Wednesday, August 16, 2017

Kidung... Apa maksudnya?

Pagi ini di Sinar.FM mendendangkan lagu "Tiada lagi kidungmu" dari Lefthanded.

Sambil Kak Ida sibuk mengemaskini bayaran pada pembekal, telinga Kak Ida sempat menangkap satu soalan dari si dia...

"Yang, apa maksud "kidungmu". Sudah lama sangat abang nak tahu apa maksud kidungmu. (Tiba-tiba).

Ha? Sekejap boleh?

(Pause

Kak Ida perlu dengar lirik lagu dulu.

Sambil menyanyikan lirik... "Tiada lagi suaramu, tiada lagi dengar tawamu..."

Kidung bermaksud suara abang. 

(Kalau mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kidung bermaksud nyanyian atau syair. Tetapi, untuk "kenakan" dengan lirik lagu, suara lebih bersesuaian).

"Ooo..."

Kemudian lagu Ukays didendangkan pula. "Disini menanti, disana menunggu..."

Fuh, mujur si dia tidak bertanyakan maksud lirik lagu ini. Kalau tidak, memanglah... Hehehe

Sembang pagi yang santai tetapi mendebarkan. 

Tuesday, August 15, 2017

Taklimat antidadah dan saringan ujian air kencing

Semalam di pejabat ada satu Taklimat Antidadah dan saringan ujian air kencing.

Rupa-rupanya, saringan air kencing ini pernah dibuat dua tahun lepas. Cuma Kak Ida TERlepas saringan kerana cuti bersalinkan Adilah... ke Ammar ya. (kalau tidak silap Kak Ida). Hihihi

Ada prosedur yang perlu dipatuhi ketika saringan ini dibuat. Antaranya, nombor di botol urine mesti sama dengan nombor di senarai nama. Pintu bilik air pula tidak boleh ditutup sepenuhnya, dan urine diisi separuh botol dan letakkan urine untuk diperiksa sehingga keputusan diperolehi.

Alhamdulillah, ujian dadah adalah negatif.

Jom, tengok gambar sekitar taklimat semalam.





Tak sanggup nak tunjuk urine. Cukuplah sekadar "hasil ujian" ya. Hihi



Monday, August 7, 2017

Melaka... Bahagian Pertama

Seawal jam 7.00 pagi Kak Ida sudah gerak ke Melaka.

Banyak tempat persinggahan sebenarnya. 

Syukur Alhamdulillah, sejujurnya Kak Ida rasa Allah banyak membantu "melorongkan" perjalanan Kak Ida kali ini.

Aktiviti pertama adalah menyerahkan stok Qaseh pada stokis Kluang. Kak Ida menanti di Putu Bambu Juriah di Ayer Hitam. Salah satu tempat yang perlu anda singgah jika anda kaki makan. Hihi


Kemudian, Kak Ida teruskan perjalanan. Sebelum puasa lagi Kak Ida mahu menikmati kari kambing 40 hari yang popular. Rupa-rupanya terletak di Yong Peng. Tidak jauh dari Ayer Hitam. Apa lagi kan? 

Terus Kak Ida memecut ke sana. Hihi



Mujur orang masih tidak ramai. Awal agaknya Kak Ida sampai. Jadi, tidak perlu menunggu lama. 

Mengenangkan anak ramai, Kak Ida memilih makan di parkin. Bersila beramai-ramai. 

Harga sedulang ini RM 45.00 termasuk sejug sirap. Memang puas hati.


Check point seterusnya adalah menyantuni sahabat lama yang Kak Ida anggap sebagai mak. 


Kak Solisa sudah lama bersara di JUPEM dan telah berpindah ke Yong Peng. Syahdu Kak Ida melihat Kak Solisa yang semakin uzur. Kak Ida terus terkenang arwah Kak Khamisah yang rapat dengan Kak Solisa (AlFatihah). Ya Allah, jaga beliau untukku.


Bersambung...

