Saturday, May 30, 2020

Has karya Aina dan Adilah

Sambil mengemas, ibu terjumpa satu lukisan.

Entahlah, rasa comel sangat bila ibu tengok lukisan ini hasil karya Aina dan Adilah. Cukup jujur dalam mengintrepretasikan perasaan.


Terima kasih Aina dan Adilah. 

Ibu simpan sebagai kenangan. 

Kebun mini teres kami

Semenjak kerajaan mengumumkan PKP, kami buat keputusan untuk aktif semula menanam pokok sayuran di belakang rumah. Ok, kami ada Page khas untuk bercerita tentang kebun mini teres kami.


Selain untuk menghabiskan masa yang ada, kami mahu aktiviti yang mendatangkan hasil. Jimat juga duit sayur. Harga sayur pun boleh tahan sekarang ini.


Alhamdulillah, di belakang rumah teres kami, sudah ada pokok kunyit, bayam brazil, ulam raja, sayur kacang panjang, pucuk ubi, pokok avocado dan lain-lain lagi.


Cukup untuk sekali masak. Selalunya pucuk ubi ini Kak Ida masak lemak atau pun dimakan bersama sambal pecal. Sedap aih...

Sementelah sepanjang PKP, Kak Ida kerap juga melayari dan membeli biji benih di Shopee untuk habiskan masa. Terapi diri juga. Hahaha...

Mata Kak Ida terpandangkan cendawan tiram yang dijual.

Sempat weh Kak Ida membeli empat botol cendawan tiram untuk menambah "koleksi". Harganya pun murah dan tidak susah ditanam.

... dan alhamdulillah, semalam, kami sudah mendapat makan hasilnya. Cendawan goreng.



Alhamdulillah, hari ini semakin menjadi-jadi cendawan tumbuh. Esok, boleh masak sayur campur ataupun tomyam.

Thursday, May 28, 2020

Unboxing parcel

Unboxing parcel yang sampai.

Maklumlah, promosi Syawal double best sedang berlangsung sekarang. Alhamdulillah, rezeki PKPK.



Kebetulan parcel sudah sampai, apa lagi, jom COD. Petang ini Kak Ida akan kerumah Sri Kenangan.


Jom berQASEH

Segmen Hari Raya by Ummi

Menyantuni ajakan blogger untuk join Segmen Raya by Ummi.


Nak menyertainya segmen ini sangat mudah. 

Hadiah-hadiah pun menarik. Segmen ini akan berlangsung sehingga 9 Jun 2020 ya kawan-kawan.

Jom kita join sekali. 

1 x pemenang
Duit raya RM5 + Produk kopi 3 in 1 haco swiss

2 x pemenang
Duit raya RM5 + Produk Caramel Latte Starbucks

3 x pemenang
Duit raya RM5

Bertabahlah ibu....

"Aina, tolong ambilkan parcel ibu..."

Jerit ibu memecah kesunyian taman. Maklumlah, nak tunggu Kak Ida yang bersiap, lagi lama posmen perlu menunggu. Kan?

Berlari-lari anak si Aina turun ke bawah. Aina memang suka betul bila ada orang yang menghantar barang.

Sambil itu, Kak Ida turun ke bawah juga. Iyelah, anak kecil yang mengambil barang. Sambil itu, Kak Ida memasang telinga di balik pintu.

Sempat juga ibu ambil gambar sebagai kenangan.


"Ibu mana?" 

"Ibu tidur. Eh, ibu ada kelas... eh bukan, ibu tengah buat kerja."

Tepuk dahi weh Kak Ida bila mendengar jawapan Aina. Tidur? Aduh... pukul berapa sekarang ni nak... Agagagaga...

"Siapa Ida Kamilia? Kakak ke mak?"

Aina blurrr nak menjawab. Nampak betul muka serba salahnya. Title mak bagi Aina adalah pengasuh. Tapi itulah, nak tahu juga jawapan Aina. 

Kak Ida pasang telinga lagi.

"Mmmmm... bukan maklah. Mak orang lain, Ida Kamilia ni ibu..." 

Mesti muka abang posmen itu pula yang blurrr...

Aduhai anak, terus pecah perut Kak Ida tergelak di belakang pintu. Bertuah punya anak.

