Monday, July 24, 2017

Good luck Aisyah

Minggu ini minggu peperiksaan Ujian 2. Mujur tidak bertindih jadual ibu dan ayahnya. Bukan apa, risau Aisyah penat kerana memenuhi tuntutan kerja ibu dan ayah.

Terima kasih Teacher Deepa kerana berkongsi gambar. Hari ini kertas Bahasa Melayu Pemahaman. Esok, Bahasa Inggeris pula.

Ibu doakan Aisyah boleh menjawab dengan lancar dan tidak teragak-agak dalam memberikan jawapan.

Insya-Allah, minggu ini ibu akan raikan tamat peperiksaan Aisyah di Nusajaya ok. Hihihi


Sunday, July 23, 2017

Geng Baraan Sister BF

Semalam, Kak Ida berkesempatan untuk menyatuni sahabat-sahabat BFF walaupun tiba agak lewat kerana Kak Ida perlu menghadiri Bengkel Latihan Komunikasi untuk anak-anak Berkeperluan Khas di Youth Hab, Johor Bahru.

Tidak merancang terlalu lama, akhirnya masing-masing cuba merealisasikan penjumpaan ini.

Tuan rumah kali ini adalah Linda Bahrin.

Menu pula adalah potluck 
Linda - nasi daging
Effa - dalca
Noorul - ayam masak merah
Kak Haya - sayur pencuk dan papadom
Kak Ida - Bawa perut... Hihihi

Sesi bergambar adalah WAJIB!











Kek istimewa menutup Baraan kali ini. Terima kasih tuan rumah. Terima kasih atas layanan diberikan.

Wednesday, July 19, 2017

Jom conteng-conteng

Homeschool yang paling mudah adalah menconteng.

Menconteng merupakan kegemaran anak-anak.

Cuba tengok dinding yang dipenuhi dengan "lukisan". Mereka kreatif dalam meluahkan perasaan dan daya imaginasi.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah sekeping kotak yang tidak digunakan dan juga pensel.

Phewww...

Memang sesi luahan perasaan katanya.


Kerusi trampolin Aina

Banyak kenangan Kak Ida dengan kerusi ini.

Kerusi "tiga seat" kegemaran Aina untuk berbaring dan juga "berehat" di dalam lengkungan kerusi yang dibuat "trampolin".

Tiada siapa yang boleh duduk dikerusi itu kecuali Aina.

Tetapi apakan daya Kak Ida, kerusi ini akhirnya terpaksa dibuang kerana spring dan juga paku sudah menembus keluar yang boleh membahayakan anak-anak pula. Dah lain kes pula nanti.

Ya, bukan mudah membuat keputusan untuk membuang kerusi ini. Ia melibatkan emosi anak. Huhuhu. Hanya Allah yang tahu.

Syukur alhamdulillah, Aina boleh menghadapi "fasa" perubahan ini walaupun pada awalnya Kak Ida yang tidak boleh menerima sebenarnya.

Maafkan ibu dan ayah ya Aina kerana terpaksa membuat keputusan ini.



Oh My Ammar

Manja sungguh Ammar bila bersama ayahnya.

Psikofisiologi Tubuh: Anda bijak mengurus stress

Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri satu majlis ilmu di pejabat Kak Ida. Kursus kali ini bertajuk Psikofisiologi Tubuh: Anda bijak mengurus stress.

Ceramah ini disampaikan oleh Cr. Nathir bin Muhamad. Beliau merupakan Pegawai Psikologi di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Johor Bahru.


Antara tanda-tanda kita selalu stress ditunjukkan dalam nota di bawah.



Skala tahap tekanan yang mencecah 100% adalah kematian pasangan. Jadi, kita perlu menyediakan persediaan atau "exit plan" yang boleh dilakukan bagi menampung kehidupan kita jika kita sudah tiada.

Antaranya, kita kena fikirkan jika kita kematian suami, kita meninggal dunia dan juga apa yang boleh diwariskan pada anak-anak jika kita dan pasangan kita meninggal dunia bagi meneruskan kelangsungan hidup kita. 

Aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan stress. Ada kalanya kita perlu menjadi "anak kecil" yang tiada memikirkan tentang masalah hidup.




 
Comel tak? Hihi


 

Projek homeschool untuk Adilah - Kacang Hijau

Ketika Adilah kecil, Kak Ida berkesempatan untuk membuat projek homeschool yang sangat mudah.

Bahan yang digunakan adalah:-

  1. Botol susu yang tidak digunakan.
  2. Biji kacang hijau.

Homeschool adalah untuk mengasah koordinasi motor kasar dan halus dan juga untuk membina bonding untuk melihat perkembangan anak-anak. Selain itu, untuk membina keyakinan diri anak.

Masukkan kacang hijau dalam botol susu. Berikan pada anak. Pastikan penutup botol itu ketat untuk memastikan kacang hijau tidak bersepah.


Mudah kan?

Bunyi kacang hijau dalam botol membolehkan Adilah mengasah pendengaran. Selain itu, mengasah penglihatan kerana warna botol yang terang mampu menarik perhatian anak.

Selamat mencuba.

Friday, July 14, 2017

Rutin mingguan

Rutin setiap minggu Kak Ida.

Melipat kain baju untuk enam beranak.

Fuh, memang menuntut kesabaran yang tinggi.

Siapa sama?


Tuesday, July 11, 2017

Bengkel Latihan Komunikasi

Sempena Iskandar Learning Festival 2017 , Pertubuhan Ibubapa Anak-Anak Istimewa Johor Bahru ( GIAT) berpeluang untuk menganjurkan program bersama iaitu BENGKEL LATIHAN KOMUNIKASI UNTUK IBUBAPA ANAK KEPERLUAN KHAS .

Maklumat bengkel seperti di poster dan pengesahan pendaftaran selepas pembayaran diterima.


Sunday, July 9, 2017

Jom sarapan

Tempat sarapan kegemaran Kak Ida di Skudai adalah di Mutiara Pulai.

Roti canai yang garing yang dicicah dengan kuah kari.

Bismillah.


Yang penting, gandingan mantap adalah teh tarik.

Alhamdulillah. Kenyang, jom balik!

.... bukan terapi

Sejujurnya, masak bukanlah terapi Kak Ida.

Walaupun "tiada minat yang mendalam", demi selera suami dan anak-anak, Kak Ida gagahkan juga untuk belajar. Hihihi

Semalam, berkesempatan untuk meminta resipi kari ayam dari mama.

Kari ayam merupakan masakan kegemaran Aisyah. Masakan yang membuatkan Aisyah boleh makan menambah nasi berkali-kali.


Baru Kak Ida tahu, buah pelaga dibuang bijinya. Bukan isi! Syahdu...

Yang penting, tiada istilah terlambat.

Kan?

Memenuhi temujanji

Semalam, Kak Ida menyatuni temujanji yang ditetapkan di Hospital Permai untuk Ammar.

Tersampai awal dari masa yang ditetapkan, Kak Ida mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di ruang legar permainan kanak-kanak.

Walaupun ada beberapa orang kanak-kanak disitu, Ammar mengambil pendekatan untuk tidak bergaul dengan mereka.

Ini merupakan ciri-ciri austime yang Kak Ida nampak dari Ammar.

Ammar lebih selesa untuk bermain sendirian tanpa menghiraukan kehadiran kanak-kanak yang lain.




Saturday, July 8, 2017

BFF's time

Syukur... Berkesempatan masa.

Menyantuni sahabat yang berbelas-belas tahun tidak berjumpa.

serta,

Menyantuni sahabat Ie Sha my BFF!

Dikesempatan yang ada, kami hanya melepak di Sedap Corner, Aeon Jusco.

Banyak perkara yang dikongsi, membuatkan kami perlu kuat untuk menempuh kehidupan yang akan datang.



Thursday, July 6, 2017

Wednesday, July 5, 2017

Rezeki tetamu

Alhamdulillah.

Rezeki tetamu datang.

