Saturday, April 15, 2017

Bukan mudah...

Ya Allah,

Alhamdulillah. Kak Ida selamat tiba di Batu Caves. Cuaca juga mendung dan hujan menemani perjalanan Kak Ida. Dua hari Kak Ida akan berkampung di Ana Edar untuk berbengkel.

Malam pertama sudah merindui Adilah. Ya, Kak Ida sangat memahami perasaan seorang ibu yang menyusukan anak terpaksa berpisah sementara.

Sama ada tuntutan kerjaya, ibu ditahan di wad kerana kurang sihat, ibu perlu berkursus dan sebagainya. Bukan mudah membuat keputusan dengan meninggalkan anak walaupun untuk semalaman.

Bukan mudah.

Tetapi, setiap kejayaan perlukan pengorbanan yang bukan sedikit harga yang perlu dibayar.

Ibu nampak kuat tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.

Bila anak terpisah dengan ibu, bila payudara mula membengkak, ibu mesti terfikirkan anak.

Setiap malam anak tidak pernah berpisah tidur dengan ibu. Bau si anak. Terbayang-bayang Kak Ida dibuatnya.

Ya Allah, pandanglah dengan penuh kasih sayang setiap usaha dan lelah kami.

Amin amin YRA.

Friday, April 7, 2017

Petua Hidup Tenang

  1. Kita tidak bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
  2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan apa yg kita ada tenaga, masa dan wang kita, terhadap benda yang positif yang mampu kita buat pada masa ini.
  3. Jangan berlebihan melakukan apa yang anda mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
  4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yg perli, senyum dan ketawa sama-sama.
  5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gossip politik dan gossip kawan-kawan
  6. Berfikiran terhadap masalah dan musibah yg menimpa.
  7. Iri hati adalah sia-sia. Harta orang bukan rezeki dan hak kita.
  8. Lupakan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa sekarang.
  9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
  10. Berdamailah dengan diri dengan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan
  11. Tiada siapa yang menggembirakan kita selain dari kita sendiri.
  12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.
  13. Senyum dan tertawa selalu kerana ia menghiburkan hati sendiri, bukan org lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...