Showing posts with label Mommies United. Show all posts
Showing posts with label Mommies United. Show all posts

Saturday, September 21, 2019

Mommies United JB | Jungle Trekking di RAF Point, Kota Tinggi

Alhamdulillah, seawal pagi Kak Ida sudah bangun untuk membuat persiapan bagi menyantuni program Mommies United JB. Kak Ida masakkan bekal nasi dan lauk untuk makan tengahari disana nanti.

Jam 7.00 pagi kami sudah mulakan perjalanan. Cuaca sangat berjerebu di luar. Sehingga Kak Ida keliru sama ada kabus atau jerebu. Hihihi.



Trafik sangat lancar. Sampai di RAF Point lebih kurang jam 8.02 pagi. RAF Point ini terletak di Lot 9662, Rancangan Sg. Sendayan, Mukim Lukut, Kota Tinggi, Johor.


Alang-alang sampai awal dari jadual, Kak Ida membuat keputusan untuk melawat kawasan sekitar RAF Point ini. RAF Point ini merupakan tempat perkhemahan pilihan sekolah. Selain berkhemah, ada banyak aktiviti yang disediakan disini. Antaranya flying fox.


Hasil kerja anak-anak yang berkhemah disitu.


Tempat perkhemahan yang disediakan.


Kami sudah bersedia untuk trekking pagi ini.



Mommies United JB menyediakan kudapan ringan. Kami menikmati sarapan nasi lemak sebelum naik. 




Sebelum naik, kami diberikan penerangan oleh renjer yang bertugas. Serba sedikit tentang Hutan Simpan Panti ialah ianya terletak 9 km dari Bandar Kota Tinggi melalui jalan Kota Tinggi - Mersing dan 48 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Panti ini terletak di dalam Hutan Simpan Panti iaitu hutan yang diterokai.

Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat rekreasi sambil menikmati keindahan alam semulajadi. 

Kami akan berhiking sejauh 2.5km. Phewww.... 



Sesi panaskan badan dimulakan. 


Ambil gambar dulu weh... Muka masing-masing masih jelita lagi. Hihihi


Bismillah... Sejujurnya, Kak Ida agak "pancit". Sudah lama tidak bermain dengan alam. 


Anak-anak memang cukup excited





Check-point yang entah ke berapa kali. Hahaha...

Maklumlah, kami berhiking bersama anak-anak. Berfaham-faham sahajalah. 


Disini, kami diberi penerangan oleh renjer yang bertugas. "Survival skills 6 hours at forest". Gituww... Kami diberi tunjuk ajar bagaimana cara meminta tolong jika berlakunya kecemasan seperti sesat di dalam hutan. Walaupun kita membawa wisel, bunyi wisel hanya boleh didengar sejauh 500 meter - 700 meter sahaja. Sebenarnya, ada kaedah lain untuk meminta bantuan iaitu,

1. Cari pokok yang mempunyai banir. Lebih besarnya banir pokok, lebih baik.
2. Ambil kayu dan pukul banir pokok itu sebanyak tiga kali, seminit berhenti. Ulang dan ulang. 



Trek yang "bersih" dari daun kering, selalunya trek yang selalu dilalui orang.





Anak-anak sempat bermain air. Jumpa air, adalah satu kenikmatan yang tidak boleh ditukar ganti. Hihihi


Ibu dengan Adilah. Chill Adilah.


Selama 25 tahun, pokok petai ini tumbuh sebesar ini. Tangan-tangan yang jahat memotong pokok petai ini untuk kepentingan diri sendiri.




Ini adalah "view" dimana petir selalu "singgah".




Cara kami "dating". Hahahaha



Jika tidak berjerebu, kita boleh melihat pemandangan bandar Kota Tinggi dari sini. Paling jauh, Plaza Kota Tinggi.


Adilah mengambil kenangan. Syukur sangat-sangat Adilah tidak banyak meragam minta didukung pada hiking kali ini. 



Alhamdulillah, kami tamat hiking jam 11.05 pagi. Semuanya dilindungi oleh Allah swt. 

Selepas berehat seketika, masing-masing beransur pulang ke destinasi masing-masing.

Terima kasih semua mommies yang dapat hadir dalam program hari ini. Insya-Allah, kita berjumpa lagi di masa akan datang.

Friday, July 26, 2019

Mommies United | Thematic Challenge 2019

Thematic Challenge 2019 Mommies United JB sudah masuk ke Quarter 3.


Thematic challenge ini direka dengan tujuan utama untuk :

+ Menggalakkan ibu ayah beraktiviti bersama anak-anak, di mana-mana sahaja berdasarkan tema yang ditetapkan.
+ Menjauhkan gadgets ketika bersama anak-anak, sebaliknya masa yang ada digunakan secara ekslusif untuk anak-anak.
+ Melatih dan memberi pendedahan kepada ibu-ibu yang baru hendak bermula dengan homeactivity, tetatpi tidak tahu bermula dari mana.

Umur anak:
Terbuka kepada semua, dari 0 bulan hingga 12 tahun.
Bentuk aktiviti adalah berbeza mengikut milestones (perkembangan) anak-anak.

Komitmen fee:
RM 5 per/keluarga.

