Assalammualaikum,
Alhamdulillah. Kak Ida panjatkan kesyukuran kerana hari ini Kak Ida genap umur 36 tahun.
Tidak terbalas segala isi dalam dunia ini untuk membalas jasa ibubapa Kak Ida kerana melahirkan Kak Ida didunia.
Tahun ini juga, si dia lewat untuk wish Happy Birthday untuk Kak Ida. Kebiasaannya, si dia memang akan menunggu detik jam 12.00 tengah malam untuk sama-sama meraikan. Namun, si dia tertidur awal kesan dari ubat tahan sakit kerana muscle pain yang dihadapi.
Pagi-pagi Kak Ida dikejutkan dengan hadiah oleh BFF Kak Ida. Acik, Linda dan Sue. Allahu, terima kasih atas ingatan.
Pagi-pagi, MJ's Susi wish birthday Kak Ida. Ya, kepala ini sarat dengan kebimbangan kesihatan si dia. Jam 11.00 pagi, ada florist yang menghantar bunga. Allahu, terima kasih MJ's atas kejutan hadiah. Susi, you're good planner!
No cake for my birthday.
Kak Ida raikan dengan sepinggan laksa penang. Makanan kegemaran Kak Ida.
Seharian, Kak Ida dibanjirkan dengan ucapan-ucapan dari sahabat, rakan sepejabat, sahabat di facebook, geng susuibu, Rakan Niaga Qaseh, Rakan Niaga Al Haddad dan seangkatannya.
Insya-Allah, setiap ucapan Kak Ida doakan kembali.
Amin amin YRA.
No comments:
Post a Comment