Monday, July 24, 2017

Good luck Aisyah

Minggu ini minggu peperiksaan Ujian 2. Mujur tidak bertindih jadual ibu dan ayahnya. Bukan apa, risau Aisyah penat kerana memenuhi tuntutan kerja ibu dan ayah.

Terima kasih Teacher Deepa kerana berkongsi gambar. Hari ini kertas Bahasa Melayu Pemahaman. Esok, Bahasa Inggeris pula.

Ibu doakan Aisyah boleh menjawab dengan lancar dan tidak teragak-agak dalam memberikan jawapan.

Insya-Allah, minggu ini ibu akan raikan tamat peperiksaan Aisyah di Nusajaya ok. Hihihi


Sunday, July 23, 2017

Geng Baraan Sister BF

Semalam, Kak Ida berkesempatan untuk menyatuni sahabat-sahabat BFF walaupun tiba agak lewat kerana Kak Ida perlu menghadiri Bengkel Latihan Komunikasi untuk anak-anak Berkeperluan Khas di Youth Hab, Johor Bahru.

Tidak merancang terlalu lama, akhirnya masing-masing cuba merealisasikan penjumpaan ini.

Tuan rumah kali ini adalah Linda Bahrin.

Menu pula adalah potluck 
Linda - nasi daging
Effa - dalca
Noorul - ayam masak merah
Kak Haya - sayur pencuk dan papadom
Kak Ida - Bawa perut... Hihihi

Sesi bergambar adalah WAJIB!











Kek istimewa menutup Baraan kali ini. Terima kasih tuan rumah. Terima kasih atas layanan diberikan.

Wednesday, July 19, 2017

Jom conteng-conteng

Homeschool yang paling mudah adalah menconteng.

Menconteng merupakan kegemaran anak-anak.

Cuba tengok dinding yang dipenuhi dengan "lukisan". Mereka kreatif dalam meluahkan perasaan dan daya imaginasi.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sekeping kotak yang tidak digunakan dan juga pensel.

Phewww...

Memang sesi luahan perasaan katanya.


Kerusi trampolin Aina

Banyak kenangan Kak Ida dengan kerusi ini.

Kerusi "tiga seat" kegemaran Aina untuk berbaring dan juga "berehat" di dalam lengkungan kerusi yang dibuat "trampolin".

Tiada siapa yang boleh duduk dikerusi itu kecuali Aina.

Tetapi apakan daya Kak Ida, kerusi ini akhirnya terpaksa dibuang kerana spring dan juga paku sudah menembus keluar yang boleh membahayakan anak-anak pula. Dah lain kes pula nanti.

Ya, bukan mudah membuat keputusan untuk membuang kerusi ini. Ia melibatkan emosi anak. Huhuhu. Hanya Allah yang tahu.

Syukur alhamdulillah, Aina boleh menghadapi "fasa" perubahan ini walaupun pada awalnya Kak Ida yang tidak boleh menerima sebenarnya.

Maafkan ibu dan ayah ya Aina kerana terpaksa membuat keputusan ini.



Oh My Ammar

Manja sungguh Ammar bila bersama ayahnya.

Psikofisiologi Tubuh: Anda bijak mengurus stress

Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri satu majlis ilmu di pejabat Kak Ida. Kursus kali ini bertajuk Psikofisiologi Tubuh: Anda bijak mengurus stress.

Ceramah ini disampaikan oleh Cr. Nathir bin Muhamad. Beliau merupakan Pegawai Psikologi di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Johor Bahru.


Antara tanda-tanda kita selalu stress ditunjukkan dalam nota di bawah.



Skala tahap tekanan yang mencecah 100% adalah kematian pasangan. Jadi, kita perlu menyediakan persediaan atau "exit plan" yang boleh dilakukan bagi menampung kehidupan kita jika kita sudah tiada.

Antaranya, kita kena fikirkan jika kita kematian suami, kita meninggal dunia dan juga apa yang boleh diwariskan pada anak-anak jika kita dan pasangan kita meninggal dunia bagi meneruskan kelangsungan hidup kita. 

Aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan stress. Ada kalanya kita perlu menjadi "anak kecil" yang tiada memikirkan tentang masalah hidup.




