Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Pertubuhan GIAT | Larian Kasih Sayang

"Larian Kasih Sayang" sempena Sambutan Hari OKU yang akan disambut pada 3 Disember setiap tahun dibawakan khas oleh Pertubuhan Ibu Bapa dan Anak-anak Istimewa Johor Bahru (GIAT).

*Fun Run Larian Kasih Sayang akan dibuat di DATARAN SEKAPUR SIRIH, HUTAN BANDAR MUTIARA RIN, MBIP pada 14 Disember 2019 (Sabtu). Larian akan bermula jam 7.30 pagi. Peserta akan memperolehi medal, bib, kudapan dan layak untuk cabutan bertuah.*
Manakala untuk Virtual Run:- TERHAD UNTUK 400 penyertaan sahaja.
Langkah 1: PENDAFTARAN (Klik link dibawah untuk mendaftar) http://bit.ly/2QnmMUp
Langkah 2: Screenshot dan snap bukti larian ke Pertubuhan GIAT Johor Bahru (http://www.facebook.com/GIATJB) .
Langkah 3: Berlari atau berjalan dan rekodkan. (Boleh gunakan apa juga apps seperti Samsung Health, Pedometer, Huawei Health, Strava, Endomondo)
Langkah 4: Upload (Hantar rekod ke Pertubuhan GIAT FB Page Messeger)
Langkah 5: Terima e-cert
Langkah 6: Medal akan dihantar bermula 2 Januari 2020.
Register Period: …

Nature Homeschooling | Perkhemahan di Tanjung Langsat

Kali pertama kami sekeluarga join camping anjuran FCM Southern di Tanjung Langsat, Johor Bahru untuk dua hari satu malam.
Kami merancang untuk "follow" Pak Mid, kurang dari seminggu sebelum buat keputusan. Anak-anak pun cukup teruja bila si dia mahu merealisasikan impian anak-anak + (Kak Ida). Hahaha
Balik dari kerja, Kak Ida terus bergegas pulang. Cadangnya, kami mahu membawa bekal nasi putih dan ayam masak kicap untuk makan malam. Mahu ringkaskan kerja.
Selepas Asar, kami terus bergerak. Perjalanan memakan masa 58 minit. Tidak mahu bertangguh kerana kami perlu mengejar waktu untuk memasang khemah. Syukur, trafik lancar.


Welcome Tanjung Langsat. View lewat petang.


Si dia memilih untuk berjiran dengan Mr Chin. Bila sampai, si dia terus memasang khemah dibantu oleh Ammar.
Mr Chin memberi tunjuk ajar pada Ammar untuk menghalau monyet dengan menggunakan belerang mancis. Jakun weh Kak Ida. Hahaha
Sambil menantikan si dia siap memasang khemah, anak-anak sudah mula membuat aktivit…

Pengalaman ke Dacathlon Sri Damansara

Sebelum ke Laman Tamara, si dia mengajak Kak Ida ke Decathlon. Katanya ada sales hujung tahun. Alang-alang sudah berada di Kuala Lumpur kan? 
Buka google maps, yang paling terdekat adalah Decathlon Sri Damansara. Si dia bercadang untuk membeli barang kelengkapan untuk perkhemahan.

Yeay, kita check-in sini. Kiranya, kedai baru buka kami sudah sampai, Hahaha

Si dia, kalau demam pening, boleh sihat semula kalau ke sini. Excited dia lain mmmaaaccciiiaaaammmm...

Rambang betul mata Kak Ida. Barang-barang sukannya memang berkualiti dan harganya cukup berpatutan. Semuanya dalam satu bumbung. Memang best sangat-sangat.

Alhamdulillah, si dia dapat apa yang dia mahukan. Khemah yang dapat memuatkan 6-7 orang dan juga katil untuk Kak Ida berbaring. 
Harga pun memang less kaw-kaw. Aisyah sempat grab baju renang muslimah dan ibu pula baju yang bersesuaian untuk hiking. 
Yok anak-anak, kita sambung perjalanan kita. 

Homeschooling | Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson

Selepas check-out dari Lexis Hibiscus, kami membuat keputusan untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan. Perjalanan memakan masa 8 minit dari situ.
Menariknya, Rumah Api Tanjung Tuan ini terletak di sempadan Negeri antara Negeri Sembilan/Melaka. Rumah Api Tanjung Tuan ini terletak di kawasan Taman Rekreasi Tanjung Tuan dan ianya di bawah pentadbiran Negeri Melaka dan dikelilingi oleh kawasan/tanah Negeri Sembilan.
Secara tidak langsung, Rumah Api Tanjung Tuan ini dibawah penyeliaan Majlis Perbandaran Alor Gajah walaupun menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Port Dickson.

Alhamdulillah, kami selamat sampai disini.


Kak Ida ke Balai Penerangan yang terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Tiket berharga RM 1.00 sahaja untuk dewasa manakala PERCUMA untuk kanak-kanak.

Pegawai disitu memaklumkan, kami perlu berjalan kaki sejauh 850m untuk melihat Rumah Api Tanjung Tuan. Kita perlu berjalan kaki melalui jalan bertar dan agak berdaki sejauh 150m dan selebihnya jalan landai sahaja. 


Rumah Api Tanjun…

Hari Kedua kami di Lexis Hibiscus

Selamat pagi dari Lexis Hibiscus. Hari kedua kami disini. 
Pagi ini, kami berdua bersarapan pagi di Roselle tanpa anak-anak. Anak-anak beri peluang pada ibu untuk berdating berdua. Hahaha...


Banyak menu di Roselle. Paling best adalah nasi lemak daun pisangnya. Selepas bersarapan, si dia pulang ke villa manakala Kak Ida ingin habiskan masa di Hibiscus Walk bersama Intan.





Pemandangan villa dari Hibiscus Walk.


Petang, Kak Ida habiskan masa di pantai. Kak Ida bercadang ingin bermain jet ski dengan si dia. 



Kemudian, Kak Ida bersambung dengan Intan untuk bermain boat. 


Lewat petang, kami menghabiskan masa bersama keluarga. Si dia memilih aktiviti berbasikal untuk menikmati pemandangan di Lexis Hibiscus. Kami menyewa basikal ini dengan harga RM 50.00.