Aina... Aina... 

Wednesday, May 27, 2020

New Norm | Kedai mamak

"Abang, jom minum teh..."

Ini adalah rutin yang Kak Ida terpaksa lupakan semenjak PKP dan PKPB dibuat bagi mengekang pandemik Covid 19.

Namun, semenjak kerajaan telah mengumumkan PKPB, baru semalam si dia berani membawa Kak Ida melepak di kedai mamak. Ya, tempat kebiasaan kami berbincang dan berborak.

Kedai ini tidak lengang. Namun penjarakan sosial itu perlu. 

Meja bertanda "X" perlu dikosongkan.


Ramai yang datang sekadar minum dan makan. Kemudian, terus beredar. Tidak seperti rutin yang dulu. Berborak dan melepak.

Separuh dari meja dan kerusi perlu dikosongkan.

New norm yang perlu kita adapt.

Begitu juga kami berdua. Seusai makan dan membayar, kami terus bergerak pulang. 

Tidak mahu berlama-lamaan kerana beri peluang yang lain pula. 


Sampai di kereta, tangan terus mencapai hand sanitizer. Syukur alhamdulillah.

#KitaJagaKita
#AllahJagaKita

Sarung kerusi vs Meja baru

Selagi boleh berjimat, Kak Ida akan berjimat. Lagi-lagi ketika kita semua sedang mengharungi pandemik Covid 19 ini. Pakar-pakar kewangan semua menyarankan perkara yang sama.

Berjimatlah.

Tetapi, melihat kerusi meja makan Kak Ida yang sudah mula terkoyak, hati ini syahdu juga. Walaupun tahun ini, tiada tetamu yang datang beraya, mata ini "tidak sedap mata memandang". Hahaha...

Jika membeli meja makan yang baru, harganya mesti mencecah ratusan ringgit.

Sedangkan, yang rosak hanya di kerusinya. Sudah mula koyak-koyak.


Tada... dapat idea beli sarung kerusi di Shopee.

Harganya jauh lebih murah berbanding kita menempah.

Beli sarung kerusi, sudah nampak seperti yang baru. Harga 6 helai sarung kerusi ini dibawah RM 50.00 (termasuk pos).


Jimat kan?

Tinggal tambahkan span atau bantal kecil untuk nampakkan lebih cantik. Kayuh perlahan-lahan dengan bajet yang ada.

Alhamdulillah. 

Sunday, May 24, 2020

Raya Coveid 2020

Syukur dengan kenangan semalam. #RayaPKP2020

#RayaCaraKami

Kami beraya dahulu dirumah sendiri. Siapkan "munjung". Bertukar juadah dengan jiran sebelah rumah. 

Buka takbir raya dari "abah". Syahdu dan sebak.

Seawal pagi, Kak Ida video call keluarga di Kuala Lumpur. Allahu, rindu betul haih. Mujur air mata syawal tidak mengalir. Huhuhu

Pukul 11 pagi, kami bersalaman dan bergambar kenangan bersama-sama. Semua memberikan kerjasama padu. Pesanan ibu mudah aje, "gambar raya ini ibu nak masuk blog." Hihihi





Video call kali kedua. Kali ini lebih formal kerana kami semua berbaju raya. 

Kak Ida singgah dirumah Wani di Pulai Jaya. Fuh, laksa sarawak dan kek lapis mencengkam jiwa. Padu sangat. Kami bertukar-tukar juadah. 


Seterusnya, kami bergerak ke rumah Kak Nor. Anak-anak mahu berjumpa dengan mak dan abah. Seronok sangat anak-anak.

Selepas Zohor, kami berkumpul dirumah Kak Ngah di Taman Timur. Tidak bersalam-salaman seperti biasa. Tetapi dapat berkumpul adik beradik juga sudah memadai. Rendang brunei, asam pedas ikan tenggiri, ayam masak merah, mee goreng dan pelbagai menu lagi terhidang di atas meja.






Video call kali ketiga sebab di Kuala Lumpur pun adik beradik akan berkumpul selepas Zohor. 

Selepas bergambar kenangan, Kak Ida ke rumah Teacher Gee pula. Allahu, berborak sakan kami. Sedar tak sedar, sudah pukul 6 petang. 

