Showing posts with label Perkongsian Tamak Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Tamak Ilmu. Show all posts

Saturday, April 6, 2024

AstroNinja | Siri Program Pendidikan tentang Galaksi

Salam semua,

Kak Ida hendak berkongsi tentang satu page di Facebook iaitu AstroNinja. 

Astroninja adalah Siri Program Pendidikan yang memperkenalkan Siri Galaksi yang menyentuh tentang Sistem Solar dan Planet Kita.

Ini adalah salah satu "cabang" pendidikan dari Econinja.

Jadi, mereka yang berminat tentang astronomi dan sains, memang sesuai sangat Page ini.

Terdapat 14 siri kesemuanya. 

Insya Allah, akan ada kuiz-kuiz siri khas yang lain juga.

... dan alhamdulillah, semalam telah berlangsung Kuiz Galaksi Astroninja Siri 1/2024 bertemakan Bumi.















Ini adalah poster hebahan Siri Pendidikan tentang Galaksi.

Oh ya, AstroNinja juga sudah mengeluarkan tarikh-tarikh e-Kuiz Kesedaran Siri Galaksi Astroninja. Save the date untuk kumpulkan semua koleksi sijil dari siri-siri ini.


Nah, jangan lupa like Page FB AstroNinja ok?

Jumpa kita di next posting. Tata.

Friday, January 12, 2024

Hebahan Program Tea Corner | Bangunkan Keluarga dengan Asas Iman

Salam bloggers,



Tajuk
Bangunkan Keluarga Dengan Asas Iman

Penceramah
Ustaz Azmen bin Yusof

Tarikh
12 Januari 2024 (Jumaat)

Masa
 9.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat: 
Kompleks IKRAM Johor
No. 9-11, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai, Johor.
 
Kudapan ringan disediakan (kuih muih)

Nurseri bagi anak berumur 2-5 tahun

Aktiviti menarik untuk anak-anak berumur 6-12 tahun 

Bagaimana akhlak anak-anak kita ya?

Nak didik anak kita cinta sifat mahmudah?

Daftar dipautan ini:

IKRAM Johor
Ukhuwah Teras Kegemilangan

Friday, March 10, 2023

Program Tanam Pokok @ Sireh Park

Program Penanaman Pokok di Sireh Park.

Tarikh: 
03 Mac 2023 (Jumaat)
10 Mac 2023 (Jumaat)
18 Mac 2023 (Sabtu)

Tempat: Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor

Pendaftaran : Klik DISINI

Sijil penyertaan peringkat daerah disediakan oleh pihak penganjur.

Rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Cik Shafinaz di 018-2724820.

Terima kasih.

Friday, March 3, 2023

Perkongsian Khidmat Masyarakat

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sedang menyediakan Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan. 

GPP ini akan dimuktamadkan pada akhir April 2023 setelah mengambilkira pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan, termasuk orang awam, pemain industri (pengusaha tapak perkhemahan) dan agensi kerajaan. 

Pandangan anda adalah penting untuk diambilkira dalam penyediaan GPP tersebut. 

Sila klik pautan di bawah untuk kaji selidik tersebut. Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan.
Klik diSINI

Tarikh tutup maklumbalas: 18 Mac 2023

Saturday, February 25, 2023

Fun Run & Walk | Car Free Day & World Down Syndrome Day 2023

Alongside with JB Wake Up! 

Car Free Day & World Down Syndrome Day 2023, join us at event FUN RUN AND WALK.

Date: 18 March 2023 (Saturday)
Time: 7 am
Venue: Dataran MBJB (Next to HSA)

Registration Fee: 
RM10/pax [Public] 
RM10/family [Family with Down Syndrome] 

Option:
T-shirt: RM45 short sleeve / RM50 long sleeve

Complete form & details at https://forms.gle/b37hzfJLHbAYKDNe9 before 3rd MARCH 2023

MAYBANK 5513 4212 2064 - PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI JOHOR 

Contact: 01125879404 Farah

 “WITH US, NOT FOR US” 

Monday, January 23, 2023

Money Packet dari Touch 'n Go eWallet

Seronok pula rasanya.

