Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Cara simpan duit yang kreatif dan menyeronokkan

Assalammualaikum pembaca blog Kak Ida. 
Hari ini Kak Ida mahu bercerita bagaimana kita menyimpan duit secara kreatif dan menyeronokkan.
Sebenarnya, Kak Ida suka menyimpan dengan target mengikut hari atau minggu.
Cabaran 30 hari!
Sebagai contoh, kalau bulan Mei ada 31 hari, Kak Ida akan menyimpan mengikut bilangan hari pada bulan tersebut.
Begini pengiraannya:-
1 Mei = RM 1.00 2 Mei = RM 2.00 3 Mei = RM 3.00
... dan seterusnya sehingga tarikh pada bulan tersebut tamat.


Insya-Allah, jumlah keseluruhan simpanan kita akan mencecah RM 496.00/sebulan jika simpanan kita pada bulan tersebut ada 31 hari.
Banyak kan?
Simpan tanpa sedar. Memang menyeronokkan dan memberi cabaran yang tersendiri.
Kena pandai "cut cost" untuk pastikan kita dapat menyimpan.
Kemudian, pada awal bulan, pastikan sebahagian duit simpanan kita dapat membeli emas 1g (mengikut harga semasa).
Jadi, setiap tahun kita akan dapat menyimpan 12g dalam akaun GAP tanpa sengaja.
Mudah kan menyimpan duit?
Paling penting a…

50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Arkitek Rumah

Alhamdulillah
Parcel yang dinanti sudah sampai.


Parcel berisi buku-buku untuk Adilah.
... dan untuk Kak Ida. Hahaha (nak selit juga)
Tajuk buku ini menarik perhatian Kak Ida "Rezeki Luar Biasa Suri Arkitek Rumah"


Buku ini buku kompilasi 50 kisah yang ditulis oleh 23 orang penulis di dalam buku Rezeki Luar Biasa Suri Rumah yang boleh menyentuh emosi dan mencetuskan inspirasi untuk kita mendapat ilham sepanjang menyandang jawatan SURI RUMAH.
Buku ini juga boleh dikatakan sebagai seleksi untuk surirumah mendapatkan tips urus masa, jadual dan mengasuh anak dalam masa yang sama.
Antara tajuk-tajuk yang menarik dalam buku 50 kisah: Rezeki Luar Biasa Suri Rumah ialah:- Tunggulah saya berbuka dahulu.Vitamin untuk Abah.Rezeki anak raiami.Ada apa dalam sampul?Doh rotiku dah masam!Nasi, kuah kari dan telur dadar.Masa anak vs masa Allah.Mata kasar bukan mata hati. dan banyak lagi tajuk yang menarik.
Jangan lupa dapatkan buku ini dengan harga RM 46.00 seunit.


Program Sumbang Amal Ramadan

Alhamdulillah, pagi ini Kak Ida menyatuni Program Sumbang Amal Ramadan yang merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PUSPANITA dan KSKJUJH JUPEM Johor merangkap pejabat Kak Ida.

Program ini mensasarkan golongan asnaf dan juga mereka yang kurang berkemampuan.


Sumbang Amal Ramadan ini telah disampaikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor,  Sr Tuan Haji Ramli bin Nor.

My BFF's Kak Ida. Sempatkan sekeping gambar untuk selfie.

Alhamdulillah, program ini berjalan lancar. Insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa pada tahun hadapan. 



Perencah ikan rebus

Kak Ida berkongsi sesuatu dari Group-group ibu moden tentang perencah.
Perencah yang sesuai dicampurkan ke dalam gulai, sup atau sayur. Ringkas tetapi sedap.
Bahan-bahannya hanyalah ikan rebus. Boleh pilih apa juga ikan yang kita suka, tetapi pilihan Kak Ida semestinya ikan kembung kerana isinya yang manis dan lemak. 
Bersihkan ikan dan rebus. Kak Ida akan meletakkan sedikit garam dalam air rebusan dan juga asam keping.

Selepas direbus, asingkan isi ikan dan tulang. 

Kemudian, tumbuk hancur.
Buat dalam satu bekas untuk sekali masak ya. Kemudian, bekukan di dalam peti sejuk.
Perencah ini sangat sesuai dicampurkan untuk masak lemak kubis atau petola, bayam rebus dan lain-lain.
Memang sedap.
Selamat mencuba.

