Showing posts with label Homeschool. Show all posts
Showing posts with label Homeschool. Show all posts

Saturday, September 30, 2023

Lantern Parade | Sunway Citrine Hub Nusajaya

Hello there!

Assalammualaikum dan salam bloggers.

Kak Ida bergegas ke Nusajaya selepas selesai menjawab soalan writing Bahasa Arab.


Kak Ida baca salah tempat, rupa-rupanya di Sunway Citrine. Bukan di Sunway Big Box. Bergegas kami anak-beranak ke tempat yang betul. Bertabahlah...


Nah, kus semangat. Panjang betul barisan untuk menanti giliran bagi mendapatkan dua set lantern dan sebiji mooncake.


Ibu dah pasrah... 

Syukur, memang rezeki anak-anak, kami adalah dua keluarga terakhir yang dapat. Yeay...

Aktiviti pertama,

Memasang lantern.
Sejujurnya Kak Ida agak terkial-kial memasang lantern. Mujur Ammar banyak membantu. Kami berempat "hang" bila celah mana mahu memasang lampu LED dan menggantung kayu.





Ammar ambil peranan sebagai abang untuk bertanya pada auntie. Allahu. Ibu speechless bila tengok keyakinan Ammar untuk bertanya.

... dah yes, finally we did it! 


Sementara menantikan persembahan seterusnya, kawan Kak Ida bercerita tentang kisah Lantern Festival ini.

Kesimpulannya ia tentang "gathering" atau "reunion" .

Pakej bagitau mooncake itu Kak Ida boleh makan kerana tiada bahan yang tidak halal. Hehehe...

Aktiviti kedua
Persembahan drum



Pertama kali anak-anak melihat persembahan drum di depan mata. Syukur, Ammar dan Aina boleh "adapt" kekuatan bunyi drum.

Aktiviti ketiga
Persembahan tarian naga LED.


Ini lagi wow. Kak Ida turut kagum dengan synchronize gaya tarian mereka.
Kak Ida membuat keputusan untuk balik. Aktiviti berjalan dengan naga sambil membawa lantern itu tidaklah berani untuk join kerana risau tidak mampu handle anak-anak.

Alhamdulillah,

Kita belajar tentang budaya hari ini. Good job anak-anak.

Mohlah kita balik. Esok sekolah.


Gambar rasmi dari Sunway


Cuba spot kami di mana. Hehe...


Tuesday, July 18, 2023

Lawatan tapak Program Sensory Camp

"Kita berkumpul lepas Maghrib di Dewanraya Gelang Patah."

Begitulah pesanan ringkas dari penyelaras program. 

Selepas memunggah barang-barang sensory ke dalam kereta, kami terus bergerak ke destinasi yang dituju. Perjalanan memakan masa hampir setengah jam juga. 


Alhamdulillah, Dewan Raya ini betul-betul terletak di pekan Gelang Patah berhadapan dengan Pejabat Pos dan Klinik Kesihatan Gelang Patah. 

Kami disambut oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada malam itu.

Tidak sangka dewan ini cukup luas. 

Tugas malam ini adalah memasang banner, penyediaan tempat untuk peserta, hiasan pentas dan juga menyusun 10 stesen untuk sensory.



Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan cukup baik. Semua ringan tulang membantu persediaan malam ini.


Peserta akan duduk mengikut kumpulan yang telah ditentukan.


Hasil kerjasama malam ini. Tinggal menunggu peserta dari semua Sekolah Pendidikan Khas di bawah Zon Majlis Bandaraya Iskandar Puteri esok pagi.



Semuanya selesai menjelang jam 10.30 malam. 

Jumpa esok!


Friday, March 11, 2022

Menarik di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Salam bloggers,

Perancangan asal, Kak Ida mahu membawa anak-anak ke Taman Rama-rama. Malangnya, pada hari tersebut, taman tersebut ditutup untuk penyelenggaraan.

Mujur ada plan B. Akhirnya, roda kereta digerakkan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak tidak jauh dari situ. 

Tiket masuk
Dewasa : RM 14.00
Lain-lain : RM 7.00
Kanak-kanak di bawah 6 tahun : PERCUMA


Terdapat 12 galeri yang ada di bangunan Muzium dua tingkat ini. Jadi, sangat berbaloi membawa anak-anak ke sini untuk mendalami kesenian Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Muzium Kesenian Islam Malaysia telah ditubuhkan pada Disember 1998 kerana peningkatan minat terhadap kesenian Islam. Oleh yang demikian, Malaysia menjadi lokasi bagi sebuah muzium kesenian Islam terbesar di Asia Tenggara yang berperanan dalam menjaga, mengumpul, memelihara serta mendidik masyarakat tentang kesenian Islam.

Muzium ini berkeluasan 30,000 meter persegi ini terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Galeri 1:
Galeri Seni Bina

Galeri ini menempatkan model seni bina masjid dan makan dari dunia Islam. Model-model ini dibina dengan berskala terutama binaan yang terkenal seperti Taj Mahal. Ini bagi memperlihatkan keagungan serta kepelbagaian reka bentuk seni bina Islam.








Galeri 2 :
Galeri Al Quran dan Manuskrip.

