Showing posts with label Dunia Laktasi. Show all posts
Showing posts with label Dunia Laktasi. Show all posts

Thursday, June 1, 2023

Perkongsian Program Kelab Sokongan Penyusuan Susuibu Johor Bahru

Satu program Bicara Santai Raya dan Mesyuarat Agung Dwitahunan oleh Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, Johor akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Jun 2023 (Sabtu)
Masa: 1.30 tengahari - 4.30 petang
Tempat: Pearl Homestay, Taman Bukit Mutiara.


Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung pada hari tersebut.

Slot 1: Bicara Santai Raya
"Saya berjaya menyusu! Galakan dan saranan untuk penyusuan berjaya" oleh
Puan Jenidawati bin Jamlus

Slot 2: Bicara Santai Raya
Susu Ibu: Langit Tak Selalu Cerah
Halangan dan Cabaran: Kentalkah kita? oleh
Dr Hairin Anisa binti Tajuddin, IBCLC

Terdapat juga pertandingan bayi comel dan aktiviti untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.

Saturday, August 14, 2021

Unboxing hadiah Virtual Simultaneous Breastfeeding

Alhamdulillah,

Parcel sempena menjawab kuiz dengan betul sudah selamat tiba di tangan.

Sejujurnya, sudah lama Kak Ida meninggalkan dunia penyusuan susu ibu. Buat masa ini, Kak Ida memfokuskan pada kids special needs seperti Autisme, ADHD dan Disleksia.

Tetapi, hati ini tetap merindukan kenangan bersama Dunia Laktasi. Bulan Ogos merupakan minggu sambutan penyusuan susuibu yang disambut pada 1-7 Ogos setiap tahun.

Inilah "terapi" Kak Ida bila dapat berjumpa dengan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Pembimbing Ibu Menyusu dan juga Kaunselor Laktasi di seluruh Malaysia walaupun sekejap cuma.

Kali terakhir Kak Ida join adalah pada tahun 2016 di SINI

Tahun ini diadakan secara atas talian. Walaupun tiada anak kecil, Kak Ida hadir untuk menyokong aktiviti yang dijalankan.

Dalam ingat-ingat lupa, Kak Ida dapat menjawab soalan dengan betul. "Susuibu adalah makanan pertama untuk bayi."

Terus Kak Kam mengusik, "ini otai!"

Tergelak Kak Ida bila mendengarnya.

Nah, hari ini hadiah kuiz telah selamat diterima.


Rezeki untuk anak-anak.

Terima kasih MBfPC Perak atas penganjuran program. Insya Allah, ada rezeki kita jumpa lagi tahun hadapan.

Monday, August 9, 2021

Kuiz Online Penyusuan Susu Ibu KUSSITEM

Assalamualaikum semua, masih rancak lagi pelbagai aktiviti sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun kan. Jom semua ibu, kita asah semula ilmu-ilmu tentang penyusuan susu ibu dengan menjawab soalan-soalan dalam kuiz ini. Untung-untung boleh menang hadiah menarik!


Link kuiz seperti di bawah ya.


Thursday, July 29, 2021

Virtual Simultaneous Breastfeeding Event

Register for the Virtual Simultaneous Breastfeeding Event!



As we all may have already known, World Breastfeeding Week is approaching again. Every year it is celebrated internationally in the first week of August. MBfPCA has always collaborated with local breastfeeding advocates to organize activities that will further increase awareness to promote, protect and empower breastfeeding communities. Although we are facing a very challenging and restricted year in fighting the pandemic, it will be no different this year.

We are organizing Virtual Simultaneous Breastfeeding via Zoom Meet! We welcome all mothers to join our humble event to increase awareness and support, engaging breastfeeding mothers with breastfeeding advocates and organizations, and also protect breastfeeding as a means to improve the general health of our community.

Date: 7 August 2021 (Saturday)
Time: 9:00pm
Venue: Zoom Meet
Organized by MBfPCA and MilkyOMom

Who should attend:
Breastfeeding mommies
Mommies that have weaned from breastfeeding are also very welcomed to join

Please note important terms and conditions:
All participants are required to SWITCH ON THEIR CAMERAS during the live event
The use of nursing covers is encouraged
 No such products are allowed on the video screen (Eg: Breast Pumps, feeding bottles, FM, etc.)

Register now:

Please enter the meeting room 15 minutes early (8.45pm) to smoothen the admission approval process.
The zoom meeting link will be provided upon successful registration.

For more information about World Breastfeeding Week, please visit

Monday, February 1, 2021

Food For BS

Food For BS

Sebuah pusat perlindungan wanita telah dikuarantin. Ramai antara mereka positif Covid-19. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sebagai sokongan dan bantuan kepada Rumah Perlindungan Wanita Baitus Solehah, kami dari tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu mencari dana untuk menyediakan makanan kepada penghuni di sini. 

Untuk membantu mengurangkan beban, kami membantu menyediakan makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam penghuni seramai 60 orang dalam tempoh kuarantin ini.

Bantuan dari segi wang ringgit bolehlah dimasukkan ke akaun Maybank 551137507754 (Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru), rujukan Food For BS. 

