Thursday, December 21, 2017

Ammar dan Hospital Permai

Hari ini Kak Ida menyantuni temujanji dengan doktor perkembangan Ammar di Klinik Pakar Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Permai Johor Bahru.

Seawal 7.30 pagi Kak Ida sudah "terpacak" disini.

Ya, sebenarnya Kak Ida mengharapkan "keajaiban". Jauh... jauh... disudut hati Kak Ida doktor akan berikan jawapan,

"... sebenarnya anak puan normal..."

Hakikatnya,

Jawapan yang Kak Ida terima adalah sama seperti assessment yang telah dilakukan oleh doktor pakar HSA.

Malah, lebih jelas ke"autisme" Ammar.

Malah, doktor mengingatkan untuk memantau pula perkembangan pada Adilah. Ini kerana bila Aina ADHD (kebarangkalian adalah 10%), Ammar (kebarangkalian adalah 30%) dan Adilah pula (kebarangkalian adalah 40%).

Terdiam...

"Puan bertuah dapat detect anak puan secepat ini. Banyak perancangan yang kita boleh lakukan.... Boleh saya tahu apa perancangan puan untuk Ammar?"

Terkedu sekejap sebenarnya.

"Tahun depan Ammar akan mula bersekolah doktor..."

Doktor menyambung,

"Saya harap puan faham, autisme berkait rapat dengan masalah pembelajaran. Jadi, buat masa ini puan perlu mementingkan sosial dan behaviour Ammar dahulu... Saya berikan satu surat untuk cikgu pula."

Lesu sahaja anggukan Kak Ida.

Nampak gayanya, sudah tiba masanya untuk Kak Ida susunkan RPI untuk Ammar.



Sambil menunggu nombor giliran di panggil, Kak Ida perlu mengisi dan menjawab beberapa persoalan berkaitan perkembangan Ammar.

Sempat Kak Ida ambil gambar untuk panduan kepada ibubapa untuk mengetahui beberapa ciri yang berkaitan Gangguan Hiperaktiviti atau Kurang Daya Tumpuan (ADHD).



Oh Ammar.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my