Galeri ini memperlihatkan perkembangan dan kemunculan pelbagai gaya tulisan Arab yang bermula dari folio terawal Al Quran yang ditulis di atas velum sehingga Al Quran beriluminasi indah yang ditulis oleh penulis khat yang ternama.



Masjid di Melaka.


Masjid di Kampung Laut, Kelantan.



Galeri 3:
Galeri India

Kekayaan warisan benua dari India dapat dilihat di galeri ini melalui lukisan miniatur, kepelbagaian senjata berbilah serta perkakasan perak dari Bihar.


Galeri 4:
Galeri China

Galeri ini menonjolkan kepentingan Islam di China, serta hubungan perdagangan antara Muslim di China dengan kerajaan-kerajaan di dunia Islam yang lain. Empayar Safavid, Qajar dan Uthmaniyya, serta kerajaan kesultanan di Asia Tenggara merupakan antara penggemar hasil kerja tembikar China yang tiada tandingan.


Galeri 5:
Galeri Dunia Melayu

Galeri ini melihatkan pengaruh Islam dalam kesenian Melayu seperti yang terdapat pada tekstil limar, persenjataan seperti keris serta perkakasan rumah dan tumpuan istimewa kepada tradisi perkahwinan Melayu.








Galeri 6: 
Galeri Barang Kemas

Galeri ini memperlihatkan kehalusan dan kemewahan barang kemas dari dunia Islam. 


Galeri 7:
Galeri Tekstil

Galeri ini mempamerkan koleksi cebisan tekstil awal Islam serta kostum dan hiasan yang menggunakan teknik seperti sulaman, tampal hias dan ikat.

Galeri 8:
Galeri Kerja Kayu dan Gaya Hidup

Koleksi kotak kayu, kabinet dan lain-lain hasil seni tukang kayu yang berukir dan bertatah indah dipamerkan di galeri ini. Barangan hiasan yang lain diwujudkan bagi memberi gambaran kepelbagaian gaya hidup di dinasti Islam yang berbeza-beza.


Galeri 9:
Galeri Senjata dan Perisai

Nilai estetika tentang simbol kekuasaan diperlihatkan melalui senjata api dan senjata berbilah yang berhias. Perisai juga memberikan gambaran tentang ekspresi estetika mengenai darjat pahlawan di masa silam.

Galeri 10:
Galeri Mawatang dan Cop Mohor

Galeri ini menyusuri perkembangan duit syiling bermula dari rekaan era kemuncak penulisan kaligrafi awal dinasti Islam sehingga penggunaan mata wang kontemporari yang lebih majmuk.

Galeri 11:
Galeri Kerja Logam

Tradisi penghasilan kerja logam dengan sepuhan emas dan perak yang cukup cantik diperlihatkan di galeri ini. Bakat dan kebolehan teknikal tukang besi dapat dilihat melalui hasil kerja pada loyang dan gangsa.

Galeri 12:
Galeri Seramik

Seni pembuatan tembikar di galeri ini diperlihatkan melalui teknik yang digunapakai seperti Iznik dan barang kilau. Disini juga terdapat seni Islam yang terpilih yang mempengaruhi seramik yang dihasilkan di dunia Eropah.



Jangan lupa singgah ke Muzium Kesenian Islam Malaysia.

"Sejarah dan budaya yang semakin dilupai."



Monday, January 31, 2022

Homeschooling | Menaiki LRT Setiawangsa - KLCC - Setiawangsa

Misi homechooling hari ini, kita belajar menaiki LRT. 

Kami bergerak selepas makan tengahari dan solat Zohor. Tidak terkejar-kejar dan cuba balik sebelum jam 5.00 petang. Tidak mahu bertembung dengan orang ramai.

Perancangan asal, nak membawa anak-anak menaiki LRT dari Sri Rampai. Tetapi itulah, tiada parking disitu kecuali kita "berhati kental". Memang tidaklah... kan?

Akhirnya, atas cadangan abang ipar, kami berpatah balik ke LRT Setiawangsa. Alhamdulillah, parking ada. Tiket parking untuk sekali masuk cuma RM 4.00 sahaja. Paling penting, keselamatan anak-anak kerana tidak perlu melintas jalan.

Jadi, route kami telah bertukar iaitu Setiawangsa - KLCC - Setiawangsa.



Dari semalam merengek hendak naik train, hari ini ibu dan ayah cuba merealisasikan. 



Tambang ke KLCC hanya RM 2.00/seorang. Sejujurnya, ibu memang risau. Sudah lama kami tidak menaiki LRT. Si dia awal-awal lagilah, memang tidak tahu langsung. Redah jangan tak redah!



Mujur orang Kuala Lumpur sudah mula bercuti sempena Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari. Train tidak sesak langsung. Rezeki kami "orang jauh" nak berjalan katanya. Hehehe...


Yeay, we did it!




Alhamdulillah, anak-anak well behave. Jadi, ibu belanja Godiva aiskrim di KLCC. Kejutan untuk anak-anak. 

Ok, mission accomplished. Thank you abang, Mohammad Syamsul Kamisan




Setelah selesai, kami bergerak pulang ke Setiawangsa. 


Pengalaman manis untuk anak-anak. Syukur, Allah swt lindungi setiap langkah kami. Insya-Allah, boleh repeat lagi. Mungkin ke Plaza Seni selepas ini.

Ok, next adventure!


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my