1 Mei yang produktif.
Eh, sebelum itu Kak Ida nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua sahabat-sahabat Kak Ida yang menyambutnya.
"Pekerja Amanah Aspirasi Negara"
Seawal pagi, si dia sudah menghantar Aisyah ke STEAM Exploration di Mount Austin. Program ini berkisar aktiviti sains.
[Baca ini]
Kak Ida dan anak-anak yang lain pula di rumah. Mengambil waktu cuti umum ini untuk melihat rumah.
Menyapu sampah, mengemop, dan dalam masa yang sama membasuh baju dan juga mengemas "salji" dirumah. Lagipun bulan Ramadan akan tiba beberapa hari sahaja lagi kan. Jadi, penyediaan menyambut bulan yang mulia ini Kak Ida buat apa yang mampu.
Tengok peti ais, ada ikan kembung dan ikan bawal. Sedap juga masak asam pedas. Nah, tumbuk bawang dan kunyit, terus mulakan aktiviti memasak. Untuk anak-anak, Kak Ida gorengkan ikan bawal. Alhamdulillah, anak-anak makan bertambah nasi.
Kak Ida ambil peluang ini untuk menyuap anak makan. Rindu tengok anak-anak berebut menikmati makan bersuap.
Petang, selepas solat Asar, Kak Ida sudah mulakan #VirtualRun. Ada dua larian yang perlu dihabiskan semalam.
Satu Labour Day Virtual Run 2019 dan satu lagi Sungai Kim-Kim Charity Virtual Run.
Alhamdulillah, semua larian dapat diselesaikan.
Insya Allah, larian seterusnya pada 3 Mei nanti.
Sempat juga snap pemandangan petang.
Beriang ria burung-burung berterbangan.
Cantik kan?
Eh, ok dulu untuk entry kali ini. Alhamdulillah, 1 Mei yang produktif untuk Kak Ida.
See you next entry. Tata.
No comments:
Post a Comment