Showing posts with label Our New Journey. Show all posts
Showing posts with label Our New Journey. Show all posts

Saturday, December 24, 2022

Our New Journey | Bahagian Tujuh

Sempena cuti hujung tahun, kami balik ke kampung. Musim buah sekarang ni... 



Setelah siap berkemas di rumah kabin, si dia dan papa terus ke kebun. Tiga bulan tidak menjenguk. Rumput pun sudah naik.

Perancangan sepanjang kami di sini adalah memotong pokok yang reput, memesin rumput dan sehari sebelum balik, si dia mahu meracun. Selepas ini, kami akan lebih jarang balik kerana terikat dengan komitmen di Johor Bahru.

Target kami selepas ini, kami mula mahukan proses sulaman. Menanam semula pokok-pokok. Insya Allah. 

Doakan kami ya. Insya Allah.

Monday, November 28, 2022

Our Dream House | Bahagian V

Yeay, shopping day! Hari ini kami berdua membuat keputusan untuk membeli SPC Flooring. Malam tadi, kami sudah mengira jumlah keluasan rumah kerana SPC ada keluasan sekian... sekian...

Kami mengambil kesempatan dengan cuti umum yang diumumkan sempena bola dan cuti peristiwa untuk menyiapkan our dream house kami.

Selepas bersarapan, kami ke Mitalee Carpet dan Furnishing untuk menambah semangat untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah, bajet kami di sini sangat-sangat memuaskan hati. Malah, kami dapat membeli planted wall dengan bajet yang kami ada. 

Ya, kami suka sangat!

Petang, kita cuba lagi membancuh simen selepas kegagalan tempoh hari. Hehehe. Kami come out dengan idea untuk membancuh simen sedikit demi sedikit. 

Pertama, kita sapu semula primer untuk mengelakkan debu simen berterbangan. Kemudian, campurkan sedikit primer ke dalam bancuhan simen sebelum ditabur. Hasilnya, walah! 






Alhamdulillah, so far go well. Puas hati sungguh melihat hasil simen pada hari ini. Insya-Allah, esok sudah boleh memulakan pemasangan SPC pula. Yang penting, kita tunggu simen kering dahulu.

Nantikan progress Our Dream House Bahagian IV pula nanti. 


Tuesday, October 25, 2022

Our New Journey | Bahagian Enam

Alhamdulillah,

Cuti panjang sempena Deepavali, kami ambil sebaik-baik peluang untuk menyelesaikan "Our New Journey".

Perancangan utama adalah mengemas dan membakar rumput kering serta meracun rumput kerana kami jangka, dalam masa terdekat ini kami tidak dapat pulang ke Jelebu.

Kak Ida gerak dari Johor Bahru selepas makan tengahari. Agak lewat kerana Ammar tidak berapa sihat sebenarnya. Ammar dari semalam pening sehingga hidung berdarah kerana badannya panas dalam.

Kak Ida sampai ke Jelebu dalam jam 8.00 malam. Jalan pun sesak dan Waze lencongkan kami masuk ke Simpang Ampat untuk ikut "jan dalam."

Malam itu Kak Ida mengambil peluang untuk berehat sahaja kerana esok pasti padat.

Sabtu
Hari ini ada kenduri kahwin. Si dia ambil keputusan untuk tidak ke kebun dan hanya memotong rumput disekitar "Rumah Kabin" sahaja.

Saudara-mara mama pasti singgah untuk berehat sebelum sambung ke Majlis bersanding tengahari nanti.

Syukur, perancangan hari pertama untuk memotong rumput di Rumah Kabin berjalan seperti yang dirancang sebelum lewat petang, hujan turun dengan lebatnya di Jelebu.

Ahad/Isnin

Yeay, hari ini kita buat kerja keras. Ikut perancangan hari Selasa baru rumput akan diracun. Jadi, rumput-rumput kering, ranting dan dahan yang reput akan dibakar. 

Si dia mengajak anak-anak untuk naik ke kebun untuk membakar. Seronok aje budak-budak bermain api.








Seronok dapat beri pengalaman pada anak-anak bermain tanah. 

SELASA

Ya, Hari ini Kak Ida ke Pejabat Tanah Jelebu untuk menukar nama di geran. 

Bergerak awal kerana tidak mahu menunggu lama menyelesaikan urusan.




Alhamdulillah, dalam jam 8.16 pagi, Kak Ida sudah sampai. Sementara menantikan kaunter dibuka jam 8.30 pagi, Kak Ida mengambil kesempatan menyemak semula borang-borang yang perlu dihantar ke kaunter.

Syukur, kami orang pertama. Syukur, bila semua borang telah lengkap, ianya tidak memakan masa yang lama. 

Terima kasih atas layanan yang diberikan.

Ok dulu. 






Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my