Ya, minggu lepas Kak Ida menyatuni lagi program si dia.
Pada asalnya, Majlis Sanjungan Kasih dan Majlis Makan Malam Pejabat Tanah Johor Bahru dibuat KSL Hotel.
Pagi Khamis (baru naik kerja selepas bercuti panjang), baru tahu majlis bertukar tempat di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.
Nak batalkan tempat penginapan pula memang tidak boleh sebab semua sudah dibayar. Huhuhu
Mujur juga tidak jauh. Empat minit perjalanan dari sini.
Ada hikmahnya juga kerana makanan mudah "diakses" disini. Tidak sampai dua minit, sudah sampai ke KSL. Hahaha
Anak lapar terus ke KFC. Kah!
Kak Ida menginap di Studio, D'Explanade Residence. Sesuai dengan bilangan anak dan juga keselesaan.
Insya Allah, keselamatan pun ok. Akses WIFI "penuh". Ada dapur untuk memasak. Memang Kak Ida suka (walaupun tidak memasak). Hahaha
Comforter pun turut disediakan.
Terima kasih si dia. Yang penting anak-anak suka.
Sangat selesa!
No comments:
Post a Comment