Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Misi Kemas Raya

Hari Raya Puasa akan menjelang tidak lama lagi.
Setelah berbincang dengan si dia, raya kali ini kami nak nampakkan "suasana" lain dengan kos yang cukup-cukup minima. Tidak perlu membeli yang baru untuk nampak baru. Betul?
Jadi, Kak Ida dan si dia berbincang untuk menyusun atur semula rumah supaya nampak lebih segar dan sedap mata memandang.
Hari pertama, kami fokus di bilik baju atau (wardrobe) anak-anak. Bilik ini terletaknya tempat menggosok baju, satu almari untuk meletakkan cadar dan toto dan lain-lain lagi.
Biasalah anak-anak kan, setiap kali mengambil baju, habis dikirainya semua. Bersepah-sepah.
Bakul berwarna putih itu berharga RM 14.90. Kak Ida membeli lima unit untuk menyusun atur baju-baju anak dengan menggunakan kaedah Kon Marie Method.
1. Kak Ida keluarkan semua baju yang ada di dalam almari. Asingkan baju dan seluar. 2. Kemudian, asingkan lagi baju/seluar yang lusuh, koyak, baju yang tidak mahu dipakai lagi atau tidak muat dipakai untuk dibuang. Elakkan simpan…

Musang King... sedapnya!

Salam Ramadan sahabat Kak Ida.
Malam tadi si dia mengajak untuk menikmati durian di "belakang" rumah. Selepas menghantar beberapa barang pada pelanggan, kami terus singgah disini.
Kedai ini merupakan tempat kegemaran Kak Ida jika mahu membeli buah-buahan. Mereka menyediakan pakej membalut buah-buahan seperti buah cempedak jika perjalanan kita memakan masa yang lama. Kemas balutannya. 
Kedai ini terletak berhadapan dengan Balai Polis Kangkar Pulai dan berdekatan dengan roundabout ke Taman Pulai Indah dan Bandar Kangkar Pulai.
Durian yang paling menarik perhatian Kak Ida semestinya durian kampung dan musang king. Selera tidak mahu kalah. Hihihi

Ada beberapa harga durian yang ditawarkan. Ikutlah bajet yang kita. Insya-Allah, puas hati.
Oh ya, jika kita tidak mahu bau durian "melekat" di dalam kereta, kita boleh menikmati terus keenakan durian disitu. Ada meja dan air masak disediakan. 
Selesa sangat.


Sebiji durian musang king ini berharga RM 60.00. Kepuasan menikmati…

Terima kasih Kak Ng

Terima kasih Kak Ng atas ingatan ini.
Penuh kuih dan juga ada kiriman duit raya untuk anak-anak Ida. Allahu.

Tepek di blog sebagai kenangan.

Majlis Khatam Al Quran PUSPANITA JUPEM Johor 1440H

Salam Ramadan ke 25
Sederhana tetapi meriah. Itu yang boleh Kak Ida ungkapkan dengan Majlis Khatam Al Quran pada tahun ini.
Alhamdulillah, semalam berlangsung sudah Majlis Khatam Al Quran peringkat PUSPANITA JUPEM Johor. Majlis ini merupakan majlis kemuncak setelah kami mula bertadarus pada 12 Mei 2019 sehingga 23 Mei 2019 yang lalu.

Tahun ini Kak Ida mengalas tanggungjawab sebagai pengerusi Majlis. Terima kasih Kak Ana atas kepercayaan yang diberikan.

Bacaan doa telah disampaikan oleh Kak Ana. Selaku orang kuat Biro Agama PUSPANITA JUPEM Johor.
Majlis Khatam Al Quran ini juga telah dirasmikan oleh Puan Khairul Jihan binti Mohd Fadzilah selaku Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM Johor.


Alhamdulillah, kali ini kami membuat sedikit perubahan. Selain berselawat dan membaca Asmaul Husna, kami juga membaca Doa Dhuha untuk mengambil keberkatan waktu dhuha ketika majlis ini berlangsung.
Ramai orang-orang lama PUSPANITA JUPEM Johor sudah bersara. Tinggal yang ada untuk mengalas legasi ini.


In…

Salam Ramadan 23 | Sesungguhnya 2019

Hari ini Kak Ida nak berkongsi lagu kegemaran Kak Ida iaitu Sesungguhnya 2019. Nyanyian dari Alif Satar dan Raihan.
Tidak jemu-jemu dengar lebih-lebih lagi lagu ini dilancarkan ketika di bulan Ramadan. Sesuai sangat.

Pertama kali Kak Ida dengan cameo, Allahu, cukup menenangkan jiwa terutama pada minit 4:32.
"Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku, Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu"
Cukup mendayu suara Alif Satar weh. Menusuk jiwa dengan diiringi tiupan seruling dari Faliq dan Yuri sebagai pemain dram. 
Sesungguhnya ini pernah meledak pada tahun 2007. Kiranya Kak Ida baru berumur 26 tahun. Masih muda belia gituww. Senang cakap, Kak Ida membesar dengan lagu Raihan.
Lirik Lagu Sesungguhnya 2019
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti Mengapa cinta masih tak hadir Tapi aku tidak mengerti Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram Dengan air hujan dari t…

Pemenang giveaway Mialiana Dot Com

Alhamdulillah,
Pertama kali Kak Ida join giveaway sebenarnya.
Allahu, tidak menyangka pula Kak Ida menjadi salah seorang pemenang giveaway.
Kak Ida orang kedua terakhir yang join giveaway di www.mialiana.com berkaitan SAPS. Minit-minit terakhir. Mujur copy paste HTML sahaja.
Sudah tersurat ini semua rezeki anak-anak.

http://idakamiliamudzakir.blogspot.com/2019/05/giveaway-sapsibubapanet-di-mialianacom.html?m=1

Penghayatan di Bulan Puasa

Assalammualaikum pembaca blog Kak Ida.
Pagi ini, Allah memberi kelapangan masa untuk ke taman syurga untuk mendengar ceramah yang bertajuk "Penghayatan di Bulan Puasa" sempena Program Ihya Ramadan Tahun 1440H/2019.


Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Abd Halim bin Ahmadhu Kutty yang merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Hospital Permai Johor Bahru.


"Tidak sepatutnyanya Engkau hanya berpuasa di bulan Ramadan sahaja".
Antara perkongsian-perkongsian yang Kak Ida sempat coretkan dalam buku nota Kak Ida adalah:-
Puasa adalah satu ibadah yang HANYA Allah swt yang menilai. Ini kerana Allah telah menyediakan satu pintu khas untuk mereka yang suka berpuasa di syurga nanti.
Antara hari-hari yang digalakkan berpuasa selain daripada bulan Ramadan ialah:-

Hari ArafahHari AsyuraSepuluh hari pertama di bulan ZulhijjahSepuluh hari pertama di bulan MuharamBulan RejabBulan SyaabanBula-bulan haramTiga bulan berturut-turut bermula dari bulan ZulkaedahSetiap bulan tunggal pada bul…

Majlis Khatam Al Quran dan Penutup Ihya Ramadan

Alhamdulillah, tahun ini Allah rezekikan untuk Kak Ida mengambil peluang untuk khatam Al Quran bersama-sama ibubapa di SKTDS anjuran Panitia Pendidikan Islam untuk program Jom Ngaji bermula pada 06 Mei 2019 sehingga 22 Mei 2019.
Khamis yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al Quran dan penutup Ihya Ramadan peringkat sekolah.
Kelam-kabut Kak Ida mencari bunga telur untuk disumbangkan untuk bunga pahar. Gara-gara terlupa.
Mujur Kak Ngah ada sebagai penyelamat keadaan. Huhuhu
Majlis bermula jam 11.00 pagi. Agak ralat di hati kerana Kak Ida tidak dapat turut serta. Hanya si dia yang menjadi wakil untuk melihat Aisyah berkhatam.
Selain Majlis Khatam Al Quran, majlis ini turut diserikan dengan pemberian sumbangan untuk pelajar asnaf dan miskin.
Terima kasih kepada cikgu yang sudi berkongsi gambar di group telegram dan whatsapp sebagai kenang-kenangan ibu untuk dimasukkan ke dalam blog.






Alhamdulillah, tahniah Aisyah kerana berjaya khatam Al Quran untuk tahun ini. Menarik perhatian K…

Salam Ramadan 17

Salam 17 Ramadan sahabat.
Hari ini anak-anak berpeluang berbuka puasa bersama guru dan sahabat-sahabat di Dzul Iman. Seronok sangat melihat pengalaman ini. 



Sementara itu, Kak Ida di pejabat. Berfikir-fikir apa yang perlu dibuat sementara menanti anak-anak selesai program berbuka puasa. Takkan nak berpatah balik ke Skudai pula kan?

Ting, Kak Ida dapat satu idea. Berbincang dengan si dia sama ada selepas habis waktu kerja boleh singgah ke Skudai untuk ambil Aisyah di rumah pengasuh dan kemudian terus ke bandar. Alhamdulillah, si dia bersetuju.
Kak Ida ambil keputusan untuk menghabiskan masa di City Square. Tips shopping di mall, pastikan anda membaca dulu apa yang ditawarkan oleh pihak pengurusan mall ketika musim perayaan. Selalunya, musim raya ini paling tidak akan dapat sampul raya. Hahaha...
Kami membeli baju raya anak-anak di FOS. Si dia sangat suka membeli baju anak-anak disini.  Banyak pilihan katanya dan paling penting, dapat menjimatkan tenaga Kak Ida untuk berjalan ke hulu h…

Majlis perasmian Bilik Mama Friendly Nusajaya

Hasrat mewujudkan bilik "Mama Friendly" ini sudah memakan masa hampir 9-10 tahun. Banyak kertas cadangan yang dihantar...
... dan akhirnya, hari ini telah direalisasikan.
Mujur Kak Ida sempat menghadirkan diri walaupun tiba lewat dari jadual asal. Ini kerana Kak Ida perlu menyantuni untuk melapor diri pada hari yang sama.
Si dia menghantar Kak Ida ke majlis ini. Allahu, rupa-rupanya, program ini bersebelahan sahaja dengan pejabat si dia iaitu di Bangunan Dato' Mohammad Ibrahim Munsyi. Hehehe

Sampai di sana, Kak Ida terus menghubungi si kakak manis, Cik Puan Zulhaya Marzuki untuk bertanyakan lokasi tempat duduk. Ok, check-in done

Majlis perasmian Bilik "Mama Friendly" telah dirasmikan oleh YM Che' Puan Khaleeda binti Bustamam.



Allahu, rasa sebak bila Kak Ida dapat berjumpa dengan orang kuat disebalik tabir.

Kemudian, kami ke bilik penyusuan Mama Friendly. Memang wow. Ini keran Kota Iskandar merupakan perintis program Mama Friendly di Johor. Sangat-sangat …