Saturday, August 14, 2021

Unboxing hadiah Virtual Simultaneous Breastfeeding

Alhamdulillah,

Parcel sempena menjawab kuiz dengan betul sudah selamat tiba di tangan.

Sejujurnya, sudah lama Kak Ida meninggalkan dunia penyusuan susu ibu. Buat masa ini, Kak Ida memfokuskan pada kids special needs seperti Autisme, ADHD dan Disleksia.

Tetapi, hati ini tetap merindukan kenangan bersama Dunia Laktasi. Bulan Ogos merupakan minggu sambutan penyusuan susuibu yang disambut pada 1-7 Ogos setiap tahun.

Inilah "terapi" Kak Ida bila dapat berjumpa dengan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Pembimbing Ibu Menyusu dan juga Kaunselor Laktasi di seluruh Malaysia walaupun sekejap cuma.

Kali terakhir Kak Ida join adalah pada tahun 2016 di SINI

Tahun ini diadakan secara atas talian. Walaupun tiada anak kecil, Kak Ida hadir untuk menyokong aktiviti yang dijalankan.

Dalam ingat-ingat lupa, Kak Ida dapat menjawab soalan dengan betul. "Susuibu adalah makanan pertama untuk bayi."

Terus Kak Kam mengusik, "ini otai!"

Tergelak Kak Ida bila mendengarnya.

Nah, hari ini hadiah kuiz telah selamat diterima.


Rezeki untuk anak-anak.

Terima kasih MBfPC Perak atas penganjuran program. Insya Allah, ada rezeki kita jumpa lagi tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my