Sunday, October 1, 2017

Program Terapi Berkuda atau Hipoterapi

Assalammualaikum,

Hari ini Kak Ida berkesempatan menyatuni Program Hipoterapi atau Terapi Berkuda (Riding for Disable) di UTM Equine Park.

Terima kasih atas peluang yang diberikan oleh sahabat Kak Ida. Sejujurnya, sangat menghargainya.

Apa itu Hipoterapi.
Hipoterapi atau Terapi Berkuda merupakan salah satu intervensi yang menggunakan kuda. Aktiviti terapi berkuda ini dijalankan bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai limitasi seperti:-
  • Autisme
  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Cerebral Palsy
  • Down Syndrome
  • Mental Retardation
Dalam menjalankan aktiviti ini, jurulatih dalam terapi kuda diperlukan bagi mengetuai dan mengelola aktiviti agar aktiviti yang dijalankan menepati tahap yang diperlukan di dalam sesebuah aktiviti terapi berkuda.

Objektif hipoterapi
  1. Meningkatkan kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, kemahiran kognitif, kemahiran postur tubuh dan keseimbangan dan juga untuk meningkatkan kemahiran intergrasi sensori.
  2. Meningkatkan kemahiran mengikut arahan.
  3. Meningkatkan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak dan orang yang baru dikenali.
  4. Mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran luar daripada yang biasa seperti rumah dan sekolah.
  5. Membantu kanak-kanak mencapai kualiti kehidupan yang diinginkan.
Dalam aktiviti hipoterapi, kanak-kanak berdikari di dalam gelanggang tanpa bantuan ibubapa.

Pertama kali Ammar melalui aktiviti ini, tidak semudah yang difikirkan.

Sensori Ammar sangat sensitif dengan sentuhan.

Syukur sangat atas bantuan therapist, pelatih dan pelajar dalam menangani kerenah Ammar Kak Ida sangat hargai.

Sekitar aktiviti hipoterapi Ammar tadi.


Ammar sampai seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran peserta. Hari ini Ammar combine dengan anak-anak dari NurKidz


Swafoto sekeping dulu.



Terima kasih uncle Lukman bantu Ammar.



Hakikatnya, memang struggle Ammar ketika Hipoterapi ini. Sensori Ammar terhadap sentuhan perlu diberi fokus utama.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my