Kami boleh dihubungi di talian :
(Pn Farhana)

atau
( Pn Zulhaya)

atau
(Pn Ainul)

Sunday, July 28, 2019

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor | Kursus Kaunseling Lay Counselor

Assalammualaikum, hai semua.

Hari ini Kak Ida menyantuni program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu untuk Kursus Kaunseling : Lay Counselor.

Program ini adalah kesinambungan dari hasil perbincangan ketika kami menghadiri Majlis Perasmian Bilik Mama Friendly di Nusajaya .

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kaunseling dan psikologi, mendedahkan kepentingan kaunseling dan psikologi dalam masyarakat serta memberi kemahiran kaunseling kepada pertubuhan NGO/NGI dan juga orang awam dalam membantu kerajaan membina sebuah masyarakat yang harmoni.



Kursus ini telah diadakan di Bilik Seminar KPWKM, UTC Johor yang terletak di Menara Ansar. Dapat juga kami merasa melalui 'bridge' dari Menara Ansar ke Galeria Kotaraya. Hahaha



Kita check-in dulu sebelum sarapan pagi. Syukur, seramai enam orang peserta dari JUPEM Johor turut serta pada kursus kali ini.


Mata Kak Ida cukup tertarik dengan cenderamata yang digantung di pantri. Nampak comel sangat. 


Kami diberi pendedahan "role play" dalam kaunseling. Banyak aktiviti-aktiviti yang dibuat untuk memberi kefahaman kepada peserta dan juga kesimpulan yang diperolehi dalam setiap role play yang dibuat. 

Penuh dengan gelak ketawa melihat telatah kami untuk menjayakan satu-satu aktiviti. Memang happening.




Penceramah merupakan Pegawai Kaunselor dari LPPKN Negeri Johor, Puan Lee Yin. 

Antara perkara yang sangat dititikberatkan dalam kaunseling adalah etika kerahsiaan yang perlu dijaga antara kaunselor dan klien.



Dalam waktu senggang, Kak Ida sempat menikmati coklat panas bersama Kak Haya sambil berkongsi aktiviti kesibukan kami seharian. 



Tidak sah jika tiada sesi bergambar. Kami menyokong penuh program "Hentikan Keganasan Rumah Tangga". 



Bergambar kenangan bersama penceramah kami, Puan Lee Yin.

Terima kasih Puan Lee Yin atas perkongsian ilmu. Banyak ilmu yang kami perolehi dalam waktu yang cukup singkat. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa. 

Friday, July 26, 2019

Breastfeeding Week 2019 | MBfPC

In conjunction with Breastfeeding Week 2019, and in line with 'Empower Parents, Enable Breastfeeding', we are throwing this special event for MBfPCA members to show appreciation for all the hard work in empowering parents across the country in order to enable breastfeeding.

The night has been planned. Dress up, show up and enjoy the music, the food and line up of curated itinerary.


To register and book a seat:

Wednesday, July 3, 2019

Kelab Sokongan Penyusuan Susui bu Johor Bahru | Support Group Meeting dan Jamuan Raya

Support Group Meeting dan Jamuan Raya Kelab Sokongan Penyusuan Susui bu Johor Bahru.


Tempat : Pusat Aktiviti Masjid At-Taqwa Pulai Utama
Tarikh : 06 Julai 2019
Masa : 9.00pagi - 12.00 tenggah hari

Tentatif

8.30 pagi: Pendaftaran

9.00 pagi : Slot 1- Penuh atau bengkak? Faktor bengkak susu dan strategi mengurangkannya
oleh Dr Hairin Anisa binti Tajuddin
IBCLC dan Pakar Peadiatrician

10.00 pagi : Slot 2 - Nutrisi Ibu Menyusu: Makanan Seimbang vs Makanan Tambahan
oleh Puan Farah 'Adliah binti Abdullah
Pegawai Sains Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

11.00 pagi: Penyampaian sijil penceramah dan hadiah pertandingan fotografi #bffotosokongan

11.30 pagi : Penutup dan sesi fotografi beramai-ramai serta Jamuan

Penyertaan adalah PERCUMA.
Makanan disediakan, potluck dialu-alukan.
Jemput hadir ke majlis ilmu ini.
Share dengan jiran dan sahabat supaya lebih ramai mendapat manfaat.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi:
Puan Marliana-  www.wasap.my/60177789511
Puan Farhana-  www.wasap.my/0135933994

Friday, September 21, 2018

4th National Breastfeeding Support Group Convention 2018

Pagi ini Kak Ida bermusafir lagi.

Menyantuni 4th National Breastfeeding Support Group Convention 2018 di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Kak Ida mengambil flight paling awal ke Kuala Lumpur pada jam 6.00 pagi.


Alhamdulillah, Kak Ida selamat sampai ke KLIA2 jam 6.35 lagi. Selepas solat, Kak Ida terus bergegas ke KLIA Transit untuk menaiki tren ke Putrajaya Central.

Memandangkan masa masih awal, Kak Ida mengambil kesempatan untuk bersarapan dahulu di Putrajaya Central.

