Tuesday, August 3, 2021

3 KM Virtual Run KEPriST 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kami dari pelajar IPG Kota Bharu dengan kerjasama SK Kerteh mengadakan larian maya untuk semua warga SK Kerteh. Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup secara sihat dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berlari.


Penyertaan adalah PERCUMA

Tarikh: 3-4 Ogos 2021
Tempat: Laluan masing-masing sebanyak 3KM 
Masa: 07:00 pagi (3hb) - 07:00 ptg (4hb)

E-sijil akan diberikan bagi setiap penyertaan


Syarat Penyertaan:

1. Rekod larian perlu dilakukan dengan menggunakan aplikasi seperti Adidas Run, Nike Run, Strava, 42Race, Relive, Running Distance dan sebagainya dengan mempunyai maklumat seperti jarak larian, masa, purata kelajuan (speed average), jumlah kalori.

2. Hantar bukti masa larian anda sama ada berbentuk screenshot gambar/ video melalui link Google Form yang diberi.

3. Jika terdapat sebarang penipuan, penyertaan akan terbatal serta-merta.

4. Perkongsian bukti larian terhad satu kali sahaja. Oleh itu, peserta perlu mengumpul bukti larian terlebih dahulu dan menghantar pada tarikh akhir larian iaitu 4 Ogos sebelum 07:00 petang.

1 comment:

  1. Bestnya sekolah buat even macam ni. Walaupun sekolah tak buka. Chaiyok2

    ReplyDelete

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my