Showing posts with label Syamilia. Show all posts
Showing posts with label Syamilia. Show all posts

Saturday, October 24, 2020

Pengalaman Home Self Surveillance

Ramai sangat yang keliru. 


Adakah mereka yang menjalani swab test (calitan) sahaja yang perlu di quarantine?

Disini kita kena "tahu dan faham" tahap hubungan bagi setiap kategori. 

Buat masa ini, Kak Ida di Lapisan 3, 

"Individu yang ada kontak rapat dengan individu dari Kategori B"

Apa prosedur yang perlu diketahui?

Kategori C ini tidak perlu menjalani swab test (calitan) KECUALI, jika Kategori B adalah positif, kami di Kategori C pula yang perlu membuat swab test.

Swab test hanya dibuat jika kita ada kontak rapat atau mempunyai lebih dari dua gejala seperti batuk, sakit dada, atau lain-lain. 

Sebab itu, Kak Ida ambil pendekatan "Home Self Surveillance". 

Salah satu "tanggungjawab sosial" sementara menunggu keputusan dari Kategori B ini dikeluarkan oleh KKM tidak lama lagi.

1. Berbincanglah dengan pihak pengurusan. Ambil langkah sewajarnya atas nasihat pihak pengurusan. 

2. Ambil vitamin C dengan nasihat doktor sebagai prevention. Dalam masa yang sama, pantau tahap kesihatan diri dan keluarga.

3. Tingkatkan kebersihan diri. Alhamdulillah, si dia sudah melakukan sanitasi dirumah.

4. Buat masa ini, menu utama kami adalah sup ayam atau yang direbus sahaja. 

5. Duduk dirumah "stay at home" sehingga keputusan Kategori B keluar sama ada negatif atau positif.

Kak Ida masih bekerja seperti biasa. Hanya work station sahaja bertukar dari pejabat ke rumah.

Anak-anak juga tetap bersekolah seperti biasa. Bezanya anak belajar sepenuhnya atas talian. 

Ambil tanggungjawab Home Self Surveillance itu. 

Jangan nanti dikatakan "kita" pula yang dijadikan punca. 

Dapat sesuatu? 

Saturday, October 3, 2020

Taman mini kami

Hari ini kami anak beranak meluangkan masa untuk mengemas "taman mini" kecil kami. 

Buang daun pokok yang mati, trim pokok dan juga mengalih anak pokok ke pasu yang baru.



Ini juga salah satu sensori anak-anak. Bermain tanah. Murah dan berkesan. Hihihi




Monstera kesayangan.


 

Thursday, September 24, 2020

Tiger Base Camp 24-26 September 2020

Yeay, today is the day. 

Alhamdulillah, kali ini JOHO GlamNature Family memilih Tiger Base Camp untuk lokasi perkhemahan seterusnya.

Sebulan juga kami perlu menempah tempat ini. 


Perjalanan memakan masa hampir dua jam. Perjalanan sangat lancar.


Cuma, laluan masuk ke Tiger Base Camp perlu melalui jalan kelapa sawit. Suka Kak Ida ingatkan, kalau kereta kita lowered atau tayar tidak nipis. Ini kerana ada slope yang agak steep dan berbatu. janganlah masuk. Memang kereta boleh jahanam. 


Sampai di tempat perkhemahan, kami memilih bersebelahan dengan Iqa. Syukur anak-anak sudah tahu apa yang perlu dibuat. Bersatu padu menyiapkan khemah.



Sudah namanya anak-anak kan, pantang nampak air. Dan dan meminta keizinan untuk menukar baju mandi. 


View yang cantik.


I love you abang. Hahaha




Setup dapur kami.


Waktu malam, si dia buat "wayang". Apa lagi, memang seronok budak-budak ini.


Good night everyone.

HARI KEDUA


Setup khemah kami.


Sarapan pagi.


Anak bujang ini memang cukup seronok bila berkemas.


Main ketam. 


Mandi lagi dan lagi dan lagi dan lagi.



Preparation untuk makan tengahari. Ada ikan cencaru sumbat kelapa, ayam bakar dan sambal bilis petai. 


















Hari KETIGA



 

Thursday, July 6, 2017

Family's Time

Family time... Ini antara gambar kegemaran Kak Ida. 


Alhamdulillah. Syukur Allah!

Sunday, June 4, 2017

Pilihan bazar Ramadan

Apa pilihan bazar Ramadan Kak Ida?

Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, Kak Ida tidak ke param. Menyahut seruan kerajaan mungkin untuk mengelakkan pembaziran. Hihihi.

Tetapi tahun ini memandangkan Aisyah mula berpuasa, banyak permintaan untuk dipenuhi. Jadi, bermulalah sesi menjejakkan kaki ke pasar ramadan.

Bazar Ramadan kegemaran Kak Ida adalah di Taman Universiti. Dekat dengan rumah mama dan banyak pilihan makanan "one stop centre" dan sangat terserlah "ini Malaysia" kerana ramai kaum cina dan india membeli juadah disitu. Tahun ini juga menyaksikan kenaikan harga kos barang, harga kuih sekarang sudah empat biji RM 2.00 berbanding dulu lima biji dengan harga yang sama.

Itu dulu...

Sekarang, kegemaran Bazar Ramadan Kak Ida adalah di Taman Kempas. Ala... yang dekat dengan kilang. Kuih masih boleh didapati dengan harga RM 2.00 untuk lima biji dan juga pilihan agak banyak.



Bazar Ramadan pilihan sahabat Kak Ida?

Tuesday, May 30, 2017

Welcome home... Jambu

Selama ini "Jambu" dibiarkan lepas bebas. Pagi sebelum "Jambu" hilang, jambu seolah-olah mahu mengikut kami ke tempat kerja. Huhuhu

Setelah dua hari menghilangkan diri, "Jambu" balik... teruja betul Aina bila Jambu balik. Habis dipeluk ciumnya. 

Patutlah si dia kata ada keajaiban.

Rezeki Jambu masih ada bersama kami.

Terus si dia belikan sangkar yang lebih selesa untuk "Jambu". Alhamdulillah.


Welcome home "Jambu"..

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my