Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Homeschool | Aktiviti conteng

Aisyah ketika berumur dua tahun sudah gemar menconteng.
Ya, pada dasarnya, Kak Ida sendiri tidak memahami pun apa yang diconteng. Hihihi.
Cuma, Kak Ida suka beri kebebasan pada Aisyah untuk memegang pensel.



Kebaikan menconteng
Menconteng merupakan satu aktiviti yang penting dan merupakan aktiviti kegemaran bagi kanak-kanak terutama yang berumur 1-3 tahun. Anak-anak akan mengimpretasikan imaginasi mereka terutama di dinding rumah sebagai kanvas.
Ibubapa perlu sedar bahawa menconteng merupakan salah satu aktiviti yang penting bagi perkembangan mereka selari dengan umur anak-anak.
Melalui aktiviti menconteng, anak-anak akan dapat:- Meningkatkan kemahiran motor halus (fine motor control) semasa memegang alat tulis seperti pen, pensel atau krayon. Kemahiran motor halus ini penting untuk kemahiran seterusnya yang melibatkan aktiviti harian lain seperti memberus gigi dan lain-lain lagi.Memperoleh rasa kebebasan dan kuasa ke atas diri mereka sendiri. Membiarkan mereka menconteng pada kertas ta…

OKS BF Session

OKS BF Session yang berlangsung di Pusat Kesihatan UTM, Skudai, Johor.





Homeschool | Koyak dan tampal

Aktiviti kedua Aisyah adalah aktiviti gam dan gunting.
Kak Ida kongsikan kebaikan dan kelebihan yang diperolehi untuk anak-anak yang gemar mengoyak kertas.
Mengenal tekstur Pilih pelbagai jenis kertas untuk dijadikan mainan, mulakan dari kertas tisu yang tipis dan lembut, kertas buku, kertas kad, hingga kertas kotak kasut yang susah dikoyak kerana tebal dan liat. Bandingkan juga bunyi kertas-kertas tersebut ketika dikoyak dengan cara dekatkan ke telinga anak ketika mengoyaknya.
Meningkatkan daya tumpuan Minta anak yang mengoyakkan kertas. Kemudian dari kertas yang sudah terpotong-potong itu, minta dia mengoyaknya lagi sehingga kecil. Berapa lama si kecil perlukan masa untuk mengoyakkan kertas itu. Kemudian tambahkan lagi jumlah kertasnya, semakin banyak kertas yang dia koyakkan menjadi serpihan kecil, semakin tinggi daya tumpuannya.
Mengenal warna Sediakan kertas berwarna-warni. Setelah itu, siapkan kertas kosong berwarna putih. Letakkan sedikit gam pada kertas warna-warni yang dikoyakk…

Homeschool | Aktiviti cop tangan

Kali ini, Homeschool Aisyah adalah membuat aktiviti cop tangan.