Bubur Lambuk Ramadan ke 7

Salam Ramadan ke-7
Assalammualaikum sahabat.
Tidak lengkap berpuasa jika kita tidak menjamah bubur lambuk kan di bulan Ramadan. Hidangan ini hanya disediakan sekali dalam setahun.
Eh, sebelum itu Kak Ida ingin berkongsi sejarah bubur lambuk yang dipetik di www.butterkicap.com.
Bubur lambuk dikatakan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, apabila Parameswara atau nama baginda selepas memeluk agama Islam, Sultan Iskandar Shah yang telah menerima kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang mudah ditelan tetapi sedap dan berkhasiat. Namun begitu, sumber ini mungkin agak kabur dan terlalu jauh untuk dikaitkan dengan hidangan bubur lambuk pada bulan Ramadan.
Selain itu, terdapat juga sumber bahawa bubur lambuk mula dihidangkan di Malaysia, di kawasan Kampung Bau, Kuala Lumpur oleh Said Bank pada tahun 1950-an dan sukatan rempah ratus yang digunakan dalam penyediaan bubur lambuk ini.
Tetapi, sebenarnya usul-asal bubur lambuk tidak dapat dib…

Tips menggosok dan menyusun baju

Rutin mingguan adalah menggosok baju untuk seminggu.
Sedaya-upaya Kak Ida atau si dia cuba untuk menguruskan perkara yang satu ini. Maklumlah kan.
Tidak semua orang suka bab menguruskan baju.
Tips Kak Ida menggosok baju adalah:-


Memilih baju yang mahu atau perlu dipakai dalam seminggu. Kalau bekerja di unit beruniform, memang tiada masalah dalam memilih baju. Hihihi
Kemudian, gosok dan gantungkan baju dengan betul. Ini bagi mengelakkan baju berkedut jika tidak digantung dengan elok.

Kalau mahu lebih baik, gantung dan susun mengikut hari. Ada juga ibu yang menyusun dengan lengkap termasuk stokis, tie, baju, kain dan tudung.


Tadaaa... selesai. Memang remeh pada awalnya tetapi ia akan memudahkan kerja seorang ibu. 
Insya-Allah.

Semoga bermanfaat.

Kak Ida Masak : Menu Berbuka Day 2

Semalam cadangnya nak masak istimewa sikit. Nasi minyak.
Tetapi, Aisyah nak makan nasi ayam pula untuk berbuka hari ini. Selalunya si dia akan utamakan selera anak dulu. 
Sahur pun Aisyah sudah ingatkan menu yang sama. Jadi, memang tiada harapan untuk menukar disaat-saat akhir.
Pagi-pagi si dia sudah ke kedai Acheh membeli barang dapur.
Style nasi ayam Kak Ida hampir sama seperti mama masak.

Ayam makin lama diperap lagi sedap. 

Kuah kicap untuk ayam.

Sambal cili. Si dia suka jirus sambal cili dengan ayam.
Alhamdulillah, selesai masak untuk menu berbuka day 2. Yeay.

Kak Ida Masak | Menu Berbuka Day 1

Perghh... tajuk. Hahaha
Hari ini hari pertama kita berbuka. Mengenangkan Aisyah berpuasa, Kak Ida membuat keputusan untuk masak lauk ayam kari style Aisyah.
Maksud style Aisyah disini, kuah kena pekat dan banyak. Hahaha... Baru sedap katanya.
Mama Kak Ida berkongsi petua masak kari yang sedap adalah dengan menumis serbuk kari sekali. Jangan serbuk kari dicampur dengan air baru ditumis.
Letakkan sedikit kunyit hidup untuk nampak cantik kuningnya. Tumis sehingga pecah minyak.
Panjang "oooo" Kak Ida sebab selama ini Kak Ida bancuh serbuk kari dengan air. Kira silap la... Huhuhu
Takpe, kita belajar dari pengalaman. Kan?

Pekat kan kuahnya? Guna santan yang diperah ya. Bukan santan kotak. Sedapnya lain. Insya Allah.

Kak Ida juga gorengkan sedikit paru untuk kudapan. 
Ok, itu dulu Kak Ida Masak : Menu berbuka Day 1. Doakan Kak Ida istiqamah dalam memasak ya. 
See you next entry. Tata

Apa yang menarik di Johor | Jalan Tan Hiok Nee

Kak Ida dan si dia unplanned.
Jalan-jalan sekitar bandar Johor Bahru. Kak Ida sudah lama "mengidam" untuk melihat apa yang menarik disini.
Dua kerja dalam satu masa sebenarnya. Hahaha
Baru si dia tahu antara kegemaran Kak Ida adalah berjalan-jalan dan meninjau apa yang menarik terutama di bandar yang mempunyai sejarah.
Si dia parking kereta dan Kak Ida mulakan dengan Jalan Tan Hiok Nee.
Jalan Tan Hiok Nee ini terletak antara Jalan Ibrahim dan Jalan Pahang. Jalan ini "kaya" dengan keunikan kebudayaan kaum Cina. Jadi, jangan pelik bila banyak hiasan yang berunsurkan kaum Cina seperti lukisan naga, tanglong dan deretan kedai makan cina dijalan Tan Hiok Nee.


