Thursday, June 7, 2018

Majlis Khatam Al Quran JUPEM Johor

Alhamdulillah, 

Khamis lepas Kak Ida menyatuni Majlis Khatam Al Quran peringkat JUPEM Johor.

Majlis ini merupakan agenda kemuncak tahunan di pejabat Kak Ida selepas kami mula bertadarus pada 21 Mei 2018 yang lepas.

Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan membaca ayat-ayat suci Al Quran mengikut juzuk yang telah diberikan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Bulan Ramadan adalah bulan Al Quran.

Alhamdulillah, kami selesai bertadarus mengikut tempoh masa yang diberikan. 



Kak Ida bersama teamate! Terima kasih dik. Banyak bantu Kak Ida sama ada dari segi kerja ataupun kerja tidak rasmi.


Macam biasa, bab selfie melfie serah pada Kak Ida. Hahaha


Bergambar kenangan bersama para pengkhatam. Sungguh kacak berbaju melayu.

Bukan baju melayu breastfeeding father ya! Huhu (Move on Kak Ida, move on!)


Ok, ini gambar unformal. Hahaha


Kak Ida bersama CS. Sporting sungguh bila diajak bergambar.


Cak!



Ok, it's a wrap. Alhamdulillah. Majlis Khatam Al Quran 1439H telah selamat diadakan. Syukur. 

Jumpa lagi pada tahun hadapan. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my