Showing posts with label Penulis Pemula. Show all posts
Showing posts with label Penulis Pemula. Show all posts

Monday, May 29, 2023

Kembara ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL2023)

Kembara PABKL datang lagi. Kali ini Kak Ida datang berdua sahaja dengan si dia. Ya, Kak Ida sengaja datang pada waktu malam untuk mengelakkan kesesakan kerana pada waktu itu, warga kota sedang bekerja.

Selepas solat Asar, roda kereta laju bergerak ke LRT Stesen Setiawangsa. Kami tidak mahu mengambil risiko untuk memandu ke sana. Tambang LRT dari Stesen Setiawangsa ke LRT Masjid Jamek hanya RM 2.00 seorang.  Lagi murah dan berbaloi kan?



Pemandangan Kuala Lumpur pada waktu petang.


Bila kami sampai di Masjid Jamek, kami berdua perlu menaiki bas untuk transit ke Stesen Bandaraya. Transit bas ini ditawarkan PERCUMA. Cuma disini memakan masa yang agak lama kerana bas akan menunggu orang lain untuk sama-sama naik. 


Sejujurnya, kita perlu fit untuk ke PWTC. Kita perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit ke PWTC. Memang tidak banyak gambar yang Kak Ida ambil. Fokus berjalan. Gituw!


Mujur Kak Ida sudah siap-siapkan reruai mana yang perlu dituju. Tidak mahu membuang masa kerana PABKL akan ditutup jam 10.00 malam.



Buku anekdot "JUMPA" ada di reruai SHE 3155 dan 3156. 



Dapatkan tau sehingga 4 Jun 2023. Jangan lupa drop di bahagian komen "saya dah beli". Hehehe... 


Seterusnya, Kak Ida ke reruai Jejak Tarbiah untuk mendapatkan buku "Rumah Sejuta Buku". Hasil kompilasi penulisan Goodreads Malaysia.

Kami terus pulang sejurus dapat buku yang diidamkan. Tidak mahu bertembung orang mahu balik serentak. Terima kasih si dia kerana sudi menemani untuk tahun kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi Tahun 2023.

Jumpa lagi edisi Tahun 2024 nanti. Insya Allah.

Monday, October 31, 2022

Anekdot Syurga Untuk Dia...

"Nak lepak?"

Begitulah mesej ringkas Kak Ida pada si dia. Kak Ida ingin lari dari kesibukan memerah otak menulis anekdot terbaru #SyurgaUntukDia.

Seawal pagi, Kak Ida cuba "kills your darlings". Semua perlu ditulis tidak lebih daripada 900 patah perkataan.

Kisah ini pernah ditulis di dalam blog. Hampir empat tahun Kak Ida "perapkan" cerita ini. Akhirnya, Kak Ida membuat keputusan untuk abadikan kisah ini di dalam buku antologi terbaru ini.

Kisah apa? 

Nantikan ya.

Thursday, June 16, 2022

Episod 3 | Pengalaman berharga di PABKL 2022

Selesai menikmati minum petang di Riverside Cafe, Kak Ida terus mengambil peluang "cuci mata" di reruai yang ada.

Di sini ada Peti Gergasi Sumbangan Buku. 

Pantang ada ruang untuk bergambar, pasti tidak lepaskan peluang. Hehehe.

Majlis Pelancaran UniKH akan dibuat di Bilik Kuala Lumpur yang terletak di Aras 5.

Alhamdulillah, jumpa juga bilik ini. Hehehe.

Mata Kak Ida tertacap pada dulang yang tersusun rapi di satu sudut. 

Ya, inilah buku antologi terbaru Kak Ida. Masih "panas" kerana baru sahaja dikeluarkan. Seribu satu rasa Kak Ida bila melihat buku ini depan mata. 

Kemudian, kami diarahkan masuk untuk sesi pendaftaran sebelum duduk di kerusi.

"Tulis nama, nanti tampal di dada atau bahu ya."

Dua tahun hanya berkenalan di alam maya, pastinya Kak Ida tidak mudah mengenali wajah-wajah penulis. 



... bersama Dr Zuridah. Penyelenggara buku Jodoh Kasih.


... bersama Andek.


... bersama Shimah Basri dan Kak Ilham Muslimah.


... bersama Dr Zulkifli Khair. Pensyarah Kak Ida 



... bersama Shimah Basri.


... bersama As


... bersama Ustazah Muzayanah. Penulis Tamu di dalam buku Legasi Abah.


