Saturday, December 9, 2017

Sinar Agro Farm | Menanam pokok Mulberry

Aktiviti akhir kami adalah menanam pokok Mulberry.

Ketika bersarapan pagi, Ummi berpesan supaya tidak membuang bekas minuman yang telah digunakan.

Bekas minuman itu akan digunakan sebagai "pasu sementara" untuk menanan pokok mulberry.

Pokok ini boleh dibawa balik untuk ditanam di rumah masing-masing.


Lubangkan dahulu bekas cawan dengan menggunakan pen yang tidak digunakan. Ini adalah untuk pengaliran air bila pokok disiram.


Isi tanah dalam bekas cawan tadi. 


Ibu pun gigih hendak cuba menanam. 


Ini pokok yang ditanam oleh kami. Ummi masukkan dalam plastik untuk mengelakkan tanah tertumpah.

Jom cucuk batang mulberry. Tunas diatas ya. Bukan dibawah. Hehehe... ada juga diantara kami yang menanam terbalik. 



Yeay, it's a wrap. Kami sempat bergambar kenang-kenangan sebelum bersurai.

Terima kasih pada Atie kerana menganjurkan homeschool. Insya Allah, perancangan tahun hadapan lagi menarik untuk anak-anak ini.

Ok, Kak Ida ingin berehat dulu. Petang nanti Kak Ida ada aktiviti homeschool seterusnya di EcoWorld Tropics, Masai, Pasir Gudang.

Jumpa lagi pada entry akan datang. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my