 
Comel tak? Hihi


 

Projek homeschool untuk Adilah - Kacang Hijau

Ketika Adilah kecil, Kak Ida berkesempatan untuk membuat projek homeschool yang sangat mudah.

Bahan yang digunakan adalah:-

  1. Botol susu yang tidak digunakan.
  2. Biji kacang hijau.

Homeschool adalah untuk mengasah koordinasi motor kasar dan halus dan juga untuk membina bonding untuk melihat perkembangan anak-anak. Selain itu, untuk membina keyakinan diri anak.

Masukkan kacang hijau dalam botol susu. Berikan pada anak. Pastikan penutup botol itu ketat untuk memastikan kacang hijau tidak bersepah.


Mudah kan?

Bunyi kacang hijau dalam botol membolehkan Adilah mengasah pendengaran. Selain itu, mengasah penglihatan kerana warna botol yang terang mampu menarik perhatian anak.

Selamat mencuba.

Friday, July 14, 2017

Rutin mingguan

Rutin setiap minggu Kak Ida.

Melipat kain baju untuk enam beranak.

Fuh, memang menuntut kesabaran yang tinggi.

Siapa sama?


Tuesday, July 11, 2017

Bengkel Latihan Komunikasi

Sempena Iskandar Learning Festival 2017 , Pertubuhan Ibubapa Anak-Anak Istimewa Johor Bahru ( GIAT) berpeluang untuk menganjurkan program bersama iaitu BENGKEL LATIHAN KOMUNIKASI UNTUK IBUBAPA ANAK KEPERLUAN KHAS .

Maklumat bengkel seperti di poster dan pengesahan pendaftaran selepas pembayaran diterima.


Sunday, July 9, 2017

Jom sarapan

Tempat sarapan kegemaran Kak Ida di Skudai adalah di Mutiara Pulai.

Roti canai yang garing yang dicicah dengan kuah kari.

Bismillah.


Yang penting, gandingan mantap adalah teh tarik.

Alhamdulillah. Kenyang, jom balik!

.... bukan terapi

Sejujurnya, masak bukanlah terapi Kak Ida.

Walaupun "tiada minat yang mendalam", demi selera suami dan anak-anak, Kak Ida gagahkan juga untuk belajar. Hihihi

Semalam, berkesempatan untuk meminta resipi kari ayam dari mama.

Kari ayam merupakan masakan kegemaran Aisyah. Masakan yang membuatkan Aisyah boleh makan menambah nasi berkali-kali.


Baru Kak Ida tahu, buah pelaga dibuang bijinya. Bukan isi! Syahdu...

Yang penting, tiada istilah terlambat.

Kan?

Memenuhi temujanji

Semalam, Kak Ida menyatuni temujanji yang ditetapkan di Hospital Permai untuk Ammar.

Tersampai awal dari masa yang ditetapkan, Kak Ida mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di ruang legar permainan kanak-kanak.

Walaupun ada beberapa orang kanak-kanak disitu, Ammar mengambil pendekatan untuk tidak bergaul dengan mereka.

Ini merupakan ciri-ciri austime yang Kak Ida nampak dari Ammar.

Ammar lebih selesa untuk bermain sendirian tanpa menghiraukan kehadiran kanak-kanak yang lain.




Saturday, July 8, 2017

BFF's time

Syukur... Berkesempatan masa.

Menyantuni sahabat yang berbelas-belas tahun tidak berjumpa.

serta,

Menyantuni sahabat Ie Sha my BFF!

Dikesempatan yang ada, kami hanya melepak di Sedap Corner, Aeon Jusco.

Banyak perkara yang dikongsi, membuatkan kami perlu kuat untuk menempuh kehidupan yang akan datang.



Thursday, July 6, 2017

Wednesday, July 5, 2017

Rezeki tetamu

Alhamdulillah.

Rezeki tetamu datang.

Dalam masa sejam setengah siap terhidang untuk tetamu.




Syukur alhamdulillah.

Maaf jika ada kekurangan di sana sini.

Jangan serik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...