Belanja anak-anak menikmati McDonald di Jalan Skudai dan terus pulang ke rumah manis. 

Pesan pada anak, balik dari beraya mesti terus mandi. Syukur semua memahami.

Tabung emosi kami penuh walaupun kami beraya dengan penuh sederhana tetapi cukup meriah buat kami. 

Terima kasih si dia. Insya allah, bila Covid 19 ini reda, giliran Kak Ida pula bercuti panjang. 

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir dan Batin. 

Saturday, May 23, 2020

Pokok Lidah Mertua in the house

Sehari sebelum beraya, Kak Ida mengajak si dia ke nurseri untuk membeli pokok yang boleh ditanam di dalam rumah.

Entahlah, jatuh cinta betul dengan hiasan yang ada pokok-pokok hidup ini.

Sambil Google, alhamdulillah. Semua pokok yang Kak Ida mahukan ada disini.

Lidah mertua, peace lily dan lelabah. Aisyah pula request pokok kaktus. 


Lidah mertua ini berharga RM 13.00. Sampai dirumah, si dia pecahkan kepada dua pasu. Mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang khusus.



Pokok bunga ini pun cantik kan.


Nah, besar kan nurseri ini. Insya Allah, semua ada dalam satu tempat. 

Kami juga sempat membeli beberapa plastik tanah. Memang terapi sangat. 

Terima kasih si dia. Yeayy...

Thursday, May 21, 2020

New Norm | Bekerja dari rumah

Antara new norm Kak Ida sepanjang PKPB adalah perlu bekerja dari rumah.

Alhamdulillah, satu bentuk kesyukuran bila Kak Ida terpilih bekerja dari rumah. Menjaga anak-anak kerana taska dan tadika masih belum dibuka lagi.

Bergilir-gilir dengan si dia juga. Ada harinya Kak Ida perlu naik ke pejabat bagi memenuhi kuota kakitangan yang perlu hadir ke pejabat.

Bekerja dengan anak dirumah agak mencabar. Lebih-lebih bila anak dirumah. Setiap sela masa bertanyakan ibu sudah habis kerja ke belum. Mmm...

Selain itu, kerja thru remote desk membuatkan screen menjadi lebih kecil. Memang agak bertabah terutama jika melibatkan nombor. 6 seperti 8, 8 seperti 9. Hahaha...

Berbanding bisnes dan belajar, Kak Ida lebih banyak menggunakan handphone berbanding bekerja Kak Ida perlu menggunakan desktop.

Masa juga mudah diurus (fleksibel).

Namun, pengalaman ini cukup mahal bagi Kak Ida. Alhamdulillah.

Wednesday, May 20, 2020

Misi Perintah Kawalan Pergerakan | Mengecat bilik anak

#MisiTakBalikRayaSempenaPKP

Perghh... hashtag tak menahan. Hahaha

Alhamdulillah, kami ambil kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengemas bilik anak-anak. Alang-alang banyak masa kerana dalam tempoh PKP, kami sudah beransur-ansur mengemas.

Mengenangkan kita juga dalam musim berjimat-cermat, kami membuat keputusan untuk mengecat dinding dengan warna putih sahaja. Tidaklah kecewa jika anak menconteng dinding lagi. Mudah untuk dijaga dan dibersihkan.

Sebelum mengecat, Kak Ida ambil dulu gambar sebagai kenangan.
Penuh hasil kreativiti anak-anak. Mereka menterjemahkan di dinding. "Kanvas" yang cukup luas untuk diconteng. Paling banyak yang dilukis adalah bentuk hati. 



Tidak sabar menunggu hasilnya.

Tadaa... inilah hasilnya.


Lebih luas selepas disusun.

Monday, May 18, 2020

Selepas 62 hari

Pertama kali dalam tempoh 62 hari kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, Aina dan Ammar keluar dari dari rumah.

Menyantuni temujanji terapi di Hospital Permai. Sepanjang musim PKP ini, tempoh terapi terpaksa dipendekkan. Hanya setengah jam untuk seorang. Bilik terapi juga tidak boleh dikongsi.


