Saturday, May 4, 2019

Selamat bersara Kak Inah

Entry khas ini ditujukan buat Kak Arbainah Masdar.

Selamat bersara kak. 

... dengan ucapan, tart Ida jangan lupa ya kak. Hahahah

Ida sempat bersama Kak Inah ketika mula-mula Kak Ida masuk kerja di Unit Pendaftaran pada tahun 2002 sebelum Kak Ida berpindah unit ke Cadastral Processing System (CPS).

Hari ini hari terakhir Kak Inah di JUPEM Johor. Berseri-seri muka YB. Iyelah, selepas ini Kak Inah tidak perlu berkejar punch card, tiada tekanan kerja, tiada itu ini. Hanya fokus untuk diri dan keluarga.

Cuma, Kak Ida akan terasa kehilangan. Seorang demi seorang telah bersara. Kak Inah yang Kak Ida kenal cukup baik orangnya. Sangat lembut orangnya. 

Paling best, tentunya hasil air tangan Kak Inah. Allahu, itu yang membuatkan Kak Ida terkenang-kenang. Sebut sahaja nak makan apa, nahhh... memang tidak mengecewakan.



Bergambar kenangan di Pelan Berdigit.

Pada 2 Mei 2019, PUSPANITA JUPEM Johor telah mengadakan majlis meraikan persaraan Kak Inah di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.

... hotel ini merupakan salah satu tempat kegemaran Kak Ida kerana pilihan makanannya yang tidak mengecewakan.




... dengan Kak Ana dan Kak Sikin. 


Bergambar selagi boleh. Merakam kenangan manis dan menghargai saat yang ada.




Sesi penyerahan cenderamata pada Kak Inah. 


Kak Ana bagi pihak Encik Rashid yang akan bersara pada bulan Julai nanti.


Selamat berpindah Linda ke tempat baru. Semoga lebih banyak kecemerlangan dapat diperolehi.


Tahun ini dan tahun depan akan semakin berkurangan bilangan ahli bila mana akan ada yang bersara pada bulan November dan Januari tahun depan. Huhuhu



Bergambar kenangan di pondok Buffet Ramadan di hotel. Cantik weh, ala-ala kampung gituw..

Itu sahaja entry kali ini.

Akhir kata, semoga Allah memberi rahmat pada Kak Inah. Diberi kesihatan yang baik, diberi umur yang panjang dan jangan lupa kami disini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my