Sila buat bayaran kepada:
11808400006109
RHB Siti Nooramira

Untuk pendaftaran, sila isi google form dibawah.
Mohon isikan nama penuh anak untuk memudahkan urusan pembahagian sijil kelak.


Selepas mengisi borang dan membuat bayaran, mohon whatsapp pada Puan Mira untuk join group.


Monday, April 29, 2019

Thematic Challenge 2019 - Quarter 2

Thematic challenge ni kami reka dengan tujuan utama untuk:


Menggalakkan ibu ayah beraktiviti bersama anak-anak, di mana-mana sahaja berdasarkan tema yang ditetapkan

Jauhkan gadgets ketika bersama anak-anak, sebaliknya masa yang ada di gunakan secara ekslusif untuk anak-anak.

Melatih dan memberi pendedahan kepada ibu-ibu yang baru nak bermula dengan aktiviti di rumah tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana.

Umur anak:
 Terbuka kepada semua, dari 0m - 12 tahun.
Bentuk aktiviti adalah berbeza mengikut milestones anak-anak.
 Anak-anak di luar Johor juga boleh turut serta.

Komitmen fee : RM 5 per family.
Sila buat bayaran kepada :
11808400006109
RHB
Siti Nooramira

Untuk pendaftaran, boleh isi borang di bawah
Mohon isikan nama penuh anak untuk memudahkan urusan pembahagian sijil kelak.


Sudah siap mengisi, mohon whatsapp pada Puan Mira untuk join group
http://www.wasap.my/60135011700

Jom berthematic challenge

Wednesday, April 10, 2019

Mommies United JB | Thematic Challenge Quarter 2

Perkongsian,

Hari ini adminah Mommies United JB telah merasmikan Thematic Challenge Quarter 2. Tema kali ini adalah menyentuh tentang kebesaran di bulan Ramadan.

Mommies sangat digalakkan untuk menggunakan hashtag #MyRamadan dalam setiap posting di Facebook atau Instagram.


Adakah mommies sudah bersedia?

Boleh follow Facebook Page: www.facebook.com/MommiesUnitedJB

Thursday, March 14, 2019

Mommies United JB - Farm Visit 1.0

Minggu ini Mommies United JB akan menganjurkan satu program Farm Visit 1.0 di Bandar Tenggara.

Antara aktiviti yang disusun adalah:-

- melawat reban puyuh (mengutip telur puyuh).
- melihat proses membuat makanan kambing dan lembu.
- ke kandang kambing dan lembu.
- ke reban ayam daging
- membuat kraf kambing
- bergambar bersama jentera.

Menarik kan program minggu ini.



Tuesday, March 12, 2019

Homeschooling | Farm Visit 1.0

Next programme  Mommies United JB.

Aktiviti-aktiviti yang akan dibuat

1. Melawat reban puyuh (mengutip telur puyuh)
2. Melihat proses membuat makanan kambing dan lembu
3. Ke kandang kambing dan lembu.
4. Ke reban ayam daging
5. Kraf kambing
6. Bergambar bersama jentera

Saturday, February 23, 2019

Homeschooling : Young Entrepreneur 3.0


Vavava, kali ini Kak Ida menyantuni lagi program Mommies United JB dengan program Young Entrepreneur 3.0.

Young Entrepreneur kali ini dibuat di Sireh Park. Istimewanya kali ini kami membuat kelainan dengan menjual di Car Booth Sale.

Seperti biasa, sebelum berniaga, anak-anak kena DIY membuat signage.

Aisyah mencorakkan bekas polisterin dengan ucapan "Welcome" di kotak polisterin.


Ya, seperti biasa Kak Ida menawarkan vitagen. Memudahkan Kak Ida mengurus stok dengan anak-anak.

Oh ya, setiap hasil jualan yang diperoleh dengan pembelian vitagen, sumbangan akan diserahkan ke dalam Projek "My First Donation Box" yang dianjurkan oleh Tadika Dzul Iman, Jalan Abdul Samad.

Ammar dan Adilah mengambil bahagian dalam projek tersebut.

Sampai di Sireh Park, kami menyusun atur bekas polisterin. Si dia mencurahkan ais untuk menyejukkan vitagen dan Aisyah mula menyusun stok.


Aina pula sudah mula "Paitagen" kepada pelanggan. Memang meriah.



Cuaca di Sireh Park semakin panas dan terik. Pukul 11 pagi Kak Ida sudah mengalah. Kami mula mengemas untuk pulang.

Berbaki tiga paket yang tidak dijual, Kak Ida sudah mula membuat jualan online. Alhamdulillah, akhirnya semua dapat dijual.


Pengalaman menarik untuk anak-anak kerana mereka dapat menjual dan membeli. Cara cross sale, cara menyantuni pelanggan, cara menyerahkan barang pada pelanggan. Bonus, cara menyerahkan flyers pada pelanggan.


Adilah mengumpul sumbangan untuk My First Donation Box dengan penjual di Car Booth Sale. Memupuk sifat keyakinan pada Adilah.


Terima kasih Mommies United JB dan Sireh Park Car Booth Sale atas peluang meraikan anak-anak ini belajar. Insya-Allah, kita berjumpa di lain kali.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my