Showing posts with label GIAT. Show all posts
Showing posts with label GIAT. Show all posts

Monday, July 15, 2024

PSG 2024: Jom Bantu Anak Dislexia Belajar

Salam GIAT

Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group 2024 seperti berikut:

JOM BANTU ANAK DYSLEXIA
Tarikh : 27.07.2024 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.
Bayaran: GIAT RM 10
Link pendaftaran: https://bit.ly/3zFKTXf



Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
Ida 016558504
GIAT 0196869324
Mohon HEBAHAN.
Terima kasih

Thursday, April 18, 2024

PSG GIAT | Menyantuni Anak-anak Istimewa di Musim Perayaan (Persediaan Buat Ibu Bapa, Anak dan Komuniti)

Salam GIAT



Pertubuhan GIAT dengan kerjasama Persatuan Kanak-kanak Autistik Islam Johor Bahru (PKAIJB) akan menganjurkan Parents Support Group 3/2024 sempena Bulan Kesedaran Autisme 2024 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti berikut:

Menyantuni Anak-anak Istimewa di Musim Perayaan (Persediaan Buat Ibu Bapa, Anak dan Komuniti)

Tarikh : 27.04.2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.

Tiada bayaran dikenakan.

Link pendaftaran: https://bit.ly/43ZtTpO

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
Zida 0162339340
Masni 0197205105
GIAT 0196869324

Mohon HEBAHAN.

Terima kasih 

Tuesday, January 23, 2024

Bengkel Decoupage Jutbag

Alhamdulillah, Allah izinkan ia dirancang. Semoga setiap yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin.
Nah,
Memang rezeki anak-anak GIAT. 

*******
Salam GIAT

Pertubuhan GIAT dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Skuad Serikandi Johor (JSS) akan menganjurkan Parents Support Group 1/2024 seperti berikut:

Bengkel Decoupage Jutbag

Penceramah : Puan Zalina, Pengajar (JSS)

Tarikh : 03.02.2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi.
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.

Bayaran adalah untuk setiap penyertaan: RM 20.00/Ahli GIAT & RM30.00/Bukan Ahli 

Link pendaftaran: https://bit.ly/3u8MPor

Maybank : 1516 2308 0042 (NORZIDA MOHD GHULAM)

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
☎️ Ida 0196558504
☎️ Izzati 0137443322
☎️ GIAT 0196869324

Tempat TERHAD untuk 20 orang peserta sahaja.

Keutamaan diberikan kepada yang telah membuat pembayaran.

Mohon HEBAHAN.

Terima kasih.

Sunday, January 7, 2024

Taklimat Program dan Perkhidmatan LPPKN

Salam bloggers,

Taklimat pertama bagi Tahun 2024. Alhamdulillah, hari ini Kak Ida menyantuni Program dan Perkhidmatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

LPPKN ini terletak di Taman Nusa Bestari.



Cenderahati dari LPPKN.

Kak Ida mewakili Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa (GIAT JB) bagi mendengar taklimat Program dan Perkhidmatan LPPKN yang sesuai untuk pertubuhan. Antaranya ialah Permohonan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan yang diperuntukkan untuk pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di eROS.

Selain itu, LPPKN turut menyediakan perkhidmatan untuk mamogram dan kanser serviks untuk kaum wanita. Ayuh, tahun ini, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk 8000 wanita.


Bersama kakak kesayangan yang mewakili Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KPSIJB).



Bergambar kenangan bersama Dr Salmi Jalina binti Jamil, Pengarah Negeri LPPKN Johor dan Puan Zakiah binti Mohd Noh, Pegawai LPPKN Johor.


Alhamdulillah, selesai. Ayuh pulang! 

 

Saturday, August 12, 2023

Art Therapy Session: Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu

Alhamdulillah,

Hari ini menyantuni Parent Support Group (PSG) Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa GIATJB untuk kali ke-4 bagi tahun 2023. 

Tajuk PSG kali ini adalah Art Therapy Session: Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu bertempat di Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai, Johor Bahru.


Alhamdulillah, anak-anak mahu join program seni ini. Bayaran yang dikenakan adalah RM 20 untuk satu keluarga. 

Terdapat pelbagai kelebihan Terapi Seni ini terutama untuk anak-anak istimewa. Antaranya adalah:

- Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar,
- Meluahkan perasaan,
- Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti,
- Menguatkan daya imaginasi,
- Menguatkan motor kasar dan motor halus,
- Memperkembangkan bakat sedia ada, dan
- Menghayati nilai seni.

Cikgu Bayu merupakan Pengajar Kelas Seni Visual, Galeri Seni Johor di Yayasan Warisan Johor.

