Friday, May 11, 2018

Homeschool | Zoo Negara | Part VI

Ok, ini last entry Kak Ida tentang Zoo Negara. Janji. Hihihi

Besar weh Zoo Negara. Kaki Kak Ida sudah "cekang" dibuatnya. Kak Ida sangat-sangat sarankan ibubapa yang membawa anak supaya bawa sedikit bekal makanan dan air minuman. Memang kering tekak dibuatnya kerana letih berjalan. Setakat hendak mencukupkan senaman 10 ribu langkah sehari, memang Zoo Negara sangat sesuai. Hihihi

Nak bawa payung pun boleh sebab kita tidak boleh menjangka cuaca kan?




Trip terakhir Kak Ida adalah di Savanah Hill. Disini ada mengumpulkan pelbagai haiwan safari seperti kuda belang, zirafah, gajah dan lain-lain.
















Babai Zoo Negara, Insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Kesimpulan dari Kak Ida sepanjang homeschool ke Zoo Negara.
  1. Ada pakej yang disediakan di Zoo Negara. Pilih pakej keluarga jika kita dua dewasa dan dua kanak-kanak. Kalau ada yang menyambut harijadi pada bulan-bulan tertentu, ada juga keistimewaan harga. Pilih sahaja pakej yang kita mahu. 
  2. Rancang trip anda samada mahu berjalan kaki atau menaiki tram yang disediakan oleh pihak Zoo Negara. Jika mahu berjalan, sila gunakan kasut yang bersesuaian kerana muka bumi zoo tidak rata. Kebarangkalian kaki untuk melecet adalah tinggi.
  3. Bawa sedikit kudap-kudapan jika membawa anak. Jika tidak mahu, boleh sediakan duit dan beli sahaja di kiosk yang ada disitu. Semestinya, harga sedikit mahal berbanding di luar.
  4. Rancang masa perjalanan. Walaupun Kak Ida sudah bergerak dari Solat Zohor, masa tetap tidak mencukupi. Kak Ida tidak sempat untuk melawat taman rama-rama kerana masa yang amat mencemburui kita.
  5. Di kiosk-kioks juga ada sediakan tabung jika mahu menyumbang dana untuk Zoo Negara.
  6. Berhati-hati jika ibubapa mahu melepaskan anak untuk berjalan. Ada sesetengah tempat ibubapa kena double prihatin ya. Boleh baca entry Kak Ida.
  7. Aina juga yang paling win antara adik-beradik. Sentiasa mempunyai tenaga yang cukup. Huhu
Ok, kita jumpa lagi di entry akan datang. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my