ida menerima Anugerah Achiever 2017.

Minum petang bersama di Ampang Point, Ampang.


MUA Kak Ida. Terima kakak manis. Sangat-sangat berpuas hati!



Di bilik VIP menanti kedatangan tetamu VIP yang lain.


Si dia dengan Duta Jihad Bisnes Ana Edar, Ustaz Haslin Baharim.

Tadaaa... terima kasih si dia. Konsep still mix and match. 

My partner in crime. 



Bersama adik manis kesayangan Kak Ida, Yusnorsyazana Mohd Yunos. Stokis Ana Edar dari Kluang.


Kursus AKRAB Tahap 2 : Paya Indah Wetland Part II

Hari kedua Kak Ida di Paya Indah Wetland untuk berkursus.
Suasana disini cukup mendamaikan. Mungkin disini adalah kawasan paya agaknya. Hahaha 
Hanya melihat kehijauan disitu tanpa pencemaran. 


Sebelum kelas bermula, kita ambil gambar dulu ya Kak Fairuz.


Kursus AKRAB ini diadakan di Dewan Tempua, Paya Indah Wetland. 


Selepas habis tempoh waktu berkursus, Kak Ida mengajak Kak Azrina untuk berjalan-jalan di sekitar PIW. Rugi rasanya kaki sudah jejakkan kaki ke sini tanpa ada perkongsian.
Paya Indah Wetland ini berkeluasan 450 hektar. Cukup luas dan luas dan luas. Pada waktu pagi memang ramai yang berjogging. Paling menarik perhatian di PIW adalah Kolam Buaya.

Terdapat 58 ekor buaya disini ya. Kalau ada rezeki datang pada hujung minggu dan waktu yang betul (jika tidak silap Kak Ida, jam 11.00 pagi), kita boleh melihat kakitangan PIW memberi makan buaya disini. Pada hari lain tiada ya sebab memang diet buaya disini makan pada hujung minggu.
Kos makan buaya juga bukan cukup murah. Jadi, f…