Saturday, January 20, 2024

Galeri Dato' Onn di Batu Pahat

"Eh, ada Galeri Dato' Onn la Ida. Baru buka agaknya."

Haih, memang dekat sangat dengan tempat yang ingin dituju. Sayang kalau tidak pergi.

Apa lagi, selepas ke pameran. Kami berdua membuat keputusan untuk Galeri Dato' Onn.

Suasana menghijau padang golf sepanjang perjalanan ke galeri cukup menenangkan mata memandang.

Di galeri ini berkongsi tentang perjuangan dan riwayat hidup Dato' Onn terutama Peristiwa Hutan Kempas.

Menurut pegawai Yayasan Warisan Johor, Galeri Dato' Onn dibuka di bekas rumah Pejabat Daerah kerana signifikan Dato' Onn pernah bertugas sebagai penjawat awam dan dilantik menjadi District Officer (DO).

Dato' Onn juga pernah duduk dirumah ini. Sebab itulah, rumah ini dipilih untuk dijadikan galeri.

Kak Ida kongsikan bahagian yang ada di Galeri Dato' Onn ini.

Masuk adalah PERCUMA. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum. Nah, apa lagi? Hehehe...

Ok kids, jom teruskan next journey our homeschooling.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my