Tuesday, November 5, 2019

Hari Pertama kami di Lexis Hibiscus Port Dickson

#BFFTravel bermula hari ini. Selesai taklimat di Melaka, si dia dan anak-anak mengambil Kak Ida di Menara Persekutuan dan meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah, pilihan percutian #BFFTravel kali ini adalah di Lexis Hibiscus, Port Dickson. 

Lexis Hibiscus Port Dickson ini dibuka pada 31 Julai 2017. Terletak di pantai Pasir Panjang, Port Dickson dan menghadap Selat Melaka. 


Anak-anak cukup excited dengan percutian kali ini. Untuk ke bilik penginapan, kami menaiki buggy service yang disediakan dari lobi. 




Tadaaa.... Kami sekeluarga duduk di bilik 015.


Masuk ke bilik hotel, Kak Ida cukup bersyukur kerana berpeluang membawa anak-anak bercuti di hotel 5 bintang. Tidak pernah terbayang untuk ke sini sebenarnya. Villa yang Kak Ida duduk adalah di Executive Pool Villa.

Besar sungguh bilik dia. Sesuai untuk keluarga kecil kami. Alhamdulillah, Kak Ida bersyukur Allah beri kesempatan pada kami untuk stay tiga hari dua malam disini.


Sebenarnya, villa ini dipisahkan kepada tiga bahagian. Bahagian ini menempatkan katil, tv, peti ais, mini bar dan meja tulis. Paling menarik, dalam peti ais ada complimentary beverages. Memang best!






Ini bahagian kedua yang menempatkan wardrobe, kelengkapan menggosok baju, sinki, cermin solek, bilik air dan shower. 


Villa ini menghadap Hibiscus Walk.


Kolam renang di dalam bilik.


Dibahagian ketiga, ada pool dan steam room. Jangan risau sebab ada blinds untuk menutup beberapa ruang privasi.


Anak-anak tidak mengambil masa yang panjang untuk berendam. Sampai, tukar baju dah nahhhh.... Swimming time!



Kak Ida mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar bersama si dia. Subhanallah, pengalaman ini tidak boleh dilupakan. 


Seronok lihat anak-anak menikmati percutian mewah ini.

Percutian #BFFTravel agak santai kali ini kerana bersama keluarga. Petang, kami berkumpul untuk menikmati complimentary drink. Teringat kami ketika di Penang. Kita repeat kenangan disini pula.



Berjalan-jalan dengan my love Ali.




Puas berposing untuk hari ini. Off dulu, mandi siap untuk cari makan pula. Perut dah lapar weh... 

Di sini, tempat makan banyak menarik dan sedap-sedap. Pilihan makan malam untuk malam ini,  kami ke Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang. 


Kalau nak ikutkan, tempat ini sangatlah ok. Makanan dan lokasi pun tidak jauh dari tempat penginapan.


Malam, sambung semula berjalan-jalan di Hibiscus Walk dengan teman-teman. Dalam masa yang sama, kami juga meninjau aktiviti menarik yang boleh dijelajahi esok bersama keluarga pula. 









Meriah dengan lampu yang menarik.




Alhamdulillah, selesai untuk hari pertama kami di Lexis Hibiscus. Nantikan aktiviti HARI KEDUA kami esok.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my