Sunday, January 7, 2024

Taklimat Program dan Perkhidmatan LPPKN

Salam bloggers,

Taklimat pertama bagi Tahun 2024. Alhamdulillah, hari ini Kak Ida menyantuni Program dan Perkhidmatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

LPPKN ini terletak di Taman Nusa Bestari.



Cenderahati dari LPPKN.

Kak Ida mewakili Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa (GIAT JB) bagi mendengar taklimat Program dan Perkhidmatan LPPKN yang sesuai untuk pertubuhan. Antaranya ialah Permohonan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan yang diperuntukkan untuk pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di eROS.

Selain itu, LPPKN turut menyediakan perkhidmatan untuk mamogram dan kanser serviks untuk kaum wanita. Ayuh, tahun ini, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk 8000 wanita.


Bersama kakak kesayangan yang mewakili Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KPSIJB).



Bergambar kenangan bersama Dr Salmi Jalina binti Jamil, Pengarah Negeri LPPKN Johor dan Puan Zakiah binti Mohd Noh, Pegawai LPPKN Johor.


Alhamdulillah, selesai. Ayuh pulang! 

 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my