Wednesday, January 10, 2024

Pengalaman menyimpan duit syiling di Tabung Haji

Alhamdulillah,

Mudah urusan pertukaran simpanan syiling di Tabung Haji (TH).

1. Kumpulkan semua duit syiling yang ada di dalam kereta, beg anak, tabung dan lain-lain.

2. TH galakkan kita mengasingkan duit 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Bukan apa, risau ada terselit seperti token syiling atau duit dari negara lain. Lagipun dapat memudahkan urusan di kaunter.

#homeschooling
Kak Ida pakej suruh anak mengira (jumlah kasar) sebelum duit syiling dimasukkan ke dalam plastik. Sebenarnya, kita boleh tahu anggaran kasar duit yang akan dimasukkan esok.


3. Bawa ke kaunter dan ambil no giliran Simpanan > Simpanan Syiling.

*** Kaunter untuk simpanan syiling dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi - 1.00 tengahari sahaja.

4. Setelah nombor dipanggil, isi borang dan tuliskan maklumat seperti nama, no kad pengenalan dan no telefon.

5. Oh ya, bukan on the spot ya. Kita kena tunggu lima (5) hari bekerja sebelum duit dimasukkan ke dalam akaun.


Alhamdulillah, semalam Kak Ida tengok, "simpanan syiling" selamat dimasukkan ke dalam akaun. Yeay!

The power of syiling. Simpanan mencecah tiga angka juga. Fuh!

Ok kids, ayuh kita mengumpul semula. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my