Dulu dinding bangunan ini bercat merah. Sejak bila bertukar cat Kak Ida tidak pasti.

Lukisan mural seekor naga yang terdapat di dinding Jalan Tan Hiok Nee.



Di jalan ini juga terletak Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru. Kak Ida tidak berkesempatan untuk masuk ke muzium ini. Insya-Allah, satu hari nanti mungkin.

S…

JJCM | Warung Teh Sarbat Asli Johor Bahru

Destinasi hari ini adalah Warung Teh Sarbat Asli yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.
Signature warung ini semestinya teh sarbat, roti bakar, telur mata. Nasi dan mee yang digoreng pun ada. Ala-ala kopitiam tapi versi melayu. Hihihi


Sambil tunggu pesanan sampai. Kak Ida memilih untuk merasai teh sarbat dan roti bakar. Selfie sekeping dulu dengan si dia.

Inilah rupa air tehnya. Memang phewww rasanya. Rasa halia memang kaw-kaw ya. Bukan sekadar "campur-campur" gitu... Kata si dia, halia ini dijemur. Tidak pasti apa sebabnya. Yang pasti, selepas minum, rasailah "angin" dibuang keluar dari setiap sudut badan. Hahaha.

Roti bakar kaya dan mentega. Sedap kerana  rotinya yang lembut dan memang penuh isi kaya dan mentega.

Ini tempat bancuh air. Bekas ini memang untuk air teh sahaja. 

Harga memang sangat-sangat berpatutan. Insya-Allah.
Ok, pada mereka yang teringin hendak menikmati teh sarbat, boleh google atau waze Warung Teh Sarbat Asli Johor Bahru Jalan Tun Abdul Razak…

JJCM | It Roo Cafe Johor Bahru

Antara tempat kegemaran Kak Ida di Jalan ini adalah Restoran It Roo Cafe. 
Restoran ini terletak di Jalan Dhoby bersebelahan dengan Jalan Pahang.
... dengan slogan The Best Chicken Chop In Town, memang sedap weeehhh....


Sambil menunggu pesanan tiba, kita akan dihidangkan dengan sepiring kacang goreng. Sambil berbual, ada juga kudapan ringan. Oh ya, kacang ini tidak percuma ya. Sepiring kacang ini berharga RM 2.00. Kalau habis, boleh minta pada pelayan untuk ditambah. Sediakan sahaja duit. 

Harga chicken chop. Sepinggan RM 16.00 sahaja. Chicken chop ini dihidangkan dalam dua versi sama ada mahu digoreng atau dipanggang (grill). Sos untuk chicken chop pula sama ada black paper ataupun mushroom
Jika Kak Ida makan disini, Kak Ida memilih chicken chop mushroom.

Kedai ini berlatarbelakangkan gambar Johor Lama. Ada juga hiasan-hiasan lama seperti air tin lama, botol dan potret Lady D.
Restoran It Roo Cafe ini dibuka dari jam 12.00 tengahari sehingga 9.30 malam. Saranan Kak Ida, jika datan…

Bookmark | Penanda Al Quran Kayu

Allahu,
Akhirnya sampai juga ditangan. Cik Jah maklumkan bookmark yang ditempah untuk batch pertama telah siap.
Bersaiz 6cm x 18 cm dan senipis 3 mm.
Kak Ida memilih Design A - "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."
Memang Kak Ida tempah untuk satu keluarga. 

Cantik kan?

Galeri Ukur JUPEM Johor

Sudut kegemaran Kak Ida adalah di Galeri Ukur.
Galeri Ukur ini terletak di Tingkat 7, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Wisma Persekutuan, Johor Bahru.
Galeri ini menempatkan pelbagai peralatan ukur yang sudah tidak digunakan lagi seperti ukur rantai, plambob, teropong stereo, star finder, scale computing, pen curve dan lain-lain lagi.
Memang sudah menjadi sejarah.
Kak Ida kongsikan untuk tatapan sahabat Kak Ida.


Alat pemegang rantai ini terdapat di setiap hujung rantai yang diperbuat daripada tembaga kuning. Pemegang rantai ini termasuk sebahagian daripada pengukuran. Setiap meter sepanjang rantai akan ditanda dengan satu penanda dan setiap lima meter akan dinomborkan.


Rantai ukur ialah alat pengukuran linear yang paling mudah iaitu dalam bentuk metrik sepanjang 20 meter, 30 meter, 50 meter atau 100 meter. Rantai 20 meter dan 30 meter biasanya dari kawat keras dan terdiri daripada penyambung-penyambung.

Teropong stereo.



Pembaris ukur.
Ha, pada pelajar atau mereka yang berminat h…