Friday, September 7, 2018

Homeschool | Precious Seedling Hutan Bandar MBIP

Alhamdulillah,

Minggu bercuti panjang sudah bermula. Sambung-menyambung dengan cuti kelepasan umum. Pada perancangan awal, Kak Ida merancang untuk bercuti di Ipoh. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Ada urusan kerja disaat-saat akhir yang membuatkan semua perancangan terpaksa dibatalkan.

Ada hikmah yang tersembunyi.


Tidak mahu bersedih lama, Kak Ida menyusun semula jadual. Alhamdulillah. Terima kasih semua mama-mama awesome!

Hari Jumaat, Kak Ida attend program aktiviti "Precious Seedling" oleh mamijie. Yeay, punyalah excited anak-beranak (terutama Kak Ida). Hahaha.

Kami sempat COD tiga buah rumah sebelum ke Hutan Bandar Iskandar Puteri (MBIP).

Seawal jam 10.00 pagi kami telah berkumpul di kedai sewa basikal sementara menunggu mommies lain sampai. 

... dan seperti biasa, Kak Ida akan selfie sekeping gambar untuk check-in. Kah!


Lama tak jumpa mommies awesome ini. 



Ya, setelah semua ada, kami mula bergerak mencari kawasan untuk camping. Ya Tuhan, pertama kali sebenarnya Kak Ida menjelajah Hutan Bandar MBIP ini. Selalunya, kami hanya di depan bermain playground sahaja. 




"Kenapa daun kering?" Tanya mamijie. 

"Daun tidak dapat menyerap dengan baik hasil mineral dalam tanah." Good job Aisyah.


Ini busut.


Kami sudah berjumpa "port" yang sesuai untuk memasang khemah.


Cuaca tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. Alhamdulillah, cuaca sangat baik di pagi Jumaat.



Sesi ice breaking oleh mamijie. "Saya Aina... Haiiiiii". Berbanding dengan Aisyah, Aina memang sentiasa "excited" dan "energetic". 

Ammar? Ammar hanya tunjukkan fire engine di bajunya pada mamijie. Ngeh ngeh ngeh. 

Seronok tengok muka anak-anak ketika sesi ice breaking. Mana yang malu-malu, terperosok dalam pelukan ibu. Ada yang bercakap tetapi seperti tiada suara. Hihihi

Sesi ini bagi memupuk sifat keyakinan dalam diri. Good job kids



Sesi bekerjasama memasang khemah.

Si dia berkongsi dengan anak-anak, sebelum memasang khemah, kita kena tengok dahulu keadaan sekeliling dulu. Sama ada khemah berada di kawasan selamat atau tidak. Selain itu, kita kena tengok juga arah angin untuk pastikan khemah kekal "kembang".





Seterusnya, sesi story telling by mamijie. Ada homework ya anak-anak. Dengar betul-betul apa mamijie bercerita.

Apa yang benih perlukan untuk hidup?
"Air... tanah..." Allahu, bijak-bijak belaka anak-anak ini menjawab soalan dari mamijie.



Mak-mak pun sama menekun mendengar cerita mamijie. 



Kemudian, aktiviti anak-anak diteruskan dengan menyusun proses perkembangan biji benih.

Kan ibu dah cakap, ada homework ya anak-anak. 

Anak-anak diberi sekeping kertas hitam, gam dan gambar proses perkembangan biji benih. Tugas anak-anak adalah untuk menyusun mengikut susunan yang betul. Dari biji benih ke akar, kemudian benih akan mengeluarkan pucuk dan akhirnya menjadi sebatang pokok. 

Memang wow. 




Team anak Kak Ida dipanggil "boys and girls". Hahaha



Tadi mamijie dah story telling kan? Haa... sekarang anak-anak kena bercerita semula untuk mamijie. Cer cerita, cer cerita... 

Aktiviti seterusnya adalah amali. Dalam group, memang mamijie sudah pesan untuk membawa bekas. Kak Ida buat keputusan untuk recycle semula bekas botol susu untuk amali pagi ini. 

Kami kemudiannya dibekalkan dengan kapas, air dan biji kacang hijau.

Anak-anak belajar memasukkan kapas dalam botol susu, kemudian letakkan sedikit air untuk melembapkan kapas dan susun biji benih dalam bekas. 

Yeay, anak-anak berjaya buat dengan baik. 




"Ini Ailah punya..." Hehehe



Sebelum bersurai, tidak sah untuk Kak Ida tidak mengambil gambar bersama mommies hebat sebagai kenangan. 


Alhamdulillah, selesai akhirnya aktiviti Precious Seedling di Hutan Bandar MBIP. Insya-Allah, esok Kak Ida bersambung lagi.

Tata.




1 comment:

  1. Assalamualaikum
    Puan bagaimana saya nak tahu mengenai program homeschool ni.saya berminat nak bawa anak-anak

    ReplyDelete

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my