Tuesday, June 5, 2018

Aset untuk kesihatan

Malam tadi Kak Ida menyantuni Redcap Farmacy. Redcap Farmacy adalah salah satu tempat kegemaran Kak Ida untuk membeli produk atau ubat bagi kesihatan keluarga.

Ya, Kak Ida cukup selesa dengan layanan yang diberikan oleh staf disitu. Lebih-lebih lagi bila Redcap Farmacy juga mempunyai cawangan di Taman Sri Pulai Perdana 2. Tidak sampai lima minit perjalanan dari rumah Kak Ida. Hahaha...

Alang-alang ke farmasi untuk membeli ubat asthma, Kak Ida juga suka mengambil kesempatan untuk menyemak kadar gula dalam darah secara rawak. Tidak silap Kak Ida, bayaran untuk check gula adalah RM 3.00/strip.

Penting diperingkat umur kita. Jadi, sekali-sekala perlu ambil tahu. Tidak sampai lima minit pun.

Syukur alhamdulillah, keputusan gula Kak Ida malam tadi adalah 7.7.

Kemudian, Kak Ida mengambil peluang untuk melihat promosi yang ditawarkan. Lebih-lebih lagi bila GST telah dimansuhkan, nak juga tengok apa yang boleh dibeli jika harganya mampu untuk dimiliki.

Kak Ida tertarik dengan "On Call Vivid". Mesin ini mempunyai lifetime guarantee berbanding jenama mesin yang lain yang hanya memberikan jaminan selama lima tahun sahaja.


Paling membuatkan Kak Ida teruja adalah harga untuk jarum dan strips agak murah berbanding Achu Check.

Ia juga mudah digunakan. Tidaklah terlalu rumit. Jarum boleh dilaraskan mengikut kesesuaian kita dan strip juga tidak memerlukan darah yang banyak untuk kita kita mengetahui keputusan gula dalam darah.


Sambil staf menyiapkan guarantee form, Kak Ida selfie dengan Ammar disitu. Hihi


Alhamdulillah, penerangan yang diberikan oleh staf Redcap Farmacy sangat jelas dan mudah difahami.

Kak Ida sangat berpuas hati dengan produk ini. 

Alat ini aset kesihatan terbaru untuk keluarga kecil Kak Ida kerana kesihatan itu sendiri MAHAL harganya.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my