Kedatangan dan rekod kesihatan pelawat perlu diisi. Sebelum itu, anak-anak akan diajar cara menggunakan hand sanitizer yang disediakan di pintu masuk bilik terapi.




Mask juga wajib dipakai ya. New normal yang perlu anak-anak patuhi. Bukan hanya di hospital, tetapi perlu bila kaki melangkah keluar.

Lagi-lagi mereka dikategorikan "kanak-kanak" di bawah usia 12 tahun. Risiko mereka amatlah tinggi. Di Johor Bahru sahaja, peratusan kanak-kanak yang terkena jangkitan covid mencecah 46 orang, Negeri Sembilan (48), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) dan Sabah (26).

Ya Allah, jagalah mereka untukku. 

Promo Grab Kurnia Insurance

Hai semua.
Minggu lepas kami ke Kurnia Insurance. Walaupun masih dalam perintah kawalan pergerakan, insurance kereta tetap perlu dihidupkan. 

Road tax dan lesen sahaja boleh ditangguhkan. Maksudnya, kita boleh buat selesai tamatnya PKPB.

Petang semalam, Kak Ida dapat satu SMS. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Kak Ida dapat RM 200.00 untuk promo Grab. 


Besar jumlahnya untuk keluarga kecil kami.

Pagi ini, dapatlah Kak Ida belanja anak-anak di Old Town Coffee. 


Berbaloi sangat-sangat. Tarikh luputnya pun sehingga bulan November 2020.

Terima kasih Kurnia Insurance. 


Sunday, May 17, 2020

New Norm

Hari pertama bekerja selepas PKP.

Hampir dua bulan Kak Ida #StayAtHome. Hari ini giliran Kak Ida ke pejabat bagi memenuhi kuota 30% kakitangan ke pejabat.

Memang kekok. Maklumlah, rutin harian ditinggalkan agak lama. Kereta memang sudah lama tidak bersentuh. Termenung sekejap Kak Ida dibuatnya.

Jalan ke pejabat sangatlah lengang. Sekolah masih belum dibuka. Jadi, perjalanan dari satu jam hanya mengambil masa 15 minit sahaja. 

Sampai di pintu Blok A Wisma Persekutuan, guard mengambil suhu sebelum masuk ke bangunan. Lif juga hanya boleh memuatkan 4 orang dalam satu-satu masa. Wah, memang new norm betul.

Eh, jangan lupa pakai mask. Huhuhu...

Di pejabat, Kak Ida mengisi buku kehadiran. Menuju ke meja, Kak Ida menarik nafas panjang.

Seribu satu perasaan tiba-tiba datang. Ya, inilah yang kita akan hadap pada hari-hari mendatang. 

Sebelum memegang sesuatu, pastikan gunakan hand sanitizer. Perlu biasakan yang tidak biasa. 

Mujur sebelum PKP, Kak Ida sempat mengemas meja pejabat. Keadaan masih kekal sama. Terus tangan mencapai sehelai tisu basah dan Kak mengelap habuk yang ada. 

Hari ini, Kak Ida cuma fokuskan kerja tertunggak yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Malam tadi, Kak Ida sudah siapkan list to do. Alhamdulillah, satu-satu list to do berjaya digaris. Yeayyy...

Sepanjang PKPB, Kak Ida hanya perlu bekerja 8 pagi - 3 petang. Masa yang ada, kita gunakan sebaik mungkin. 

Tepat jam 3 petang, Kak Ida bersiap untuk pulang. Si dia sempat berpesan, pastikan balik terus mandi sebelum berjumpa anak-anak.

Alhamdulillah.

Hari pertama new norm. Walaupun ada kalanya agak janggal. Hahaha...

Takpelah, take a time. Insya Allah, Covid 19 ini akan berakhir. 



Friday, May 15, 2020

JUPEM Talk | Penggunaan Teknologi LiDAR Dalam Pemetaan

JUPEM dengan kerjasama RISM akan mengadakan JUPEM Talk-Penggunaan Teknologi LiDAR Dalam Pemetaan  secara #FBLIVE yang akan disampaikan oleh Sr Hazri bin Hassan, SME Pemetaan Light Detection and Ranging (LiDAR) / Synthetic Aperture Radar (SAR) pada ketetapan berikut:


19 Mei 2020 (Selasa) bersamaan 26 Ramadan 1441H
10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Kediaman masing-masing

Program ini terbuka kepada semua dan tarikh pendaftaran adalah bermula sekarang sehingga tamat sesi talk.