Dalam masa sejam setengah siap terhidang untuk tetamu.




Syukur alhamdulillah.

Maaf jika ada kekurangan di sana sini.

Jangan serik.

Monday, July 3, 2017

Ammar dan hearing test

Hari ini hari Ammar untuk berjumpa Audiologist.

Rupa-rupanya, tarikh yang sama Aina membuat check-up di HSI.

Kak Ida mengharapkan semua baik-baik belaka. Insya Allah



Berkesempatan maaa, Kak Ida kongsikan tanda-tanda anak mengalami masalah pendengaran ya.

Ok, giliran Kak Ida berjumpa dengan doktor. Doakan yang baik-baik ya.

Sunday, July 2, 2017

DIY lagi...

DIY







Episod Aisyah bermula

Bermula episod Aisyah perlu berdikari tanpa uwan dan atuknya.

Hari ini hari pertama mencari bas atau van untuk Aisyah. Selama ini Aisyah diuruskan oleh atuknya.

Ingatkan mudah.... tetapi dalam sejarah Kak Ida banyak kali berada dalam keadaan hampa.

Ada bas/van tetapi tidak menghala ke sekolah agama. Tidak melalui rumah pengasuh. Macam mana?

Muka sidia juga agak keruh memandangkan perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Cadangan demi cadangan tetapi tiada titik persamaan terutama dari Aisyah.

Akhirnya ada satu jalan penyelesaian.

"Meminta tolong."

Kak Ida terus whatsapp beliau. Ya, dalam hal anak-anak ada kalanya Kak Ida terpaksa menebalkan muka.

Beliau merupakan kenalan bisnes Kak Ida.

Kak Ida mahu berjumpa beliau yang Kak Ida gelarkan "Dato". Beliau maklumkan beliau akan sampai dalam masa 10 minit. Hati memang berdebar-debar kerana itulah jalan terakhir yang ada.

Syukur alhamdulillah.

Syukur.

Beliau bersetuju untuk membantu dari segi mengambil dan menghantar Aisyah ke sekolah agama. Kecuali balik. Sebab beliau lewat kerana perlu menunggu anak pada sesi seterusnya.

"Jangan risau, van banyak..."

Bercahaya muka Kak Ida mendengar kata-kata beliau.

Hakikatnya... tidak mudah.

Kak Ida duduk memerhati dari dalam kereta. Dari satu van ke van si dia tanya. Menggeleng kepala jawapannya. Ya Allah.

Tetapi ada ketika mata Kak Ida tidak lepas memandang seorang ibu ini. Sedang menanti anaknya juga. Ibu ni mesti pelik sebab rasanya tidak pernah "nampak" Kak Ida.

Kak Ida pun matikan enjin kereta, tiba-tiba terdengar suara Kak Norasyikin Yusof memanggil.

Allah, lega hati jumpa orang yang kita kenal.

Tanya pada Kak Syikin, rupa-rupanya trend disitu "menyewa kereta". Berpeluh Kak Ida dibuatnya. Bila memerhati situasi itu sudah pasti tiada kekosongan. Tetapi, Kak Syikin tetap positif. Cuba tanya dulu pada ibu-ibu disitu. Mana tahu kan... Laju kaki Kak Ida melangkah pada ibu yang Kak Ida pandang tadi.

Ya, hati wanita bergelar ibu. Sedaya-upaya membantu Kak Ida walaupun hakikatnya mereka pun tidak boleh membantu kerana tidak sejalan.

Tiba-tiba,

"Dik, cuba tanya bas itu..."

"Bas persiaran tu kak?" Dalam hati biar betul bas secantik ini mengambil anak dari sekolah.

"Akak rasa dia ambil budak-budak dik. Cuba tanya dulu. Cepat, bas hendak gerak dah tu..."

Berlari Kak Ida mendapatkan si dia untuk mengejar bas tersebut.

Allahuakbar.

Allahu...

Sebak dada Kak Ida bila si dia tersenyum. Syukur syukur.

Allah bantu Kak Ida hari ini.

Allah bantu dari segenap segi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...