Pertama kali mencuba money packet dari Touch 'n Go eWallet.

Ok, mula-mula kita "Create Money Packet"

Lepas itu, kita isikan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti kuantiti money packet, total amount (tidak kurang dari RM 1) dan ucapan...

Bergantunglah pada bajet masing-masing. 

Kemudian, klik "Preview". Satu paparan akan keluar seperti ini.


Kalau rasa semua ok, boleh "Create Money Packet" atau kita boleh edit semula jika ada perubahan.

Kemudian download QRCode dan letakkan di media sosial atau WhatsApp. Terpulang pada diri masing-masing untuk "tabur" QRCode itu kemana. Jumlah duit yang mereka dapat adalah generate secara automatik oleh Touch 'n Go.
Seperti biasa, Kak Ida lebih suka di Facebook. 

Tadaaa...

Best kan? Seronok pula rasanya. Hehehe...

Jangan tak cuba tau. Oklah, kita jumpa di next posting. Tata.


Friday, December 16, 2022

Parenting Program: Beyond The Basic

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Sejahtera dan salam UiTM di Hatiku 

Pelajar separuh masa Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Carakerja dari UiTM Puncak Alam akan menganjurkan bengkel percuma bertajuk Parenting Program: Toilet Training (Beyond The Basic) dengan kerjasama Pertubuhan Ibubapa Anak-anak Istimewa Johor Bahru(GIAT) khas untuk para ibu bapa dari Johor Bahru. 

Tarikh: 17 Disember 2022
Hari: Sabtu
Masa: 9:00am - 11.00 am
Tempat: Bilik Cme, Auditorium Ixora, Hospital Permai Johor Bahru

Program ini akan menghuraikan mengenai cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam melatih kanak-kanak terutamanya mereka yang bekeperluan khas untuk ke tandas sebagai persediaan ke alam persekolahan. 

JOM SERTAI KAMI
Penyertaan adalah PERCUMA dan TERHAD kepada 20 orang peserta terawal sahaja.

Sijil Disediakan
Makanan pagi disediakan

Daftar Sekarang di:
atau Imbas Kod QR di Poster Kami.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
En. Khairul 013-8386207
En. Hanif 018-3799114

Sunday, October 9, 2022

Jom Kita Berkebun

Anak minat berkebun?

Jom, penuhkan aktiviti anak kita pada hujung minggu ini dengan menyertai program "Jom Kita Berkebun" untuk kanak-kanak.

Tarikh: 15/10/2022 (Sabtu)
Tempat: Laman Penggaram, Hutan Bandar Mutiara Rini, MBIP
Masa: 8.00pg-10.30pg
Bayaran: Percuma

Untuk makluman, program ini adalah sempena meraikan Sambutan ADHD & Disleksia.

Berminat?

Sila berikan maklumat berikut:
1) Nama Anak:
2) Diagnosa (sekiranya ada):
3) email (untuk tujuan e-sijil):

Digalakkan membawa potluck. 

Terima kasih.

Segala pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi:



Terhad untuk 15 orang kanak-kanak sahaja.

Saturday, December 25, 2021

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) Tahun 2021.





Saturday, August 28, 2021

Cabaran survival e-tube

Program Kokurikulum Dalam Talian


Cabaran survival e-tube (tranformasi unit beruniform) Sekolah-sekolah Rendah Negeri Johor

Penyertaan
Terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Rendah Negeri Johor

Perjalanan Program
1. Pelaksanaan dari 2 Ogos hingga 30 Ogos 2021. 

Sijil dan Hadiah
Sijil Penyertaan
Sijil Pencapaian
Hadiah Pemenang

PERINCIAN PROGRAM


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
1. En Basri Efendi Bin Masri, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid JPNJ: 012-7410257; atau
2. En Mohammad Rahimi Bin Rosli SK Permas Jaya 1, penyelaras program 016-8831147

Friday, August 20, 2021

Membina Gajet dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Membina Gajet dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera buat warga pendidik Negeri Johor.

