Friday, September 14, 2018

Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor Darul Takzim

Selepas program MAKNA di Mydin Mall, Taman Rinting, kami menyantuni satu lagi program yang tidak kurang menariknya iaitu Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor Darul Takzim.

Sebenarnya, Kak Ida dan Kak Haya sudah tersilap tempat. Kami berdua ingatkan program ini diadakan di Persada Johor. Mujur ada guard yang menegur. Program di Persada Johor telah berlangsung semalam. Agagaga... 

Tengok semula jadual, haisshhh... rupa-rupanya disini.


Program ini telah berlangsung di Pusat Islam Dewan Iskandar Johor Bahru bermula 13-15 September.


Check-in dulu. Hahaha

Menjejakkan kaki ke perkarangan Pusat Islam, mata Kak Ida terus terpandangkan booth dari Jabatan Bomba. Memang mata tidak memandang ke arah lain. 

Disini, Kak Ida berpeluang untuk memakai baju seragam bomba. Ya Tuhan, berat ok. Tidak silap Kak Ida, berat baju ini sebanyak 5kg dan perlu dipakai dalam jangka masa 60 saat (1 minit) bila isyarat kecemasan telah dibunyikan. Jangka masa ini juga termasuk pengiraan kita sudah berada di dalam jentera bomba.



Mujur Kak Ida pergi tengahari Jumaat. Orang masih tidak terlalu ramai untuk Kak Ida mengambil masa untuk memakai baju dan bergambar kenang-kenangan bersama pegawai bomba disitu.





Inilah buku yang Kak Ida mahukan. Syaratnya MESTI memakai pakaian lengkap baju seragam bomba. 

... dan buku ini NOT FOR SALE!


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my