Friday, June 29, 2018

Terima kasih mama Yus

Alhamdulillah,

Malam tadi, Kak Ida menyantuni jemputan salah seorang sahabat manis Kak Ida ibarat adik sendiri, geng susuibu, babywearing, RANIA and name it! Hahaha

Yus menjamu Kak Ida sekeluarga dengan pasta, pengat pisang dan dihidangkan dengan teh O yang cukup menyegarkan tekak.






Terima kasih adik manis kerana sudi menerima kehadiran keluarga kecil Kak Ida ke teratak Yus. Siap dibekalkan lagi untuk Kak Ida menikmati dirumah.


Pretend play

Alhamdulillah, dapat juga sekeping mat untuk "pretend play" anak-anak.

Memang puas hati dengan design dan cantik sangat. Anak-anak cukup suka. Sambil menggerakkan kereta atau fire engine, mulut riuh berbunyi. Harga juga mampu milik berbanding di tempat lain yang boleh mencecah beratus-ratus ringgit.

Besar mat yang Kak Ida beli ini bersaiz 100x150. Boleh letak di playroom anak-anak atau diruang tamu.

Kalau mat yang bersaiz kecil Hanyang sebesar 50 x 70. Tetapi designnya pula tidak memikat hati dan kecil pula. Hahaha...


Ni mak ke anak yang nak main? Kah!

Alang-alang Atie (sahabat manis Kak Ida) ke Pasaraya SAKAN, Kak Ida kirimkan untuk belikan sekali.

Rupa-rupanya, mat ini banyak orang yang borong! Huhuhu

Ok, Kak Ida kongsikan kebaikan "Pretend Play" pada anak-anak ya.

Sebenarnya, pretend play ini menggalakkan anak-anak berlakon dan berimaginasi dengan apa yang ada disekeliling anak. Tidak semestinya, ibu perlu membeli mat semata-mata pretend play, tetapi dengan kos yang rendah seperti membawa anak-anak berjalan di sekeliling taman atau padang, anak boleh meniru bunyi burung, kereta atau apa juga bunyi yang anak-anak dengar dan lakonkan semula.




Best kan?

Selain itu, pretend play juga dapat:-

1. Kemahiran menyelesaikan masalah.
Aktiviti ini, anak-anak dapat belajar kemahiran menyelesaikan masalah dengan berfikir secara kreatif. Seperti di mat yang Kak Ida beli ini, anak-anak berupaya untuk menjadi seorang penyelesai masalah dengan menggunakan jalan yang mana untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ini sebagai contoh.

2. Keupayaan sosial dan bahasa.
Sambil mulut anak "riuh" membunyikan bunyi kereta, bunyi kereta api atau pelbagai jenis bunyi yang lain, Pretend Play dipercayai dapat meningkatkan kemahiran bersosial dan bahasa anak akan meningkat. Ini kerana anak akan bercerita dan berlakon, anak-anak sebenarnya menggunakan bahasanya sendiri.

Kalau berkongsi dengan orang lain? Lagi seronok aktiviti ini.

3. Perkembangan emosi.
Aktiviti ini juga menyokong perkembangan emosi yang baik. Ini kerana apabila mat ini dikongsi dengan orang lain, tahap konsentrasi dan perhatian anak pada sesuatu perkara turut meningkat. Anak juga berpeluang untuk bersosial dan mengekspresikan emosi dan melatih kemahiran motor mereka. Secara tidak langsung, anak dapat menyalurkan emosi melalui permainan blok atau boneka yang digunakan oleh mereka.

4. Kreativiti
Apabila anak-anak berpura menjadi "orang lain", mereka akan menjadi lebih kreatif dan inovasi dengan dibantu watak dan prop yang ada disekeliling anak. Anak akan belajar kemahiran berfikir secara simbolik dan mencipta sesuatu yang baru. Imaginasi tercipta seawal umur dan menggalakkan sel-sel otaknya berhubung dan berkembang dengan sendirinya.

5. Perkembangan kosa kata
Bila anak-anak sedang bercerita atau melakonkan sesuatu watak, secara tidak langsung banyak perkataan yang anak akan kuasai dan belajar untuk melengkapkan sesuatu penceritaan.

Nah! Banyakkan kebaikan pretend play.

Ok, Kak Ida stop dulu disini. Kak Ida pun nak join mereka bermain. Maklumlah, zaman Kak Ida belum wujud lagi. Hihihi

Tata!


