Friday, May 20, 2011

Homeschool | Aktiviti conteng

Aisyah ketika berumur dua tahun sudah gemar menconteng.

Ya, pada dasarnya, Kak Ida sendiri tidak memahami pun apa yang diconteng. Hihihi.

Cuma, Kak Ida suka beri kebebasan pada Aisyah untuk memegang pensel.




Kebaikan menconteng

Menconteng merupakan satu aktiviti yang penting dan merupakan aktiviti kegemaran bagi kanak-kanak terutama yang berumur 1-3 tahun. Anak-anak akan mengimpretasikan imaginasi mereka terutama di dinding rumah sebagai kanvas.

Ibubapa perlu sedar bahawa menconteng merupakan salah satu aktiviti yang penting bagi perkembangan mereka selari dengan umur anak-anak.

Melalui aktiviti menconteng, anak-anak akan dapat:-
  • Meningkatkan kemahiran motor halus (fine motor control) semasa memegang alat tulis seperti pen, pensel atau krayon. Kemahiran motor halus ini penting untuk kemahiran seterusnya yang melibatkan aktiviti harian lain seperti memberus gigi dan lain-lain lagi.
  • Memperoleh rasa kebebasan dan kuasa ke atas diri mereka sendiri. Membiarkan mereka menconteng pada kertas tanpa arahan atau kongkongan dapat memberikan mereka rasa kebebasan dalam berfikir serta mencipta sesuatu yang diluahkan melalui contengan. Ini akan menggalakkan independent thinking yang mana anak-anak berasa tidak terkongkong dalam pemikiran dan tidak takut dalam membuat keputusan dan mencipta sesuatu yang lahir dari kotak pemikiran mereka.
  • Mengenal huruf dari awal. Garisan contengan yang dibuat meransang otak mereka untuk mengenal bentuk dan seterusnya huruf.
  • Meluahkan perasaan mereka. Melalui aktiviti menconteng, anak-anak dapat meluahkan perasaan mereka sama ada melukis perkara atau objek yang disukai atau salah satu cara untuk memberitahu perasaan mereka pada ibubapa.
Tips menggalakkan anak-anak menconteng
  • Sediakan persekitaran yang sesuai untuk menconteng seperti di atas lantai atau meja.
  • Beri sumber kepada mereka seperti kertas kosong, kotak atau sampul surat yang tidak digunakan lagi. Asalkan anak-anak dapat menconteng.
  • Beri alat tulis yang sesuai dengan umur dan selamat untuk anak-anak. 
  • Elakkan memberi arahan, mengongkong gaya contengan atau banyak bertanya makna contengan mereka. Biarkan mereka menconteng walaupun hasil contengan adalah "cakar ayam" yang kelihatan tidak bermakna. Proses contengan adalah lebih penting daripada hasil contengan.
  • Beri respon apabila diperlukan. Sebagai contoh, apabila anak bertanya, "cantik tak?". Beri pujian atau tanya soalan yang menunjukkan kita minat terhadap lukisannya seperti apa yang diconteng, warna apa yang digunakan dan lain-lain lagi.
  • Galakkan juga penggunaan peralatan lain selain alat tulis untuk menconteng seperti span, kayu, lidi dan sebagainya. Meconteng pasir di pantai dengan menggunakan ranting juga merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pemikiran kreatif anak-anak agar lebih berkembang.
Kesimpulannya, biarkan anak-anak anda menconteng dan jangan disekat aktiviti "wajib" seiring perkembangan umur mereka ini. Memberi anak-anak ruang, persekitaran, sumber dan peralatan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti contengan pada dinding rumah atau gincu bibir dilukis pada peti sejuk (ini berdasarkan pengalaman atas kecuaian sendiri).

Sumber: https://goo.gl/KLkV9c

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...