Tuesday, May 1, 2018

Asam pedas Mak Ngah

Selamat Hari Pekerja.

Sambil berbual-bual dengan si dia, Kak Ida bagi cadangan untuk berjalan ke mana hari ini. Perancangan awal, Kak Ida mahu ke rumah Kak Long, tetapi along ada urusan diluar hari ini.

Perancangan ke dua, Kak Ida menelefon Kak Ngah pula. Siap request masakan asam pedas hasil air tangan Kak Ngah. 

"Rumah ni ada ikan pari dan ikan siakap aje, boleh Ida?"

Boleh aje... Hihihi

Tak malu betul adik ipar yang seorang ini.

Akhirnya, Kak Ngah bersetuju untuk masak. Terima kasih Kak Ngah!

Singgah di Maslee Taman Teratai, si dia belikan bendi untuk dimasukkan ke dalam asam pedas dan juga kepak ayam untuk digoreng di rumah Kak Ngah nanti.

Sampai dirumah Kak Ngah dalam jam 1.30 petang. Kak Ngah baru sahaja siap memblend cili kering.

Kata Kak Ngah, arwah mak mertua mesti masukkan sedikit halia untuk hilangkan hanyir ikan, kunyit dan juga letak bawang dalam kuantiti yang banyak. Dalam 8 biji bawang besar tadi Kak Ida kira. Blend sekali dengan cili kering.

Tumis dengan minyak. Masak sehingga cili nampak "tua", masukkan sayur bendi, tomato, daun kesum, bunga kantan, ikan siakap serta air asam jawa dan kacau sehingga sebati. Jangan lupa garam secukup rasa. 

Kak Ida perasan Kak Ngah asingkan sedikit tumisan untuk asam pedas ikan pari. Kata Kak Ngah, untuk asam pedas ikan pari, masukkan lada hitam untuk rasa yang lebih power.


Abaikan periuk hitam. Orang kata, kalau periuk hitam ni, orangnya rajin memasak.

Allahu, memang sedap. Asam pedas Kak Ngah memang mirip masakan arwah mak mertua. Pekat kerana bawang yang banyak. Tetapi belah "sana" kata si dia, suka asam pedas ayam. Jarang masak asam pedas ikan. 

Orang Johor juga suka makan asam pedas dengan kicap. Kicap dengan orang Johor memang tidak dapat dipisahkan. Makan pisang goreng pun dengan kicap ya. Jadi, janganlah pelik. Oooo....

Paling best, Kak Ngah siap bekalkan asam pedas untuk makan malam nanti. Orang kata jangan menolak rezeki kan? kan? 

Ok, kita jumpa next entry. Tata!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...