Untuk makluman semua, Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan Cabaran Dalam Talian: Membina Gajet Dan Ikhtiar Hidup Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah Dan Rendah Peringkat Negeri Johor Tahun 2021.

Tarikh Cabaran : 18 Ogos 2021 Hingga 18 September 2021

Bersama-sama ini disertakan pautan link berkenaan dengan Cabaran Dalam Talian Pusat Kokurikulum Negeri Johor Tahun 2021:


Kandungan link:
1. Maklumat Khusus Cabaran Dalam talian
2. Borang Kebenaran Peserta
3. Borang Pendaftaran

Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan semua murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5.

Setiap penyertaan akan diberikan Sijil Penyertaan Peringkat Negeri dan Sijil Pencapaian bagi peserta yang layak.

Cabaran ini perlu dilaksanakan dengan mematuhi syarat pertandingan yang ditetapkan dan tidak mengganggu masa pelaksanaan PdPR. Pertandingan boleh dilaksanakan di dalam atau di sekitar rumah.
.
Sebarang pertanyaan, hubungi :
En. Mohd Azhar Bin Mohd Salleh @ Khalid, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum di talian 
017-7007469

Thursday, August 12, 2021

Fenomena Hujan Meteor Perseid

Fenomena Hujan Meteor Perseid

Fenomena Hujan Meteor Perseid yang berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos akan berlaku kemuncaknya pada lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021.


Kemunculannya boleh dilihat dengan mata kasar dengan menggunakan kaedah yang betul. Pancuran meteor perseid ini mudah dilihat sekiranya cuaca baik kerana ianya terang dan bersinar.

Semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam. Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.

Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor ini di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle. Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

𝘒𝘰𝘮𝘦𝘵 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘱𝘦𝘫𝘢𝘭 𝘨𝘢𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘢𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘣𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘪𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘢𝘳 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘪𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪.

𝘒𝘰𝘮𝘦𝘵 𝘚𝘸𝘪𝘧𝘵-𝘛𝘶𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘪𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 1862 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘦𝘸𝘪𝘴 𝘚𝘸𝘪𝘧𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘢𝘤𝘦 𝘛𝘶𝘵𝘵𝘭𝘦.

𝘗𝘦𝘳𝘴𝘦𝘶𝘴 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘶𝘵𝘢𝘳𝘢. 𝘐𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘈𝘶𝘳𝘪𝘨𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘊𝘢𝘴𝘴𝘪𝘰𝘱𝘦𝘪𝘢. 𝘔𝘪𝘳𝘧𝘢𝘬, 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘶𝘦𝘴, 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪.

Webinar Hari Gajah Sedunia

Anda dijemput untuk bersama-sama menyertai Webinar Hari Gajah Sedunia yang dibawa khas oleh Econinja.my dengan kerjasama Jabatan Perhilitan, Pengurusan dan Ekologi Gajah Malaysia (MEME) dan Persekutuan Pengakap Malaysia. Sesi diskusi webinar ini akan menampilkan tiga orang panel yang professional dan berpengalaman luas dalam bidang ini.


Tarikh: 12 Ogos 2021
Masa: 8.30 - 10.00 pm
Platform: Facebook econinja.my

Webinar ini terbuka kepada semua warga agensi awam, sektor swasta dan orang ramai. Pendaftaran webinar boleh dibuat dengan mengimbas qr kod yang ada di poster atau klik pautan ini: http://tiny.cc/webinarharigajah

Tuesday, August 10, 2021

Uji pengetahuan tentang Awal Muharam

Sempena sambutan Awal Muharram dan Maal Hijrah tahun ini, jom uji pengetahuan kita tentang peristiwa besar umat Islam ini.


20-25 : Alhamdulillah
15-19 : Subhanallah
10-14 : Bismillah
5-9 : Mashallah
0-4 : Astaghfirullah



Program e-Tour ke Galeri Aura Islam

Program e-Tour ke Galeri Aura Islam


Exco Sukan dan Seni Budaya (ESSB)akan menganjurkan Program E-tour ke Galeri Aura Islam yang berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Ogos 2021 (Selasa)
Masa : 9.15 pm
Platform : Google Meet
Yuran Penyertaan RM5.00
E-Sijil disediakan
Link Pendaftaran Program

Jangan lepaskan peluang untuk sertai program kami
Seni Dipelajari, Budaya Diwarisi

Sekian, terima kasih.

