Saturday, April 15, 2017

Bukan mudah...

Ya Allah,

Alhamdulillah. Kak Ida selamat tiba di Batu Caves. Cuaca juga mendung dan hujan menemani perjalanan Kak Ida. Dua hari Kak Ida akan berkampung di Ana Edar untuk berbengkel.

Malam pertama sudah merindui Adilah. Ya, Kak Ida sangat memahami perasaan seorang ibu yang menyusukan anak terpaksa berpisah sementara.

Sama ada tuntutan kerjaya, ibu ditahan di wad kerana kurang sihat, ibu perlu berkursus dan sebagainya. Bukan mudah membuat keputusan dengan meninggalkan anak walaupun untuk semalaman.

Bukan mudah.

Tetapi, setiap kejayaan perlukan pengorbanan yang bukan sedikit harga yang perlu dibayar.

Ibu nampak kuat tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.

Bila anak terpisah dengan ibu, bila payudara mula membengkak, ibu mesti terfikirkan anak.

Setiap malam anak tidak pernah berpisah tidur dengan ibu. Bau si anak. Terbayang-bayang Kak Ida dibuatnya.

Ya Allah, pandanglah dengan penuh kasih sayang setiap usaha dan lelah kami.

Amin amin YRA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...