Friday, September 14, 2018

MAKNA | Program Saringan Bergerak Kanser Payudara

Terbaca status adik manis facebook tentang Program Saringan Bergerak Kanser Payudara (mamogram) bertempat di Mydin Mall, Taman Rinting.



Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 12-15 September 2018.

Jadi, pagi ini Kak Ida menelefon Kak Zulhaya Marzuki untuk bertanya sama ada beliau mempunyai kesempatan masa untuk menemani Kak Ida kesini.

Kami bergerak jam 10.45 pagi. Perjalanan memakan masa setengah jam kami penuhi dengan bertanya khabar dan perbualan kosong.

Alhamdulillah, jalan lancar.



Program dimulakan dengan sesi pendaftaran.

Kak Ida hanya melakukan pemeriksaan payudara sahaja. Ini kerana mammogram dikhaskan untuk wanita yang berumur 40 tahun ke atas, tidak mengandung, pemeriksaan mammogram terdahulu selepas tempoh dua tahun dan warganegara Malaysia.


Disitu juga ada diletakkan pamplet. Kak Ida dimaklumkan, jumlah jenis-jenis kanser adalah melebihi 200 jenis. Allahu.


Check-in dengan kakak manis ini dahulu.






Ruang pameran juga ada disitu. Banyak juga sukarelawan berkongsi info-info tentang kanser.


Kemudian, nama Kak Ida dipanggil untuk masuk ke jentera lori MAKNA ini. 

Payudara diperiksa oleh sukarelawan MAKNA sambil beliau menerangkan bagaimana memeriksa dengan betul.

Sebenarnya, kita kaum wanita digalakkan membuat pemeriksaan berkala tentang payudara selepas hari ketujuh hingga hari kesepuluh kita datang bulan (period).

Letakkan tangan dibelakang dan pusing jari kita secara berputar-putar sehingga ke ketiak.

Kak Ida juga difahamkan, ketulan itu tidak bergerak. 

Picit puting payudara untuk memastikan tiada nanah atau darah yang keluar. 

Kalau ada, sila berjumpa doktor dengan segera. 

Memang menggerunkan kerana kanser payudara adalah kanser yang paling kerap dialami oleh kaum wanita.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my