Sedap weh nasi lemak daun pisang. Duduk di kiosk sambil memerhatikan gelagat manusia yang berkejar masa.


Setelah bersarapan, Kak Ida mengambil teksi ke Institut Kanser Negara. Ya Tuhan, dekat rupanya. Terima kasih kerana sudi menghantar Kak Ida juga walaupun dekat.

Tetapi, pecah ketiak juga kalau berjalan. Hahaha




Tadaaa, ini meja kami. 


Sebelum bermula, kita register dulu. 


Cantik kan beg. Beg ini  sebagai souvenir untuk setiap peserta yang datang ke konvensyen kali ini.



Yok, kita mula hiaskan booth Kelab Sokongan Penyusuan Susuibu Johor Bahru.

Kami membuat keputusan untuk memastikan booth kami dapat memberi banyak info awal terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak atau pertama kali ibu menyusukan anak.




Selepas selesai menyusun atur booth, kita bergambar dahulu.






Booth kami menerima kehadirankPengarah Hospital.


Booth kami menerima Sijil Penyertaan kerana menyertai 4th National Breastfeeding Support Group Convention 2018.






Kami turut berkongsi makanan yang dipercayai dapat menambahkan susu badan dengan makanan semulajadi.

Walaupun kita makan penggalak susu, jangan lupa dengan "demand and supply" ya ibu.


Paling menarik perhatian pelawat ke booth kami adalah simulasi jumlah susu yang dihasilkan dari hari pertama sehingga dua minggu.


Full house ok auditorium di Institut Kanser Negara.

Thursday, July 19, 2018

Penyusuan anak angkat tidak mudah...

Ibu yang mengalami proses mengandung dan menyusukan anak secara semulajadi pun ada kesukarannya dalam menyusukan anak.

Inikan pula ibu yang tidak pernah mengalami proses semulajadi tetapi ingin mengambil anak angkat dan menyusukan anak angkat tersebut.

Bukan tidak boleh.

... kesabaran dan kekuatan dari segi mental pastinya.

Susuibu tidak boleh dikeluarkan tanpa ransangan. 


... dan bukan juga susibu akan keluar dengan hanya mencucuk hormon atau memakan ubat.

Ia melibatkan proses dan proses itu pula memerlukan masa.

Panjang dan pendek bukan persoalannya.

Cuma, Kak Ida tidak mahu ibu mengalami tekanan untuk menyusukan anak. 

Sahabat, doakan ibu ini dipermudahkan untuk menyusukan anak angkatnya. 
Amin amin YRA.

Saturday, April 14, 2018

Support Group Meeting | Guilty Pleasure

Alhamdulillah,

Berkesempatan pergi ke SGM Kelab Sokongan Penyusuan Susuibu Johor.

Pada asalnya, tempat SGM dibuat di Taman Setia Tropika. Bila hujan turun dengan lebatnya, tempat SGM telah ditukar ke Surau Al-Mukhlisin.


Walaupun sudah "pencen", jiwa Kak Ida terhadap penyusuan susuibu tidak dapat dipisahkan.

Selagi ada kesempatan, Kak Ida tetap cuba untuk meluangkan masa bersama ibu-ibu dalam menjayakan misi menyusukan anak sehingga usia dua tahun. Insya Allah.





Kak Ida kongsikan sedikit perkongsian SGM kali ini.

"Guilty Pleasure".

- Boleh dikategorikan sama seperti cheat day bagi mereka yang diet.

- Dalam kita sedang berusaha menyusukan anak dalam tempoh 2 tahun, kita juga sebagai ibu perlu belajar dan redha dengan apa yang Allah telah aturkan.

- Jaga inner peace untuk ibu menyusu. Kurangkan rasa bersalah jika perlu meninggalkan anak, tidak mampu berpuasa kerana letih menyusukan anak, tidak mempunyai stok susu yang banyak seperti orang lain dan lain-lain.

- Jika perlu "me time", berbincanglah dengan suami.

- Jangan bandingkan diri kita dengan ibu yang lain. Jangan menambahkan lagi tekanan dalam diri.

- Rutin ibu menyusu adalah berbeza dengan ibu yang tidak menyusukan anak.

- Belajar untuk berlapang dada.

- Jika kita sedang berperang dengan "guilty pleasure", ambil dan terima dalam sudut yang positif.

Majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah. Alhamdulillah, Kak Ida dapat grand prize tajaan Cik Puan Ekyn berupa blouse yang sangat cantik.


Kemudian, acara kemuncak SGM adalah majlis potong kek untuk sambutan harijadi dari bulan Januari sehingga April. Itu dia... 

Tidak sah jika SGM tiada gambar beramai-ramai sebagai kenangan.


Alhamdulillah, syukur. SGM berakhir dengan jayanya.

Tahniah kepada barisan AJK KSPSIJB.

Tahniah kepada moderator Kak Zulhaya Marzuki.

Tahniah kepada ibu-ibu yang sudi hadir ke SGM kali ini.

Insya Allah, kita berjumpa lagi SGM akan datang.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my