GIATJB berbesar hati apabila Cikgu Bayu sudi menerima lamaran kami untuk berkongsi terapi seni bersama-sama anak istimewa ini. Alhamdulillah.



Seni dalam kolaj.


Terima kasih si dia kerana membantu anak-anak. 





Anak-anak bergambar kenang-kenangan bersama Cikgu Bayu dengan hasil lukisan yang telah dibuat. Tahniah anak-anak. 

Semoga dengan perkongsian yang dibuat dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan dikongsi bersama yang lain. Insya Allah.

 

Friday, July 28, 2023

Art Therapy Session : Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu

Salam GIAT

Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group 4/2023 seperti berikut:

ART THERAPY SESSION : Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu


Penceramah : Cikgu Rosita/Bayu, Pengajar Kelas Seni Visual, Galeri Seni Johor, Yayasan Warisan Johor.

Tarikh : 12.08.2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.
Bayaran adalah untuk setiap penyertaan: RM 20.00/keluarga

Link pendaftaran: http://bitly.ws/PkoA

Bank Islam : 0104-10100-39570 (PERTUBUHAN IBUBAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA JB)

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:

☎️ Izzati 0137443322
☎️ Ida 0196558504
☎️ Zida 0162339340

Tempat TERHAD untuk 20 keluarga sahaja.

Keutamaan diberikan kepada yang telah membuat pembayaran.

Mohon HEBAHAN.

Terima kasih.

Friday, July 7, 2023

Sensory Camp 2023

Another Sensory Camp.

Kali ini melibatkan sekolah-sekolah di bawah Zon Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Rupa-rupanya, terdapat 22 sekolah yang mempunyai PPKI.

Satu jumlah yang banyak.

Ok, kali ini Kak Ida ditugaskan menjadi salah seorang Jawatankuasa Pelaksana dari Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa Johor Bahru (GIATJB). 

Alhamdulillah, minggu ini Kak Ida telah mula membeli barang-barang keperluan sensori yang dibantu oleh Puan Nurhidayah dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILLKM).

Yeay, barang pertama yang telah sampai semalam iaitu cone dan yoga blocks. 

Insya Allah, Kak Ida akan kongsikan program ini dari semasa ke semasa. 

Doakan team Kak Ida ya. 

Wednesday, June 14, 2023

Majlis Anugerah Anjakan Paradigma Anak-Anak Istimewa GIATJB

Salam GIAT

Pertubuhan Ibubapa Anak-Anak Istimewa Johor Bahru (GIAT JB) akan meraikan anak-anak istimewa GIAT di dalam Majlis Anugerah Anjakan Paradigma Anak-Anak Istimewa GIAT sekali lagi pada Tahun 2023.

Anugerah ini diberikan kepada anak-anak istimewa ahli GIAT yang telah berjaya membuat pencapaian dalam mana-mana bidang sepanjang tahun Mac 2021- Mac 2023 sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan GIAT yang akan diadakan pada 8 Julai 2023.

Pendaftaran dan kriteria kelayakan: bit.ly/3NAOjz3

Tarikh akhir penyertaan: 30 Jun 2023

Pertanyaan, hubungi / whatsapp: IZZATI 0137443322 / MASNI 0197205105 / GIAT 0196869324



Monday, April 3, 2023

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autism

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autism yang disambut pada 2 April setiap tahun.

Kak Ida tujukan kepada ibubapa yang mempunyai anak autistik.

"Autism bukan kekurangan, tetapi perbezaan."



Friday, March 3, 2023

Santai GIAT | Sea Intervention and Rehabilitation Centre dan Sea Skills Sdn. Bhd.

Alhamdulillah,

Program terbaru hasil mesyuarat AJK Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa 1/2023 ini akhirnya berjalan seperti yang dirancang.

Santai GIAT kali ini ke Sea Intervention and Rehabilitation Centre dan Sea Skills Sdn. Bhd.

Program ini bertujuan untuk meninjau program-program yang ditawarkan untuk anak-anak istimewa di Johor Bahru khususnya untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada ibubapa yang mahu menghantar anak-anak ke Pusat Intervensi yang ada.

Kak Ida bertolak dari pejabat tepat jam 1.00 petang. Melihat Waze, ianya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke Bandar Dato Onn. 

Alhamdulillah, Kak Ida sampai setengah jam kemudian dan terus membuat panggilan kepada Teacher Gee sama ada anak-anak sudah sampai ke Masjid Bandar Dato Onn ke belum untuk mengambil mereka bertiga. 

Selepas mengambil anak-anak, Kak Ida terus menuju ke Sea Intervention and Rehabilitation Centre yang terletak lebih kurang 200 meter dari Masjid Bandar Dato Onn.

Kami disambut mesra oleh pengurus SEA. 