Segala permasalahan boleh disalurkan terus ke pautan E-aduan berikut :

[MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MARSAH]
Kolej Pengajian Islam Johor
Sesi 2021/2022

Saturday, August 7, 2021

Kuiz Asas Renang dan Keselamatan di Air Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang

Kuiz Asas Renang dan Keselamatan di Air Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Unit Pembangunan Bakat Murid (Pusat Kokurikulum) akan menganjurkan kuiz secara atas talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Ogos 2021 (Sabtu)
Kategori: Tahun 4, 5 dan 6
Kaedah: Google Form
Pautan dibuka : 9.00 pagi – 4.00 petang

Pautan Kuiz hanya akan dibuka pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan:

 1 MURID 1 PENYERTAAN SAHAJA

 KATEGORI ADALAH MENGIKUT ALIRAN TAHUN 4, 5 dan 6

 Mohon kerjasama untuk :
1. Ulang kaji dengan menonton YouTube Asas Renang dan Asas Keselamatan di Air kerana soalan kuiz adalah berdasarkan kandungan video-video tersebut.

2. Setiap pelajar hanya dibenarkan menjawab kuiz tersebut sekali sahaja.

3. Sijil Pencapaian akan diberikan kepada lima peserta dengan markah tertinggi dan terawal bagi setiap tahun 4, 5 dan 6.

4. E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang mendapat 50 markah ke atas sahaja.

5. Hadiah misteri turut disediakan kepada 30 pelajar dengan markah tertinggi dan terawal.

Sebarang persoalan sila hubungi:
En. Mohd Yusparizal :- 04-5300329/011-58992755
Emel : mohdyusparizal@jpnpp.edu.my

“Pembangunan Holistik Aspirasi Kemenjadian Murid”
“Pulau Pinang Peneraju Transformasi Pendidikan Negara”
“RelaDipimpinUntukMemimpin”

Webinar Seronoknya Belajar Sejarah Peringkat Negeri Johor

Mengapa belajar sejarah?


Bagaimana nak menarik minat terhadap sejarah?

Jom sertai kami dalam...

Webinar Seronoknya Belajar Sejarah Peringkat Negeri Johor

Tarikh: 7 Ogos 2021
Hari : Sabtu
Masa: 10.00 pagi - 11.30 pagi

Saluran

Peserta: Semua guru sejarah dan murid sekolah Rendah (Tahun 4 hingga 6) dan murid sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)

Peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan markah 70% ke atas akan layak diberikan E-Sijil Penyertaan

Thursday, August 5, 2021

Kursus Ilmu Keluarga @ LPPKN

Berminat untuk mengikuti Kursus Ilmu Keluarga @ LPPKN pada 15 Ogos 2021?




Untuk mendaftar sila ikuti langkah berikut :

1) Melakukan pembayaran secara dalam talian (instant online transfer) ke akaun 𝐋𝐏𝐏𝐊𝐍-𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐂𝐈𝐌𝐁 𝟖𝟎𝟎𝟎𝟒𝟑𝟑𝟎𝟖𝟓).

𝐑𝐌𝟏𝟎 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧)
𝐑𝐌𝟏𝟓 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚 / 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮)

Maklumat berikut perlu diisi semasa membuat pembayaran:

𝐑𝐞𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 𝟏 : 𝐍𝐨 𝐊𝐚𝐝 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡 : 𝐱𝐱𝐱𝐱𝐱𝐱-𝐱𝐱-𝐱𝐱𝐱𝐱

𝐑𝐞𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 𝟐 : 𝐋𝐏𝐏𝐊𝐍 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐈𝐊𝟏

2) Mengisi borang pendaftaran di https://bit.ly/2Vh61io dan memuat naik resit bukti pembayaran.

3) Urusetia akan memasukkan anda di dalam group whatsapp untuk maklumat kursus selanjutnya

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my