Antara sebahagian gambar kenangan Kak Ida bersama kembar dan rakan-rakan penulis. Terima kasih kerana pernah ada dalam hidup ini.

Meriah! Cukup meriah!

Sunday, March 6, 2022

Anekdot buku Jodoh Kasih

Alhamdulillah,


Dapat perkhabaran di dalam group Telegram, sudah tiba masanya Kak Ida menyemak galei #JodohKasih. Semakan galei ini perlu dihantar pada hari ini sebelum jam 12.00 tengah malam.

Melihat cover buku ini, Kak Ida terus jatuh cinta berkali-kali. Semekar warna bunga. 

Buku anekdot terbaru dari Kak Ida. Nantikan ya. 


Saturday, November 27, 2021

BKH Jodoh bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2022

"Allahuakbar, abang. Insya Allah, buku #BKHJodoh_Kasih yang Ida tulis bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2022."

Berita gembira itu Kak Ida sampaikan semasa menikmati makan malam yang menginjak ke waktu 10.30 malam. Mak Sri dengan kejutan, berpisah tiada.


"Nanti abang temankan Ida ok."

Apa lagi, berdangdut riang bila mengenangkan kemeriahan majlis Pesta Buku Antarabangsan 2022.

"Allah, harap-harap tidak bertembung la dengan majlis konvokesyen Adilah." terluah juga bila mata membaca tarikh majlis yang tertera di poster.

"Kita tunggu sahaja bila waktunya. Insya Allah." pujuk si dia.

Terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih.

... kerana sentiasa menyokong hasil penulisan Kak Ida. Terharu sangat.

Psst... jangan lupa dapatkan buku #PengatLabuKasihSayang dan #AnugerahLelakiTerindah ya.


Thursday, July 22, 2021

Penulis tamu Legasi Abah

"Darul Fawwaz?"

Subhanallah, nama ini tidak pernah asing di telinga Kak Ida setiap hujung bulan.
Betullah, ada sesuatu itu Allah sudah susun dan rencanakan. Yayasan yang cukup dekat dihati Kak Ida.

𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐭𝐚𝐦𝐮 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐛𝐚𝐡 𝟖 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚!

Pagi kelmarin kami dari tim Legasi Abah 8 menerima kejutan yang amat manis daripada ketua kami iaitu Ustazah Norhafhizah Suliman .

Alhamdulillah, galei kedua buku antologi Lelaki Anugerah Terindah sudah pun diterima untuk semakan.

Bila sudah terima semakan galei kedua bermaksud semakin dekatlah dengan penerbitan buku antologi ini. Seronoknya! Tidak sabar hendak menanti buku fizikal di tangan.

Ada lagi berita yang amat menyeronokkan. Nak tahu apa?

Ya, rahsia siapakah penulis tamu untuk tim LA 8 kini bukan lagi rahsia. Semuanya sudah terjawab.
Ustazah Muzayyanah Abdullah.


Siapakah dia?

Beliau adalah seorang pendakwah wanita yang tidak asing lagi di bumi Malaysia hatta telah sampai ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga merupakan pengasas Darul Fawwaz iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai pusat pengajian Islam untuk semua.

Beruntungnya kami kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis yang
hebat dan membaca kisah hidupnya.

Di dalam antologi ini, beliau menulis kisah yang bertajuk Kerana Keringat Bapak.


Nak baca kisah beliau dan penulis-penulis yang lain? 

Jom tempah buku ini sekarang. Klik saja pautan di bawah.




Wednesday, January 20, 2021

Penulis Pemula - Pengat Labu Kasih Sayang

Terima kasih Lin. Selamat membaca dan mencuba resipi baru dari #PengatLabuKasihSayang.


Teruskan menyokong #PenulisPemula ya.

 

Wednesday, January 13, 2021

Batch pertama Penghantaran Penulis Pemula

 Alhamdulillah,

Selesai penghantaran batch pertama #BukuPengatLabuKasihSayang

Insya-Allah, esok batch kedua pula.

Terima kasih kerana menyokong #PenulisPemula seperti Kak Ida. 



Ada yang ingin memiliki senaskah buku ini untuk koleksi buku?

www.wasap.my/60196558504/PLKS

Sunday, October 11, 2020

Buku Pengat Labu Kasih Sayang

Alhamdulillah, orang pertama yang membeli Buku Pengat Labu Kasih Sayang.

Rasa tidak percaya buku ini bakal diterbitkan tidak lama lagi dan bakal ada di tangan.


Terima kasih Intan kerana menyokong Kak Ida.

 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my