Disini, Kak Ida kongsikan 





Alhamdulillah, program ini selesai dalam jam 4.30 petang. Masa untuk kami bergerak pulang. Terima kasih Sea Intervention and Rehabilitation Centre atas kesudian menerima kehadiran kami.



Friday, February 3, 2023

PSG GIAT 1/2023 | Sokongan Pekerjaan Untuk Anak-anak Berkeperluan Khas

Salam GIAT,


Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group 1/2023 seperti berikut:

SOKONGAN PEKERJAAN UNTUK ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS

Penceramah : Puan Noor Fadhilah binti Tohiran, Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Program Sokongan Pekerjaan Hospital Permai.

Tarikh : 11.02.2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi.
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.
Bayaran adalah untuk setiap penyertaan: RM 20.00/Peserta (Ahli GIAT RM 10.00)

Link pendaftaran: DISINI

Bank Islam : 0104-10100-39570 (PERTUBUHAN IBUBAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA JB)

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
Ida 0196558504
Masni 0197205105
Zida 0162339340

Tempat TERHAD untuk 50 orang peserta sahaja.

Keutamaan diberikan kepada yang telah membuat pembayaran.

Mohon HEBAHAN.

Terima kasih.

Tuesday, January 17, 2023

Buddy Walk: You're not alone

It's a day!

Buddy Walk: You're not alone anjuran sekumpulan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Kursus Kokurikulum Budi Penyayang dengan kerjasama Pertubuhan Ibubapa Anak-anak Istimewa (GIAT) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kak Ida sampai di Hutan Bandar Mutiara Rini selepas menghantar Aisyah bersekolah agama. Happy Birthday Cikgu Azmi. 


Ucapan kata-kata Aluan oleh Dr Shahabuddin yang mewakili Pengerusi GIAT.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.



Bergambar kenangan bersama peserta sebelum aktiviti senamrobik dijalankan.


... bersama Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


... bersama Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Kursus Kokurikulum Budi Penyayang.


My team! Pertubuhan Ibubapa Anak-anak Istimewa Johor Bahru.


Sesi panaskan badan sebelum flag off! Ada enam aktiviti (checkpoint) yang perlu anak-anak istimewa ini selesaikan sambil dibantu oleh pelajar UTM dan ILKKM. 



Ibu take five sekejap.


Tahniah anak-anak. You did it!


Alhamdulillah, GIAT akan meneruskan jalinan kerjasama kepada badan korporat yang mahu berkerjasama dengan kami. Insya-Allah.

 

Saturday, January 7, 2023

Buddy Walk : You're not alone

Salam GIAT.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pertubuhan GIAT akan menganjurkan program seperti berikut:

BUDDY WALK : YOU'RE NOT ALONE

Tarikh : 14.01.2023 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Hutan Bandar, Mutiara Rini.
Link Pendaftaran: http://bit.ly/3WQMjES

Bayaran adalah untuk setiap penyertaan: RM 10/peserta

Bank Islam : 0104-10100-39570 (PERTUBUHAN IBUBAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA JB)

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
Ida 0196558504
Masni 0197205105
Zida 0162339340

Tempat TERHAD untuk 20 orang peserta sahaja.

Keutamaan diberikan kepada yang telah membuat pembayaran.

Mohon HEBAHAN.

Terima kasih.


Sunday, December 18, 2022

Toilet Training : Beyond The Basic

Pagi ini menyantuni Parenting Program: Training Toilet (Beyond The Basic) di Bilik Ixora, Hospital Permai.
Program ini adalah jalinan kerjasama antara Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa serta Pelajar Separuh Masa Sarjana Muda Pemulihan Carakerja dari UiTM Puncak Alam.

Alhamdulillah, seramai 25 ibubapa telah hadir ke program ini. Kak Ida mewakili Pengerusi GIAT, Dr Ahmad Safawi bin Mokhtar untuk memberi kata-kata aluan kepada para ibubapa.

Banyak perkongsian dibuat dari barisan speaker seperti jadual ke tandas, visual picture dan menangani behavior anak-anak.

Dalam masa senggang yang ada, Kak Ida berkesempatan berbincang dengan AJK untuk program yang dirancang pada bulan Januari nanti.

Ada juga sesi Q & A bersama Puan Hidayah Ibrahim Doyek yang memberi perkongsian dan menjawab persoalan dari ibubapa dari sudut pandang Occupational Therapy. 

Majlis diakhiri dengan sesi cenderahati dan bergambar kenang-kenangan bersama barisan speaker dan ibubapa.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pagi ini. 

Besar harapan Kak Ida semoga program ini dapat memberi manfaat kepada ibubapa dalam menguruskan anak-anak berkeperluan khas ini.

Insya Allah.

Junpa kita di next posting. Tata 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my