Friday, September 28, 2018

Orchid Carnival and Sale

Iskandar Puteri membawa satu program Orchid Carnival and Sale bertempat di Sireh Park, Johor Bahru.

Program selama seminggu yang bermula dari 28 September sehingga 7 Oktober.

Jemput hadir.


Homeschool | Making Pizza

Hari ini Kak Ida menyantuni satu lagi program homeschool anak-anak dengan tajuk Making Pizza, di Domino's Pizza Taman Sri Pulai Perdana 2.

Seawal pagi anak-anak sudah bangun dan mereka cukup bersemangat dengan program yang telah ibu susun.

Seawal 9.00 pagi Kak Ida sekeluarga telah sampai. Penganjur program kali ini adalah dari Arkidtech.



Seronok tengok gelagat anak-anak yang tidak sabar menghasilkan pizza sendiri.


Terima kasih si dia, kerana sentiasa menyokong aktiviti yang melibatkan anak-anak. Hugs and love you so much! (ehem...)


Sebelum masuk dapur, anak-anak perlu memakai topi untuk menutup kepala. Kebersihan POKOK utama dalam pemprosesan makanan ya anak-anak.




Tempat pertama yang kami masuk adalah bilik penyimpanan doh pizza, sayur dan stok makanan basah. Kus semangat. Sejuk weh bilik ini. Menurut kata pengurus Domino's Pizza, suhu bilik ini mencecah suhu 3 darjah celcius.


Seterusnya kami ke tempat penyediaan pizza. Nampak serbuk berwarna kuning tu... haa... itulah tepung jagung.



Anak-anak dipecahkan kepada tiga kumpulan memandangkan dapur agak kecil. 


Sos diletakkan di atas doh pizza yang telah dileperkan dan digaul bersama dengan tepung jagung.



Kemudian, anak-anak menyusun kepingan ayam atau daging diatas sos tersebut.

Paling menggugat selera Kak Ida adalah cheese! Kus semangat....



Excited betul Adilah dan anak-anak menyusun atur pizza masing-masing.


Selepas itu, kita masukkan dalam oven untuk dibakar. Tempoh membakar pizza adalah lebih kurang 8 minit. Menurut kata pengurus Domino's Pizza, sekeping pizza mesti siap dalam tempoh 15 minit (termasuk sekali pengiraan bagi delivery untuk memastikan pizza kekal panas ketika sampai di tangan pelanggan). Memang wow!



Tadaa.... pizza yang telah siap dibakar.


Pizza dimasukkan ke dalam kotak.


Sambil menunggu pizza dibakar, anak-anak menghabiskan masa membuat satu lagi aktiviti iaitu simulasi membuat pizza.



Pizza Aisyah.


Pizza Aina.


Pizza Ammar.


Pizza Adilah.


Inilah kakak pizza yang membawa kami road tour di situ. Terima kasih dik kerana sudi membawa kami disitu.

Wednesday, September 26, 2018

Kursus Pemantapan AKRAB Zon Selatan

Hari ini Kak Ida menyambung kursus selama dua hari di sini pula. 

Kursus Pemantapan AKRAB Zon Selatan kali ini di Bangunan Dato' Muhamad Salleh Perang di Nusajaya, Johor Bahru.


Kita check-in dulu. Hihihi


Bestnya berkursus selain menambah ilmu, Kak Ida dapat berjumpa dengan orang yang hebat. Mereka mempunyai pengalaman luas dalam AKRAB untuk bertukar-tukar pandangan dan idea.


Hari ini Kak Ida belajar terapi muzik dan terapi menggunakan aromaterapi.

Memang speechless bila Kak Ida belajar tentang terapi ini. 

Muzik mana yang sesuai digunakan untuk meredakan stress, rehat, soothing, dan lain-lain lagi. 


Di dalam kotak ini, ada 10 jenis aromaterapi yang digunakan didalam terapi. Paling menarik perhatian Kak Ida adalah bauan floral seperti lavender, white rose dan water lily.

Tuesday, September 25, 2018

Travelog Psikologi Zon Selatan

Semalam Kak Ida menyantuni Travelog Psikologi Zon Selatan anjuran Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi Tahun 2018 di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor Bahru.

Pertama kali sebenarnya Kak Ida menghadiri program AKRAB di Zon Selatan.


Program yang memakan masa sehari ini berkongsi tentang Keluarga vs Kerjaya dan Ketahui Hak Anda serta Hindari Gangguan Seksual di Tempat Kerja.



Paling menarik perhatian Kak Ida di travelog ini adalah kuiz berkaitan personaliti (Inventori Personaliti Sidek). Kita perlu menjawab sebanyak 160 soalan yang menyentuh tentang diri.

Selepas menjawab ujian tersebut, kita perlu berjumpa pakar psikologi untuk beliau menerangkan personaliti yang berkait rapat dengan kita.



Menyambung slot pada waktu petang adalah Teknik-teknik Penetapan Minda dan Budaya Kerja Cemerlang berdasarkan Pendekatan Psikologi yang disampaikan oleh Dr. Mohd Nur Al-Sufi bin Romele.

Tujuh resipi kejayaan adalah:-
+ Fokus
+ Pantas
+ Pakar
+ Yakin
+ Berani
+ Bersungguh-sungguh
+ Konsisten



Bersama Encik Petra.


Alhamdulillah, travelog ini tamat jam 4.30 petang. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan.


Friday, September 21, 2018

Majlis Makan Malam sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susuibu Sedunia

Majlis 4th National Breastfeeding Support Group Convention Tahun 2018 diteruskan dengan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Menariknya, majlis makan malam ini bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kak Ida datang bersama Kak Haya dan Nad. Kami sampai di PICC lebih kurang jam 7.30 malam.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...