Thursday, June 28, 2018

Beraya kan sebulan...

Malam tadi selepas Kak Ida gigih menCOD beberapa rumah sambil beraya, Kak Ida menyantuni ibu-ibu group homeschool di Taman Universiti. 

Berkumpul disitu walaupun hanya sebahagian.

Alhamdulillah,

Tuan rumah menghidangkan spaghetti carbonara untuk kami. Sedap belaka air tangan Mama Suraya. 

Memang meriah dan cukup meriah! 

Anak-anak pun gembira bermain bila dapat berkumpul. 





Terima kasih tuan rumah atas jemputan. Insya Allah, kalau ada program homeschool, kita berjumpa lagi ya.

Tuesday, June 26, 2018

Hari temu mesra SKTDS


Hari temu mesra SKTDS.

Kak Ida sampai awal hari ini. Kerana perlu menyantuni program selepas itu.

Tahniah Aisyah, dapat tempat ketiga keseluruhan dan kelas.

Banyak juga perkongsian dua hala hala Teacher Suren tentang Aisyah. 


Kepada semua guru yang mendidik Aisyah, jauh disudut hati Kak Ida yang paling dalam, terima kasih. Terima kasih.

Sunday, June 24, 2018

Terima kasih Kak Haya

Terima kasih tuan rumah Kak Zulhaya.

Malam ini menyantuni makan malam dirumah beliau. Serasa tidak lengkap jika tidak beraya dirumah kakak manis ini saban tahun. Berkumpul bersama #SisterBF. Berborak sakan seperti menjamakkan semuanya dalam satu malam!



Sampai rumah Kak Haya, terus ambil port untuk bergambar dulu. Agagaga

Maaf kerana terlewat sedikit. Kak Ida perlu menyantuni satu rumah terlebih dahulu sebelum datang ke rumah Kak Haya. 





Hidangan semestinya sedap-sedap belaka. Menu kampung katanya... Tetapi cukup menyelerakan! Ada asam pedas ikan siakap, sup ayam, lala goreng lada, sambal ketuk, ikan masin dan ulam-ulaman.

Paling menarik perhatian Kak Ida adalah kek tapak kuda dari Brunei dihidang bersama kopi pekat. Ada orang panggil ladam kuda. Bukan ladang ya.

Musnah diet masing-masing. Hahaha



Ok, sebelum balik, kita bergambar lagi dan bersalam-salaman. Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal erat buat selama-lamanya.

Ya, we're #SisterBF!

Thursday, June 21, 2018

Baraan Raya CEO Al Haddad ke rumah manis

Terkejut sebenarnya bila Presiden At Selatan bertanya jika ada sesiapa yang mahu menjemput CEO datang ke rumah untuk beraya.

Ketika Kak Ida membaca pesanan di group, Kak Ida sebenarnya sedang keluar beraya! Menyantuni sahabat-sahabat sekolah Kak Ida dari pagi.

[BACA: Raya Jemah datang lagi]

Hahaha... Memang kerja gila!

Tanya pendapat si dia dahulu. Bukan apa, gemuruh dada weh bila mengenangkan CEO nak datang ke rumah. Termangu-mangu sekejap betul ke CEO nak datang rumah? Masa yang ada pun singkat. Boleh ke boleh? See, nampak tak gabra Kak Ida?

Selepas si dia bersetuju, Kak Ida terus whatsapp dengan Presiden At Selatan untuk bertanya berapa orang yang turut serta dan lokasi terkini mereka berada ketika itu. Sambil mengira baki masa yang ada. 

Sejurus menghabiskan hidangan asam pedas ayam dan bersalam-salaman (psstt... sempat lagi weh Kak Ida mengambil gambar), Kak Ida terus bergegas balik dalam keadaan hujan lebat.

Singgah ke kedai Acheh untuk membeli roti dan telur. Kemudian, kami berdua terus bahagikan tugas. Mujur sebelum keluar beraya ke rumah Elly, rumah sudah dikemas. Kalau tidak, memang haru biru. Hihihi


Kami berdua sepakat menghidangkan menu 'ala-ala kopitiam' untuk tetamu. Roti kukus dan telur separuh masak dihidangkan bersama teh tarik. 

Sesuai untuk hidangan petang.









Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Rombongan ini turut disertai oleh ibu Chaerani April Liana dari Indonesia. Memang sungguh istimewa.