🔗 Pautan Facebook JUPEM: https://fb.com/jupemKeTSA

🔗 Pautan Pendaftaran:

🔗 Pautan ke Borang Penilaian:

Thursday, May 14, 2020

Jasa tuan akan dikenang

Tahun ini Kak Ida tidak beraya di Kuala Lumpur.

Mematuhi arahan tidak boleh merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Walaupun hati ini cukup berat untuk menerimanya, Kak Ida perlu kuat.

Walaupun tidak boleh pulang beraya, Kak Ida tetap cuba untuk mendapatkan daging rusa untuk mama. Mujur semuanya dihujung jari.

Alhamdulillah, Allah rezekikan Kak Ida untuk bermuamalat. Sebelum itu, Kak Ida tanyakan dulu jika seller ini ada runner yang boleh menghantar daging rusa ke rumah mama.

Syukur alhamdulillah, ada runner yang sudi mengambil job ini. Mengambil tempoh 45 minit perjalanan, Kak Ida boleh bayangkan jauh juga perjalanan yang perlu diharung. Huhuhu...

Kak Ida tidak pernah mengenali lelaki ini. Tetapi Allah hadirkan dia.

Dia sudi membantu Kak Ida tanpa mengambil duit terlebih dahulu. Semuanya atas dasar kepercayaan 100%.

Beliau dahulukan duit dan hantar dengan selamatnya sehingga ke depan pintu.

Melihat gambar mama yang tersenyum gembira bila menerima daging rusa membuatkan hati Kak Ida terus berbunga-bunga.


Terima kasih tuan yang baik. Terima kasih.

Akan Kak Ida kenang jasa tuan

Wednesday, May 13, 2020

Misi tak balik kampung | Kemas Dapur

Hai semua.

Buat apa tu? Ok, hari ini Kak Ida dan si dia plan untuk mengemas dapur. #MisiTakBalikRaya.

Gituw...

Alhamdulillah, barang yang kami order dari Shopee sudah selamat tiba. Kali ini, kami berdua fokus tentang organizer.

Jadi, banyaklah barang yang kami beli adalah storage di dalam peti ais, alas dan lain-lain lagi. 

Disebabkan ruang kabinet yang kecil, kami tidak banyak mengumpul pinggan mangkuk. Cukup sekadar dua set. Satu bila ada tetamu datang, dan satu lagi untuk kegunaan harian.

Kami susun atur semula rak rempah. Rak itu kami tampal didinding untuk lebihkan ruang. Kami beli di DIY sahaja.



Inilah sink kami dan tempat susun atur kuali. 


Buku-buku bahan masakan kami susun semula. Lap habuk dan kami banyak buang hiasan yang tidak perlu.


Kami juga menyusun atur stok makanan kering didalam kabinet. Alhamdulillah, puas hati betul bila melihat hasilnya.


Inilah ruang dalam peti ais kami. Bekas itu kami beli di Shopee. Nampak kemas dan teratur. Sebenarnya, peti ais kena tengok seminggu sekali. Banyak makanan yang tersimpan yang kita tidak makan. Betul?

Ok semua, nampaknya bahagian dapur sudah siap disusun.

Selepas ini, kami mahu fokuskan bilik anak-anak pula. Stay tuned.

Friday, May 8, 2020

JUPEM Talk | Geodesy 101

JUPEM Talk - GEODESY 101 yang akan disampaikan oleh Sr Dr. Muhammad Asyran bin Che Amat (SME Satelit Geodetik (GPS)) akan diadakan secara #FBLIVE pada 


12 Mei 2020 (Selasa) bersamaan 19 Ramadan 1441 H 
2.30 hingga 4.30 petang. 
Kediaman masing-masing.

Program ini terbuka kepada semua dan tarikh pendaftaran adalah bermula sekarang sehingga tamat sesi talk.

🔗 Pautan Facebook JUPEM: https://fb.com/jupemKeTSA

🔗 Pautan Pendaftaran:

🔗 Pautan ke Borang Penilaian:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my