Sunday, September 24, 2017

Jemput jemput Nestum

Selamat bercuti.

Minggu ini Kak Ida bercuti panjang. Hari ini adalah cuti gantian Awal Muharram 1439H.

Di Johor, jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Jumaat, cuti gantian adalah pada hari Ahad. 

Dapatlah menghabiskan masa bersama keluarga. 

Ok, antara "tugas" yang memeningkan adalah memasak. Jenuh memikirkan menu untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 

Hari ini Kak Ida mahu berkongsi menu petang kegemaran keluarga Kak Ida, 

Jemput-jemput nestum.

Kak Ida suka membeli nestum dalam bentuk sachet (jika kita jarang menggunakan dalam kuantiti yang kerap, nestum akan menjadi lemau dan keras).

2 sachet nestum 
3 sudu besar susu pekat
6 sudu besar tepung gandum
secubit garam. (Kak Ida suka masak dengan menggunakan Garam Kristal dari Ana Edar).

Cara membuatnya
Masukkan nestum, susu pekat, tepung gandum dan garam dalam satu bekas. Gunakan secawan air panas, kemudian masukkan pula air sejuk. Kacau pekat (bukan cair).  

Panaskan minyak dalam kuali.

Jemputkan adunan tadi dan goreng sehingga kekuning-kuningan.

Sedia dihidangkan.

Mudah kan? Resipi tidak lebih dari 15 minit. Hahaha...




Alhamdulillah, berebut-rebut anak-anak makan.

Selain rasanya sedap, menu ini lebih baik berbanding menu dari makanan yang diproses seperti sosej, kentang (fries), maggie. 

Setuju?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...