Sambil berulang kali meminta maaf seadaianya ada kekhilafan di sana-sini. Kak Ida sebenarnya rasa terharu bila mereka (rombongan CEO) sudi mencemar duli ke rumah Kak Ida. Terima kasih tuan kerana sudi hadir ke teratak kecil kami.

Insya-Allah, berjumpa kita di tahun hadapan. 

Raya Jemah datang lagi

Selepas bertangguh beberapa kali (kerana masa yang tidak kena), akhirnya program tahunan beraya jemah (datang lagi) dapat juga dibuat.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, rumah Susilawati dijadikan rumah pertama untuk bersarapan pagi sebelum memulakan baraan. 

Raya tahun ini, Susi menjamu kami dengan cucur udang dihidangkan bersama Nescafe. Memang menyelerakan bila dihidang panas-panas.





Ya, bukan mudah untuk kami (Mak Jemah) berkumpul. Rembatan kerja hakiki dan kesibukan seharian menguruskan anak-anak memang membuatkan kami "menjamakkan" semua perkara ketika berbual.

Boleh bayangkan riuhnya kami walaupun hanya beberapa kerat jemah sahaja yang ada. Hahaha

Kemudian, program diteruskan ke rumah Kak Ida. Kak Ida sepakat menghidangkan menu ala kopitiam seperti roti bakar, roti kukus dan telur separuh masak. Menu yang tidak terlalu berat kerana ada banyak rumah lagi selepas ini.







Sambung berbual lagi... dan lagi.... dan lagi...

Selepas kami semua snap gambar sebagai kenang-kenangan, kami kemudiannya terus menuju ke rumah Elly di Taman Laman Indah. 

Elly menghidangkan kami dengan menu aglio oglio seafood. Memang menyelerakan. Berkunjung ke rumah baru menambahkan seri dirumah Elly. Insya-Allah.






Dah namanya emak kan, pantang anak-anak menyepahkan barang terus ambil menyapu. Memastikan tuan rumah selesa selepas menerima kehadiran kami. Hahaha

Seterusnya, kami terus bergerak ke rumah Mahfuzah. Kedatangan Kak Ida agak lewat sedikit kerana Kak Ida perlu ke Citylink untuk mengambil stok Qaseh Gold dan ke kedai gambar untuk mengambil gambar keluarga.

Dalam perjalanan ke rumah Mahfuzah, Kak Ida terima pesanan whatsapp, CEO Al Haddad ada di Johor untuk beraya. 


Kak Ida sampai di rumah Mahfuzah dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Sambil menikmati kelazatan asam pedas ayam membuatkan Kak Ida senak perut.



Hidangan sedap-sedap belaka sampai terlupa Kak Ida hendak mengambil gambar. Hahaha.

Baraan disebelah petang, Kak Ida tangguhkan untuk menyatuni tetamu datang beraya.

Alhamdulillah, terima kasih sahabat.

Ya Allah, kekalkan dan simpulkan tali ukhuwah kami sehingga ke akhirnya. Besar harapan kami supaya hubungan seperti saudara ini diberkati oleh Allah swt.

Insya-Allah.

Tuesday, June 19, 2018

Mak Teh, Kak Ti datang

Balik dari Jelebu, Kak Ida membuat keputusan untuk singgah ke rumah Mak Teh di Taman Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Selangor.

Ketika beraya, Kak Ida lebih mengutamakan berziarah dirumah saudara-mara. Selain untuk merapatkan ukhuwah, ia juga untuk mendidik anak adab ketika beraya dirumah orang.

#Homeschooling

Seronoknya di Klang adalah, Klang ini bandar diraja. Banyak sebenarnya tempat menarik dan bersejarah yang boleh diexplore. Sebab sejarah di Selangor bermula di Klang.

Siapa kata di Klang tiada tempat yang menarik?

Sampai di rumah Mak Teh, lebih kurang jam 4.00 petang. Waze membantu Kak Ida untuk tidak melalui jalan yang tidak jammed. Kalau tidak, memang haru. Huhuhu

Maklumlah, berjalan raya di hari kedua.

Kami disambut dengan hidangan meehoon goreng air tangan Mak Teh. Memang menyelerakan. Dua kali tambah juga. Hahaha

Tidak sah kalau tidak bergambar, Kak Ida minta si dia ambilkan gambar dari bawah flat dengan mama.

Nah, ini hasilnya. Nampak cantik kan? Effect kurus itu menjadi sangat.




Ok Mak Teh. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Insya Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...